Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
1056
View
22
Reply

[Tempatan] Harga lantai 80 sen, jejaka tampan melambung manja

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-4-2019 08:26 AM | Show all posts |Read mode



LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menetapkan harga lantai tembikai di ladang 80 sen sekilogram.

Penetapan harga lantai itu bagi mengelak berlakunya penganiayaan orang tengah terhadap pengusaha tanaman tembikai di negeri ini.

Timbalan Pengarah Fama Terengganu, Mohd Azrul Abd Aziz berkata, kebanyakan orang tengah dilantik pemborong hanya menawarkan harga 30 sen hingga 50 sen sekilogram tembikai di ladang.

Katanya, harga yang terlalu rendah itu menyebabkan penanam sukar menjana pendapatan dan ia meresahkan mereka.

Bagi mengatasi masalah ini, Fama dengan kerjasama Jabatan Pertanian negeri bersetuju membeli tembikai secara terus dan menetapkan harga lantai 80 sen sekilogram.

MOHD Zulfaizah Manah menunjukkan labu manis selain tembikai yang ditanam.

Setakat ini, 19 pengusaha tanaman tembikai di seluruh negeri mampu mengeluarkan 466 tan metrik dengan nilaian hasil pengeluaran melebihi RM370,000.

Mereka menandatangani perjanjian persefahaman dan bersetuju menjual tembikai secara terus kepada Fama, katanya yang ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Ladang Kontrak di Kampung Padang Garam, Merchang di sini, semalam.


Hadir sama, Penolong Pegawai Pertanian negeri, Zikri Mamat.

Mohd Azrul berkata, pengeluaran tembikai di Terengganu meningkat 4,000 tan metrik, berbanding tahun lalu sekitar 2,000 tan metrik.

Katanya, peningkatan itu tidak menyebabkan lambakan dan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memasarkannya kerana mendapat permintaan tinggi daripada pasar raya dan pemborong termasuk dari Singapura.

Selain itu, katanya, pengusaha buah-buahan tempatan yang mendapat persijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dibantu menerusi bayaran insentif sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2019 @ 7:30 AM
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:56 AM | Show all posts
sedapnya utk berbuka puasa
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:01 AM | Show all posts
Macam celaka letak harga. 80 sen/kg beli kat ladang. Pastu sampai pasar raya sampai rm8/kg.
Bodoh matematik ke apa orang2 FAMA ni? Konon nak suruh warga sendiri aktif bertani bagai, pertanian adalah perniagaan? Macam hanat harga ko bagi kat penanam tu.

Dahlah org tu menanam, bayar sewa tanah, tanggung risiko rugi buah rosak/cuaca bagai.
Alih2 org tengah yg bawak telur dua bijik tu mark up melambung2. Macam mana la petani nak kaya?

Bawak2 la buat perubahan. Dari dulu smpai sekarang bodoh tak habis
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
justchu replied at 23-4-2019 09:01 AM
Macam celaka letak harga. 80 sen/kg beli kat ladang. Pastu sampai pasar raya sampai rm8/kg.
Bodoh m ...

Mane ko beli sampai rm 8 sekilo, aku tgk skrg dah tahap rm 1.70 sekilo. Tu aku pelik apsal harga jatuh. Mmg lambakan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:17 AM | Show all posts
justchu replied at 23-4-2019 09:01 AM
Macam celaka letak harga. 80 sen/kg beli kat ladang. Pastu sampai pasar raya sampai rm8/kg.
Bodoh m ...

dia mark up banyak pasal nak cover bil letrik dia...kalo nak murah beli yg penjual tepi jalan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:20 AM | Show all posts
palmolive replied at 23-4-2019 09:17 AM
dia mark up banyak pasal nak cover bil letrik dia...kalo nak murah beli yg penjual tepi jalan... ...

yg org tgh tu bil letrik apa? takat bawak lori g pungut kat ladang je. kalau nak kata yg kat kedai plak pakai letrik.....igt kat ladang tak pakai ke? dorang buat pam air nak siram pokok lg. Mmg letrik semata2 guna utk hasil nan satu tu. Kalau kat kedai/shopping letrik dia share2 dengan produk2 lain...bukan satu tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:21 AM | Show all posts
Hahadoiii tajuk pun tak boleh blah!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:26 AM | Show all posts
justchu replied at 23-4-2019 09:20 AM
yg org tgh tu bil letrik apa? takat bawak lori g pungut kat ladang je. kalau nak kata yg kat kedai ...

bukan letrik jek..nak bayar gaji lg...hehe
yg org tengah dia nak isi minyak lori dia..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:28 AM | Show all posts
JokesCop replied at 23-4-2019 09:11 AM
Mane ko beli sampai rm 8 sekilo, aku tgk skrg dah tahap rm 1.70 sekilo. Tu aku pelik apsal harga j ...

Kat shopping weh.... Lambakan tu jadi pun pasal FAMA ni la jugak. Suruh org local bertani, bila sampai waktu harvest dia dia gatal imported dari Thailand, Vietnam, Indon bagai. Dia ambik la stock2 dari luar yg guna racun tah apa2. Yang penting murah dan dpt penuhi permintaan. Bila dah dia bawak masuk lambakan dri negara lain, petani2 sedia ada kat Malaysia ni mmg bungkus la jawabnye. Pasal bila local petani keluar hasil, kena ikut harga sen2 yg dorang dapat dari luar. Dah mana tak melambak2...local keluar hasil, yang dari luar dia bawak masuk. Dia bukan nak settle masalah petani2 local ni dulu, dia g settle masalah petani kat Thailand indon vietnam bagai pasal dorang x boleh nk jual. Kan cerdik pandai nama nye tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:29 AM | Show all posts
niena90 replied at 23-4-2019 09:21 AM
Hahadoiii tajuk pun tak boleh blah!

Tajuk tu akak bukak laju2 sbb ingatkan gaya2 sajat
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:40 AM | Show all posts

Tajok

Ya ampoon..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Choiii,mana jejaka tampan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 10:20 AM | Show all posts
jilakenya tajuk..ahahah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 10:29 AM | Show all posts
kat tempat aku rm1.50 sekilo skerang, kalau musim biasa rm2 - 2.50 sekilo. Kalau di Mall/Giant biasa harga lagi murah time2 musim mcm gini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana manjanyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 11:51 AM | Show all posts
Buah yang jadi kesukaan ramai time musim panas atau masa bulan puasa nanti
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 12:00 PM | Show all posts
bulan puasa confirm naik harga
sedapnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 replied at 23-4-2019 10:29 AM
kat tempat aku rm1.50 sekilo skerang, kalau musim biasa rm2 - 2.50 sekilo. Kalau di Mall/Giant biasa ...

yg murah2 biasanya tak manis... mmg la murah haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 12:51 PM | Show all posts
ceh tajuk tak beragak..laju akk buka
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 01:03 PM | Show all posts
dok belek gmbr cari lantai mana rega 80 sen dan jejaka melambung..adoiii
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.200491s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list