JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
1189
View
24
Reply

[Tempatan] Kerja sebagai kerani pun mampu buat simpanan minimum RM30,000

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-4-2019 05:42 AM | Show all posts |Read mode
Kerani ditipu RM30,000: Polis teruskan siasatan


JOHOR BAHRU - Polis sedang meneruskan siasatan berhubung kes seorang kerani akaun yang mengalami kerugian RM30,000 selepas ditipu beberapa individu dan dipercayai menjadi mangsa scammer.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Suprintendan Norazam Shaari berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat seorang wanita pada Jumaat lepas kira-kira jam 3.26 petang yang mendakwa telah menerima panggilan daripada individu pada hari sama jam lebih kurang 12.05 tengahari.

Menurutnya, mangsa menerima panggilan daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis bernama Sarjan Iqbal dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

"Panggilan kemudian disambungkan kepada individu lain yang kemudian memberitahu mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram bersama individu lain yang telah ditangkap polis.

"Mangsa kemudiannya diminta membuat pindahan wang ke satu akaun lain sementara siasatan terhadap kes tersebut diselesaikan.

"Setelah membuat pindahan wang barulah mangsa menyedari telah ditipu," katanya kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa scammer: Kerani akaun rugi RM30,000]

Norazam berkata, siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihak polis sedang dalam usaha mengesan individu-individu yang terlibat.

"Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang panggilan telefon yang mengaku dari balai polis atau mana-mana agensi kerajaan.

"Sekiranya merasa ragu-ragu dengan apa yang dinyatakan oleh pemanggil (scammer), orang ramai dinasihatkan membuat semakan di kaunter balai polis berhampiran atau di mana-mana cawangan agensi yang dinyatakan oleh pemanggil," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang transaksi kewangan dan tidak mendedahkan sebarang maklumat akaun atau kewangan dan diri kepada pemanggil sebelum sebarang pengesahan dibuat berkenaan isu yang dinyatakan oleh pemanggil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:37 AM | Show all posts
aku keje pegawai pun perit nk simpan 20k
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:41 AM | Show all posts
xhabis2 kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:45 AM | Show all posts
wowwww banyaknya...

mati2 aku ingat ni thread mcmne seorang kerani mampu saving 30K okeh!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:50 AM | Show all posts
kerani la plg senang nk buat simpanan
senang wat part time, leh claim overtime
pegawai 41 ke atas mane ade ot
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:50 AM | Show all posts
1stly biasanye kalo scammer gini kebykkan thru call..tak berani depa nak face to face sgt..

Jika tetiba satu hari nanti dpt call dr balai polis  mengaku inspektor laaa, call dari pejabat lawyer laa, ada warant tangkap laaa...ingat dapatkan dulu no polis yg call tu..kalo lawyer tanya lawyer apa dari mana dptkan nama dan alamat penuh..  

walau apa pun diaorg cakap selepas tu just ye kan je then end the conversation. Dah dpt maklumat tadi terus je laa g balai2 terdekat check betul tak ada kes or warant tangkap atas nama uols. kalo dah balai sahkan tak de, alang2 kat balai polis tu report terus laa kes tu bagi no yg u dapat call tu.

Biasaanya after a few hours diaorg akan call balik nak tanya pasal duit yg u kena bank inkan... U cakap je tadi dah g balai polis cek tak de pun kes or warant tangkap atas nama u dan u dah logged report pun no hp ni dan maklumat yg u dapat tadi.. tak dan2 dia pun terus tutttttttttttt terus line putus...

Yang penting masa memula jangan panik gelabah puyuh...biasanya yg jadi dengar je kes polis, ada warant terus rasa nak putus jantungkan, dan2 terus buat je apa yg disuruh... amik masa cool down then fikir balik...rasa tak logik dan tak buat kerja jahat tu kenapa nak takut kan..report je terus ke balai dah alang2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:55 AM | Show all posts
download je applikasi Whoscall, senang trace scammer
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Cleaner lady kat opis iols pun masyuk. Gaji dalam 1k plus, not even 2k. Tapi boleh beli alza letak down payment cash rm40k. Hasil tabungan katanya. Dia makan selalu free sebab leftover from meeting. Anak 5 orang. Laki pulak keje technician je. Kagum iols dengan dia. Cuma dia ni kadang bendul.. risau je jadi mangsa scam camni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:15 AM | Show all posts
aku pon ingat thread pasal how to save 30k
baru nak mencabub ni mesti dok umah mak pak, makan pree, transport free
skali pasai scam...
terus turn off
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-4-2019 09:35 AM | Show all posts
kesimpulan
jgn pandang rendah pekerjaan org lain
entah2 saving, aset dia byk dari kita
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:42 AM | Show all posts
naqies replied at 23-4-2019 08:50 AM
1stly biasanye kalo scammer gini kebykkan thru call..tak berani depa nak face to face sgt..

Jika  ...

efektif dorang..mintak payment thru call jek..padahal kalo nak bayar saman kemain kena beratur panjang kt opis
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:54 AM | Show all posts
palmolive replied at 23-4-2019 09:42 AM
efektif dorang..mintak payment thru call jek..padahal kalo nak bayar saman kemain kena beratur pan ...

kan bayangkan real saman pun berbaris lagi...nikan pulak kes2 beso...tak logik akal laa kalo big amount guna transfer je...transfer direct lak tu atas nama persendirian..unless dia kabo atas nama PDRM or atas nama syarikat lawyer...akal laa jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 11:24 AM | Show all posts
naqies replied at 23-4-2019 09:54 AM
kan bayangkan real saman pun berbaris lagi...nikan pulak kes2 beso...tak logik akal laa kalo big a ...

lain kali kalo scammer call ckp cmni...mesti dia bangga
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 12:17 PM | Show all posts
tajuk lari ni....ingatkan kerani nk ajar cara2 menabung
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 12:20 PM | Show all posts
i klu scammer call cakap dari mahkamah..i ckp husb i majistret..klu dari balai polis pulak i cakap husb i ketua balai...huhuhuhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 12:24 PM | Show all posts
naqies replied at 23-4-2019 08:50 AM
1stly biasanye kalo scammer gini kebykkan thru call..tak berani depa nak face to face sgt..

Jika  ...
Rasa heran ..
kenapa yer bila dapat col camtu ..
mangsa mangsa ni takde ke nak tanya orang terdekat ke .. apa nak buat ..
" weh!!~ aku kena saman la .. apa nak buat ni? "

ni tak .. terus bank in kan duit ..


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 03:50 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-4-2019 12:24 PM
Rasa heran ..
kenapa yer bila dapat col camtu ..
mangsa mangsa ni takde ke nak tanya orang terdek ...

sebab scammer dah kata jangan bagitau oranag lain sebab rahsia, dalam siasatan la apa laa....


adui.... melebur duit simpanan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tak payah nak layan lah.baru semalan aku dapat lagi unknown call berbunyi mesage dr sprm.tak sempat habes ayat terus aku tutup. kalu betul ada kes tunggu saja phk  polis atau sprm bekenaan datang bg saman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-4-2019 04:02 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-4-2019 12:24 PM
Rasa heran ..
kenapa yer bila dapat col camtu ..
mangsa mangsa ni takde ke nak tanya orang terdek ...

Credits +20   

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 04:15 PM | Show all posts
Terimakasih abang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048455s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list