JAWATAN KOSONG DIPERLUKAN SEGERA! Jana pendapatan dari rumah sebagai penulis freelance kami. Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
3743
View
85
Reply

[Tempatan] Pekerja SPAD ini x marah walaupun ramai yg kata padan muka dia kena pecat dgn PH

[Copy link]

Author: harizs    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-4-2019 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mohd. Aizat Ibrahim tidak dapat menahan sedih ketika menceritakan ditawarkan jawatan pembantu tadbir Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (LPKPS) menggunakan kelayakan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) selepas SPAD dibubarkan dalam satu pertemuan di pejabat MalaysiaGazette di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2019


KUALA LUMPUR C Bekas eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mendakwa jadi mangsa penganiayaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meluahkan hasrat mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak.

Mohd. Aizat Ibrahim, 32, berkata, beliau ingin memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri itu secara peribadi.

Beliau yang baru menimang cahaya mata pertama mengakui kesilapan selama ini yang sering mengkriktik Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN) secara terbuka di laman sosial selama ini.

Saya tidak sangka Najib akan berkongsi status luahan saya di Facebook beliau. Bagi saya beliau berjiwa besar kerana beliau tahu saya pernah mencaci beliau dan BN, namun beliau tetap mengambil berat untuk berkongsi luahan saya itu.

Saya memang teringin hendak jumpa beliau kerana ingin memohon maaf dan saya anggap Najib sebagai negarawan hebat, katanya yang berkunjung ke pejabat MalaysiaGazette di sini hari ini.

MGF21042019_TEMUBUAL BEKAS PEGAWAI SPAD04
Temubual bersama bekas pegawai SPAD, Mohd Aizat Ibrahim mengenai beliau diterima masuk APAD dengan jawatan taraf SPM di Malaysia Gazette, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2019


Semalam, Najib berkongsi status Mohd. Aizat di laman Facebook yang mendakwa beliau menjadi mangsa penganiayaan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau ditamatkan perkhidmatan apabila kerajaan membubarkan SPAD dan mewujudkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di bawah Kementerian Pengangkutan.



Namun hanya 282 bekas kakitangan SPAD daripada 967 yang diserapkan ke pelbagai jawatan dan bakinya termasuk Mohd. Aizat yang ditamatkan perkhidmatan hanya diberi pampasan mengikut tempoh tahun bekerja.

Menerusi sosial medianya itu, Mohd. Aizat mendakwa beliau beberapa kali membuat rayuan tetapi hanya pada 16 April lalu ditawarkan menjadi pembantu tadbir Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (LPKPS) dengan menggunakan kelayakan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Jika dia menerima tawaran itu, Mohd Aizat akan melapor diri pada 5 Mei ini.

Buat masa ini, Mohd Aizat masih menganggur.

Mengulas lanjut, beliau yang memegang jawatan terakhir sebagai Eksekutof ICOP di SPAD berharap PH membuat perubahan besar selepas diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mei tahun lalu.

MGF21042019_TEMUBUAL BEKAS PEGAWAI SPAD02
Mohd Aizat Ibrahim foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2019
Mohd Aizat mengakui kecewa dengan apa yang terjadi ke atas SPAD kerana kerajaan sanggup membubarkan satu agensi dalam kementerian yang menjadi punca rezeki kepada ratusan kakitangan.

Saya mengaku pada PRU14 saya tidak undi Barisan Nasional (BN) kerana sebelum itu banyak sangat isu yang menimpa UMNO seperti kes pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpn UMNO keluar parti termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.



Saya jadi keliru kerana hendak undi PH tetapi ada DAP. Akhirnya saya undi Pas namun tidak kisah PH menjadi kerajaan kerana yakin mereka dapat melakukan perubahan kepada negara.

Tapi akhirnya saya buat kesilapan dan rasa ramai lagi anak muda lain yang tertipu dengan PH, katanya yang mengundi BN pada PRU13.

Dalam pada itu, Mohd. Aizat turut memuji ketelusan yang diamalkan oleh BN ketika menjadi kerajaan berbanding PH ketika ini.

Saya dapat makluman ada kakitangan SPAD yang kritik kerajaan di laman sosial ketika ini diberi surat amaran.

Saya dulu masa di SPAD tidak pernah ditegur walaupun sering menggunakan Facebook mengkritik kerajaan BN.

Jadi di mana kebebasan suara yang dilaungkan oleh kerajaan PH?

Sekurang-kurangnya kerajaan BN tidak buang kakitangan dan tutup agensi, katanya yang tidak akan memadam status di Facebook yang mengkritikan BN selama ini kerana berani dan mengaku membuat kesilapan.
Screenshot_2019-04-21-18-58-19-086_com.facebook.katana.png

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-4-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila buka terowong masa fb cara dia memaki hamun najib mmg rasa nak kata padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Serap semula ikut tangga spm
Ko hader degree ke idok dekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 21-4-2019 07:07 PM
Serap semula ikut tangga spm
Ko hader degree ke idok dekkkk

Padan muka dia....undi lagi Pee H
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
SPAD ini badan berkanun rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tobby at 21-4-2019 07:11 PM

Ada org tulis kat fb pasal mamat pengundi Pee H ni....

______
Kena ambil iktibar drpd cerita brader pegawai SPAD yg kena berenti kerja sebab SPAD dibubarkan menjadi APAD. Baru dpt baby dah kena berhenti kerja, menganggur

Walaupun Menteri berjanji semua diserap, tapi drpd 967, hanya 282 kakitangan SPAD diserapkan ke APAD & JPJ

Brader tu baru dpt offer jd pembantu tadbir pakai sijil SPM... drpd pegawai turun jd pembantu tadbir. Allahu

Saya dapat makluman ada kakitangan SPAD yang kritik kerajaan di laman sosial ketika ini diberi surat amaran.

Saya dulu masa di SPAD tidak pernah ditegur walaupun sering menggunakan Facebook mengkritik kerajaan BN, katanya kpd Malaysia Gazette

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan uke...dah kerja Kerajaan tu kunci jelah mulut enjoy your life at the fullest


Yg ko Tak bahagia tu kenapa...ko Tak bahagia dilahirkan disebuah Negara beriklim Panas ke??
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 21-4-2019 07:09 PM
Padan muka dia....undi lagi Pee H

dia undi pas la
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 21-4-2019 07:09 PM
Padan muka dia....undi lagi Pee H

Hahahaha kelakar sbb dia komplen tawaran utk serapan semula ikut sijil spm
Orang lain yg dpt surat tawaran ni samada ikut pendidikan tertinggi dia bersamaan dgn skil apa dia ada. Kalau org tawar setakat sijil spm je maknanya bukan salah surat tawaran lah. Salah la diri sendiri sapa suruh cv kau hauk sangat
Ni mesti masuk pakai kebel
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Voyagers replied at 21-4-2019 07:11 PM
dia undi pas la

Ramai org PAS baru sedar Pee H & rafizi kuat fitnah bila diri sendiri kena fitnah 90 juta makan duit 1mdb
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-4-2019 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 21-4-2019 07:10 PM
Padan uke...dah kerja Kerajaan tu kunci jelah mulut enjoy your life at the fullest



Adan uke pekerja Spad....Masa senang tak pernah bersyukur... kufur nikmat. Berpuluh ribu atau ratusan ribu pekerja dan keluarga mereka  terkesan akibat polisi kerajaan yang tidak menentu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 21-4-2019 07:18 PM
Adan uke pekerja Spad....Masa senang tak pernah bersyukur... kufur nikmat. Berpuluh ribu atau ratu ...

Kalau heshe Tak bahagia sebab lahir di sebuah Negara beriklim panas mak Tak boleh nak tolong apa lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 21-4-2019 07:56 PM

Aku pun nk jadi pelat..

ADAN UKE....


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang layak digelak hahhaaha padam muka padam muka
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dia punya jawatan hebat, patut xnk kerani gred 17 kontrak, pastu nk gred 41 nk bgi jawatan apa k kne gred 48, setaraf gaji
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlahh rasa nak padan muka je. Umpama berdoa supaya majikan sendiri tutup kedai, maka mendapatlah bila doa dimakbulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde rasa nak kesian sebab dulu diorang yang kutuk DS Najib takde cover-cover punya. Panggil orang pembunuh la, main bomoh lah, diamond ring lah.
Lagi kesian DS Najib dengan ahli-ahli keluarga dia sekali, semua terpalit kena penghinaan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:52 PM | Show all posts
mintak tolong dengan mat sabul...wakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 08:43 PM | Show all posts
mampu nanges dibucu katil je la...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 08:48 PM | Show all posts
tabungan orang melayu...
penjawat awam...
semua kena serang...
ultimate goal ..biar melayu miskin merempat jobless
dah habaq dah...
jgn sesekali pilih pemimpin kafir...
busuk2 pemimpin Islam..
mrk tetap akan jaga kebajikan org Islam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
4.611129s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list