Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
18550
View
261
Reply

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume II (Kemaskini 6 Nov)

[Copy link]

Author: dammerung       Show all posts   Read mode

Post time 5-10-2019 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back bro
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 09:29 AM | Show all posts
Eh..tak perasan ada sambungan dah.

Aku rasa pejabat peguam tu tak wujud atau pun ada misteri kat situ.

Hantu scammer . Elok scammer kat luar sana nun baca ni

Lagu Temberang kut tu..ada lirik aduh duh aduh
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Penghutang dia knekan sihir kat dia sampai dia byr hutang ye..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back damm!! Sambungan pls
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2019 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tragis....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2019 09:15 AM | Show all posts
Hah dia buat lagi.
Tergantung sepi tinggal.
Haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Jonesy at 6-10-2019 10:19 AM

Wah..seronoknya Dam dah balik bercerita.
Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2019 12:19 PM | Show all posts
terbaikk..sila sambung en dam
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2019 02:26 PM | Show all posts
welcome back en. dam...aku salah sorang peminat en.dam..we want more
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2019 10:20 PM | Show all posts
Hes backkkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2019 11:43 PM | Show all posts
finally after so many years. sambung pls pls pls!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2019 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini menakutkan But still ternanti sambungan....  
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
lama tak baca cita dam. welkam bek dam!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 08:47 AM | Show all posts
astaga!!!!!!!!!!!! sambug!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 08:54 AM | Show all posts
Armenian Street eh....tempat jamm, jalan kecik, dulu hollwood shooting Anna and the King kat situ ler...banyak rumah2 lama ala ala zaman british dulu...dah jadi commercial area.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 01:05 PM | Show all posts
update update update!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 02:10 PM | Show all posts
Dammmmmm... you're back!! (ok, aku siap tulih mesej ni dulu, lepaih ni baru baca cerita)
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 02:49 PM | Show all posts
Wah bestnya, tak sabar nak tunggu sambungan.

Welcome back Dam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 05:08 PM | Show all posts
omg lejen is bek tasabr nk tggu sambungan bro dam
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-10-2019 05:57 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 7-10-2019 06:35 PM

Kes 01/2019 : Tuntutan Notis Guaman (Bahagian III)

Kabus pagi melingkari Banjaran Titiwangsa dan embun-embun yang masih berguling di kehijauan di sepanjang lebuhraya Utara-Selatan berkilau disinar cahaya matahari pertama pada pagi itu.

Namun keindahan landskap di luar tingkat tidak sedikit pun diendahkan Syam. Honda City dipandunya meluncur laju di jalan yang masih sepi, dan semakin banyak ruang kosong di hadapannya, semakin dalam ditekan pedal gas. DIa mahu segera sampai ke Pulau Pinang untuk merungkai misteri melanda diri dan keluarga.

Kes ini dengan senang boleh diselesaikan sekiranya dilaporkan ke polis. Tapi apabila emosi menguasai logika, hasilnya terjadilah keputusan-keputusan tak bermanfaat seperti apa yang dilakukan Syam ketika itu. Dalam hati, dia tahu masalahnya takkan selesai sekira dia berdepan dengan firma guaman tersebut. Kemungkinan besar hanya membawa dia ke persoalan yang lebih memeningkan kepala dan sekaligus tambah lagi satu masalah.

Tapi ada sebab-sebab kenapa Syam beria-ria hendak 'menyiasat' misteri disebalik kejadian minggu kemarin. Salah satunya, dia mahu bersendirian buat sementara waktu, jauh dari rungutan-rungutan Rini, jauh dari tekanan di pejabat yang semakin memerlukan dia bekerja lebih masa dan jauh dari kehidupan bosan pergi kerja, balik kerja, menghadapi masalah kewangan yang tak tahu bila akan selesai.

Terus-terang, Syam seakan 'menikmati' kepelikan sedang dilalui ini. Sekurang-kurangnya adalah sesuatu di luar norma kebosanannya. Ibu mentua tiba dari Sabah pagi tadi, dan sebaik mentuanya masuk ke rumah, Syam tak berlengah memulakan perjalanan ke utara. Ditambah pula kesalahan demi kesalahan dilemparkan kepadanya oleh kedua anak-beranak itu, membuatkan lagi cepat dia nak berambus.

Handphone berbunyi. pengurus kanan menelefon entah kali keberapa. Sepatutnya pagi itu Syam ada mesyuarat penilaian bersama board member, tapi dengan apa dialami, dia tak ada hati nak masuk pejabat. Lantaklah apa nak jadi pun, paling bangsat pun mungkin kena buang kerja. Duit boleh cari, dan Syam percaya dengan rezeki anak pertama.

Berdepan dengan pelbagai persoalan dan berperang dengan perasaan, perjalanan terasa pendek. Sekejap sahaja Syam sudah berlegar-legar di Georgetown. Sudahlah pejabat guaman terbabit tiada di aplikasi Maps, perut pula lapar. Syam akhirnya parkir di Gurney Plaza dan mengambil Grab ke Lebuh Armenian. Tiba di destinasi, dia berlegar-legar di tempat tumpuan pelancong itu mencari firma guaman Pai, Zhu, Zhu & Co.

Tanya punya tanya, tak ada satu pun tahu. Walhal dah tanya antara orang paling lama di kawasan itu pun dakwa tak pernah dengar kewujudan firma berkenaan. Syam singgah di salah satu kedai makan dan memesan hidangan paling istimewa restoran. Dia tak risau dan tak peduli kerana dalam dompetnya masih tersimpan baki RM800.

Sementara menunggu makanan, Syam melihat semula foto alamat yang disimpan. Tak ada nombor unit, cuma menyatakan Armenian Street. Tak apa, kita makan dulu, kata Syam di dalam hati. Selesai menikmati makan tengahari, terpana Syam apabila di caj hampir RM200. Tak mengapalah, untuk kali pertama dan pastinya terakhir.

"Boss, you ada tau tak legal office area sini?" tanya Syam kepada juruwang sewaktu hendak membuat bayaran. Tak harap pun mamak India itu tahu tapi sekadar hendak berbual, mana lah tahu boleh dapat diskaun.

"Apa legal office?" tanya mamak seperti mahu cari gaduh. Ditambah pula dengan muka masamnya.

"Paizuzu en ko"

Mata juruwang itu merenung tajam Syam. Tak berkelip. Kemudian dia menjerit memanggil seseorang.

"Tunggu sekejap aa" kata mamak sambil melihat ke arah dapur. Seorang lelaki India tua muncul dari pintu dapur dan tanpa menunggu lelaki itu dekat, juruwang itu sudah memaklumkan tentang Syam mencari firma guaman Pai Zhu Zhu. Sama seperti rakan sekerjanya, lelaki India tua itu melihat Syam dengan tajam tidak berkelip.

"Apa pasal mau cari itu office?" tanya juruwang bertindak sebagai penterjemah kepada lelaki India.

"Mau tanya pasal itu saman court" jawab Syam.

Kedua-dua lelaki India seolah bertekak dengan tangan mereka ligat berputar-putar. Kemudian, lelaki India tua menuju ke depan kedai.

"Itu pergi ikut sama itu orang" kata juruwang.

"Dia tau ka itu office?" tanya Syam.

"Pergi ikut.." kata juruwang sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke arah lelaki India tua yang sudah menunggu di depan.

Syam mengikut lelaki India dari restoran melalui lorong-lorong kecil di sebalik bangunan-bangunan klasik. Setiap kali Syam bertanya akan sesuatu, lelaki itu hanya akan berceloteh dalam bahasa Tamil. Sekitar 15 minit berjalan kaki, penunjuk arah berhenti di hadapan sebuah pintu kayu yang baru dicat.

Tombol pintu tembaga diputar. Pintu terbuka dan lelaki India menyuruh Syam masuk. Teragak-agak untuk masuk, akhirnya Syam masuk juga setelah diherdik lelaki itu.

Pintu ditutup dan Syam berdiri di tengah sebuah courtyard, dikelilingi tingkap kayu bertutup. Seorang lelaki India botak berpakaian seperti ihram muncul dari salah satu sudut.

"Apa cari?"

"Paizuzu legal office"

"Mau apa?"

Syam menunjukkan SMS yang diterima. Lelaki itu melihat skrin handphone dengan lama. Tak tau apa yang susah sangat nak faham SMS pendek yang terang lagi jelas. Matahari dah tegak atas kepala, boleh tak sekurang-kurangnya berpindah ke koridor di hujung courtyard. Rasa nak tampar kepala botak yang sudah merecik peluh.

"Boss panasla..boleh pergi bawah itu tak?" cadang Syam menunjuk ke koridor.

"Ikut saye" kata lelaki itu.

Sekali lagi Syam mengikuti seorang lagi lelaki India misteri. Mereka memanjat sebuah tangga lama diperbuat daripada kayu. Setiap anak tangga dipijak akan berkeriut dan debu-debu tebal menandakan tangga sudah lama tidak dibersihkan, atau lama tak digunakan.

Sekeping papan tanda lama tertera nama "Pai, Zhu, Zhu & Co" . Melangkah masuk, Syam melihat susunan kertas bertimbun memenuhi setiap inci dinding. Meja-meja berselerak dengan fail dan kertas. Apa yang menambah kepada keanehan pejabat tersebut adalah Syam tidak melihat satu komputer pun, malah mesin fotostat juga tidak kelihatan. Pejabat jenis apa tak pakai pakai komputer dan mesin cetak zaman sekarang?

Lelaki India berihram itu menunjuk ke sebuah pintu terletak dihujung pejabat. Syam membuka pintu dan mendapati seorang lelaki Melayu berumur yang mengingatkan dia kepada cikgu displin sewaktu bersekolah rendah duduk di meja sedang bermain handphone.

"Duduk, duduk" kata lelaki Melayu menjemput Syam duduk. Dia melihat sekeliling. Kalendar Tiger Beer memaparkan gadis berbikini keluaran tahun 1981 yang sudah kekuningan masih terlekat di dinding.Sebuah rak kayu kaca menyimpan fail-fail, trofi-trofi tak jelas pertandingan apa dan juga peti simpanan besi berkunci kecil berwarna hijau neon yang mempunyai pemegang.

"Encik nak ape?" tanya lelaki Melayu.

Tanpa menjawab, Syam terus menunjukkan SMS.

"ANE!" jerit lelaki Melayu.

Lelaki India tadi masuk ke bilik membawa fail. Di atasnya tertulis FA/2018.

"Bak mai IC encik"

Syam menghulurkan kad pengenalan dan berpandukan nama pada kad, lelaki itu pantas melarikan jari di antara kertas-kertas di dalam fail FA/2018. Sebuah dokumen dikeluarkan.

"Syamaizan bin Kamaruddin"

"Iye" jawab Syam walaupun ia bukan satu pertanyaan.

Niat asal nak gegar pejabat, tetapi kemisterian menyelubungi firma guaman telah membuatkan Syam lebih berminat hendak tahu apa kaitan dia dengan tempat itu.

"Tahun 2015, encik ada buat pinjaman berjumlah RM 10 ribu" kata lelaki Melayu itu.

Ternganga mulut Syam dibuatnya. Pinjaman apa pula?. Syam menjelaskan bahawa tiada sebarang bentuk pinjaman dilakukan daripada bank, kooperasi mahupun along dua tahun sebelum itu.

"Sofian bin Yunus, Mohd Rithauddin bin Ahmad dan Salahudin bin Yunus. Ketiga-tiga orang ini yang lapor ke kami yang encik tak bayo hutang mereka"

"Hah?!?!" Syam menggaru-garu kepala. Itulah pertama kali dia mendengar nama-nama tersebut.

(Bersambung)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.080065s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list