JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
514
View
3
Reply

Tahniah PROF. ADJUNG DATO' DR. HJ. MOHD NAIM BIN MOKHTAR, KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 27-3-2019 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Ucapan Tahniah kepada PROF. ADJUNG DATO' DR. HJ. MOHD NAIM BIN MOKHTAR, KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
- personaliti yang kerap didengari di hujung hujung radio pada Hari Jumaat di Ikimfm, ya,  atas perlantikan  ini.





Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2019 11:40 AM | Show all posts
BIOGRAFI
YAA. PROF. ADJUNG DATO' DR. HJ. MOHD NAIM BIN MOKHTAR, KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Yang Amat Arif Prof. Adjung Dato Dr. Hj Mohd Naim bin Mokhtar dilahirkan pada 25 November 1967, berumur 51 tahun dan merupakan anak jati Kg Baru Kuala Lumpur, telah berkahwin dengan Datin Hajah Nik Roslini Binti Hj. Raja Ismail dan dikurniakan tiga orang cahayamata.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang(LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom, Diploma dalam Undang-Undang Syariah dan Amalan (DSLP) dari UIAM, Diploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam (DAIJ) dari UIAM dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada tahun 2015, YAA Prof Adjung Dato Dr. telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Selangor (DPMS) oleh DYMM Sultan Selangor yang membawa gelaran Dato dan beliau turut dianugerahkan Darjah Bentara Setia Mahkota (BSK) oleh DYMM Sultan Muhammad V pada tahun 2010 , Ahli Mangku Negara (AMN) oleh YDPA ke-13.

YAA Prof Adjung Dato Dr. dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia pada 1 Julai 2017, beliau pernah menyandang jawatan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, menyandang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

YAA Prof Adjung Dato Dr. telah dilantik sebagai Malaysian Cheavening Visiting Fellow Oxford University, United Kingdom bagi tahun 2008/2009 dan Visiting Fellow di Harvard Law School, Harvard University, Amerika Syarikat bagi tahun 2012/2013.

YAA Prof Adjung Dato Dr. telah menerima lantikan sebagai Prof. Adjung daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuatkuasa bagi sesi 2016 hingga sesi 2018 , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuatkuasa bagi sesi 2018 hingga sesi 2019 dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkuatkuasa bagi sesi 2018 sehingga sekarang.

YAA Prof Adjung Dato Dr. kini menerima lantikan di dalam pelbagai ahli jawatankuasa antaranya ialah Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Sivil 2019 sehingga sekarang, Pakar Penasihat Mualamat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2016 C 2018, Ahli Panel Majlis Perunding Islam Malaysia 2016 C 2018, Ahli Jawatankuasa Kajian Penambahbaikan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Tahun 2016 C 2017, Ahli Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah, Pengerusi Jawatankuasa Hakam 2015-2017, Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie 2015 C 2017, Pengerusi Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah 2015 C 2017, Ahli Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor, dan Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Selangor 2015 C 2017.

Selain daripada itu YAA Prof Adjung Dato Dr. juga telah dilantik sebagai fasilitator kursus khas latihan Hakim-Hakim bagi negara Brunei, Maldives, Bangladesh, Bangsa Moro Filipina dan lain-lain negara, panel dan Ahli Jawatan kuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Ahli Focus Group on Enforcing Nafkah Perbadanan Produktivi Malaysia (MPC), Panel Penasihat Industri Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS).

YAA Prof Adjung Dato Dr. juga merupakan Pensyarah Jemputan di UKM, UIAM, UITM, UIM, USIM dan Universiti Multimedia dari tahun 1998 sehingga sekarang.

Selain itu, YAA Prof Adjung Dato Dr. juga telah menganggotai beberapa Lembaga Penasihat Syariah Bank-Bank Islam serta Syarikat Takaful seperti CIMB Islamic Bank, Salihin Trustee Bhd, Sun Life Insurance dan American and British Investment Bank (Mauritius).

YAA Prof Adjung Dato Dr. juga seringkali menerima jemputan sebagai pembentang kertas kerja dalam bidang pengkhususannya iaitu undang-undang dan syariah di persidangan tempatan dan antarabangsa di luar negara.

YAA Dato Dr. juga sering menjadi tetamu jemputan Radio IKIM bagi program bertajuk Dari Hati Kita Berkongsi Mencari Solusi.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2019 11:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2019 11:45 AM | Show all posts


اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقَّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ


O Allah! Show us the truth as the truth and give us strength to follow the truth and show us what is false as a falsehood and give us strength to avoid it.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.069755s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list