Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
602
View
9
Reply

Pelajar Universiti Dipaksa Tambah 1,000 Rakan WeChat Untuk Lulus Tugasan

[Copy link]

Author: CARI-MAL       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-3-2019 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar sebuah universiti di wilayah Henan, China bimbang kerana diberi tugasan kelas yang pelik di mana mereka diminta menambah ratusan kenalan WeChat dalam masa singkat atau gagal subjek berkenaan.


Menurut Shanghaiist, pelajar Universiti Ekonomi dan Undang-undang yang mendaftar kursus New Media (Media Baru) mendakwa sebanyak 30 peratus daripada markah mereka akan ditentukan oleh jumlah rakan WeChat yang diperolehi.


1,001 rakan baru akan menjamin markah lulus, manakala 1,667 rakan baru akan memberi mereka markah sempurna untuk tugasan berkenaan dan mereka diberi masa dua minggu untuk menyelesaikannya.




Gambar Hiasan



Difahamkan, mereka perlu menjelaskan menerusi kumpulan WeChat kelas bagaimana mereka melaksanakan tugasan itu untuk memperolehi rakan baru.


Ramai yang panik kerana harus meyakinkan beratus pengguna untuk berteman dengan mereka di WeChat hingga mereka memutuskan untuk mengadu di media sosial berhubung tugasan berkenaan.


Dalam laporan Pear Video, salah seorang pelajar terbabit mendakwa sepanjang beberapa tahun menggunakan aplikasi sembang berkenaan, bilangan rakan WeChatnya baru mencecah 100 orang dan dia tidak tahu bagaimana untuk menambah bilangan itu.


Sementara itu, salah seorang pensyarah di jabatan berkenaan mempertahankan tindakan pengajar memberi tugasan sedemikian kepada pelajar adalah untuk mengajar mereka cara untuk memperluaskan rangkaian sosial dan melibatkan diri dengan aktif di media sosial bagi memudahkan mereka mencari peluang pekerjaan dalam talian. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
biar betul ni????
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Uishhhh {:run
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:32 PM | Show all posts
Perasaan yg sama bila dipaksa like posting fb jabatan.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari selasa lagi dah dengar berita ni kat SinarFM
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:24 PM | Show all posts
untuk mengajar mereka cara untuk memperluaskan rangkaian sosial dan melibatkan diri dengan aktif di media sosial bagi memudahkan mereka mencari peluang pekerjaan dalam talian


... ataupun utk cari potential downline nanti senang nak jual essential oils...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:35 PM | Show all posts
pelajar Universiti Ekonomi dan Undang-undang yang mendaftar kursus New Media (Media Baru)

pandai pensyarah dia, aku rasa, motif beliau,
sebab zaman sekarang ramai orang berkejar-kejar dalam dunia media sosial,
ada yang guna cara yang salah untuk menarik followers

hence, beliau suruh student dia cari followers dalam kuantiti yang tidak masuk akal, dalam tempoh yang singkat. possible ke impossible?
kalau yang lepas tu, kaedah apa mereka guna pakai, legal or illegal?
sebab ada yang guna bot, beli applikasi untuk auto-add, auto-send friend request, etc etc

mungkin la. just my 2 cents

merungkai teknik those so called "Instafamous"
lepas tu kenakan orang harga mahal untuk mereka iklankan produk
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada kejanggalan disitu.. Ummah main land!   {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:40 PM | Show all posts
actually, cara ni dah lama lecturers guna kot.
sebab masa aku study dulu, around 5 years ago, ingat lagi kawan-kawan dalam course Communication. Antara tugasan diorang, post video, kalau kat youtube, kena ada 100 orang thumbs up ke apa nama entah. merata contact kawan suruh like video youtube diorang.

tapi tu la, nak create account youtube semata-mata nak like video diorang, leceh
yang ada account senang, login terus subscribe, tekan thumbs up

paling senang, upload video kat facebook, mintak followers like
yang member beribu kejap je settle
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp wechat? Sebb wechat keluaran mainland.
Dh byk kedai kecik2 kat msia nibada wechat pay. Brg2 bakeri kecik sepet kat kws rumah ai pun guna wechat pay siap ada diakaun if guna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.119079s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list