CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 1880|Reply: 11

Polis Diketawakan Guna Gambar Suspek Ketika Kanak-kanak Pada Poster Orang Dikehe

[Copy link]
Post time 21-3-2019 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Polis daerah Zhenxiong di China mengkritik tindakan polis Yunnan kerana menggunakan gambar suspek ketika kanak-kanak pada poster individu dikehendaki polis.


Memetik Shanghaiist, Polis Zhenxiong mengeluarkan notis memberi amaran bahawa Ji Qinghai dikehendakai kerana melakukan banyak keganasan dan terbabit dengan jenayah kumpulan samseng.


Mereka juga mempersoalkan bagaimana 'seorang kanak-kanak boleh melakukan kesemua jenayah yang dilaporkan'.





Foto: Shanghaiist





Polis Yunnan kemudian meminta maaf dan menjelaskan kepada wartawan bahawa tindakan mereka menggunakan gambar itu pada poster berkenaan adalah kerana ia satu-satunya gambar suspek yang mereka miliki.


Mereka juga mendakwa Ji Qinghai masih boleh dicam berdasarkan raut wajahnya.


Bagaimanapun, selepas dikecam dan menjadi bahan sindiran di Internet, mereka memohon maaf dan menurunkan poster terbabit.


Keputusan itu juga diambil selepas mengambil kira kemungkinan kanak-kanak tidak bersalah dipenjarakan kerana tersalah orang. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 21-3-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berkutik si pemuja cina pulauturtle tue bila pejawat awam lembam cina fail
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
adeihhhh! jadi kesian pulak bila tengok muka budak kecik jadi gambor wanted. polis pun patut pikir luar kotaklah sket utk dapatkan gambar dewasa pesalah. kalau tak boleh guna fotofit, mungkin boleh mintak kat jpn cawangan prc gambo ic dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:32 PM | Show all posts
Sin Chan versi Tanah Besar China.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 03:54 PM | Show all posts
Baby faca sangatlah kiranya muka penjenayah ni dah dia kata dah tua pun tak banyak beza
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku menahan sakit perut nk berak akibat melihat berita ini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 05:22 PM | Show all posts
Bertuah la kalau jumpa. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Miskin sgt la tu, 1 pic tu je yg ada tp kelakar mcm penjenayah cilik
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 21-3-2019 07:58 PM | Show all posts
masalah nye kang bdk lain pl yg kene tangkap..muka lbh kurang jer pl tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Prc takde ic ke? Kata ada syarikat huawei bertechnology tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk pun dah kelakar. Ada2 jela.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.231087 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list