CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 1348|Reply: 2

Robin Hood Zaman Moden, Pengedar Dadah Paling Dikehendaki Ini Lakukan Perkara Mu

[Copy link]
Post time 20-3-2019 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Thomas Veira Gomes ataupun dikenali sebagai 2N, merupakan seorang pengedar dadah dan penjenayah paling dikehendaki di Rio Janeiro, Brazil.
Walaupun sering terlibat dalam jenayah, Thomas baru-baru ini telah melakukan perkara yang mulia, tetapi masih melanggar undang-undang mana mana negara sekalipun.




Sejak berbulan lamanya, Brazil sedang menderita wabak penyakit demam kuning yang semakin merebak di negara itu dan telah meragut ratusan nyawa. Hanya dengan penggunaan vaksin, wabak tersebut berjaya dikawal.


Walaupun Kementerian Kesihatan Brazil berusaha sedaya upaya untuk memberi vaksin kepada semua rakyatnya, di tambah dengan pusat imunisasi terpaksa menampung jumlah pesakit yang tinggi, sudah pasti komuniti miskin ni negara Brazil itu diabaikan keperluan vaksin mereka.





Di Salgueiro, salah satu wilayah di Brazil merupakan 'ibu pejabat' Thomas dalam aktiviti pengedaran dadah. Salgueiro juga merupakan wilayah miskin yang diabai keperluan vaksin wabak tersebut. Disebabkan oleh hal tersebut, Thomas mengambil langkah mudah untuk mengawal penyakit itu daripada merebak di wilayah Salgueiro, iaitu dengan aktiviti menculik.


Dilaporkan, Thomas telah menculik dua jururawat untuk memberi vaksin demam kuning kepada penduduk miskin di Salgueiro. Tanggal 27 Januari lalu, ketua geng yang masih muda tersebut bersama kroni dan ahli geng yang lain telah menyerbu klinik kesihatan negeri dan merompak sebanyak mungkin jarum suntikan dan botol vaksin serta dua jururawat lelaki bersama mereka.


Thomas dan rakan-rakan kemudian membawa tahanan bersama vaksin ke bar Amarelinho, di mana penduduk tempatan Salgueiro mendapatkan vaksin secara 'percuma'.


Setelah memberi vaksin kepada penduduk, kedua tahanan tersebut dikembalikan semula ke klinik tersebut. Menurut salah seorang tahanan, penculik mereka tidak langsung menunjukkan sikap agresif ataupun bertindak mencederakan mereka berdua. Tambahnya lagi Geng Thomas hanya melakukan kesalahan menculik mereka hanyalah berniat untuk memberi vaksin kerana penduduk tempatan yang tidak mampu mengunjungi pusat imunisasi kerana miskin.





Kes tersebut dilaporkan akan disiasat oleh polis tempatan. Namun bagi penduduk Salgueiro, Thomas dan rakan - rakan merupakan Robin Hood zaman moden. Namun Thomas masih lagi dijejaki oleh pihak polis. Sesiapa yang dapat memberi maklumat dalam membantu penangkapan Thomas akan diberi ganjaran $3000. -CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 02:00 PM | Show all posts
ianya salah

tetapi manusia dah terdesak
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 02:31 PM | Show all posts
kesian la pulak
tp salah ttp salah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.086955 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list