|

SITIAWAN – Seorang lelaki nyaris maut selepas dia bertindak membakar dirinya dipercayai berpunca daripada pergaduhan dengan teman wanitanya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bintang di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 7.40 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun itu cedera kira-kira 90 peratus di keseluruhan badan.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa dipercayai membakar diri sendiri disebabkan pergaduhan dengan teman wanitanya.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku di tempat letak kenderaan hadapan rumah tersebut.
“Terdapat beberapa orang saksi kejadian dan tempat kejadian juga mempunyai televisyen litar tertutup (CCTV), kita akan mengambil keterangan dan meneliti rakaman tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Tambah Muhammad Hanif, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Dia kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh diri,” katanya

|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|