Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
5690
View
119
Reply

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]

Author: fly_in_d_sky       Show all posts   Read mode

Post time 26-7-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Buku Hamka..Falsafah Ketuhanan..rasa sufism sgt..kene baca slow....word by word..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah membaca di tepi sungai dajlah...ayat Hamka mmg terbaik..cara dia memasukkan sesuatu sejarahbdlm buku tu tidak kita sedari..mcm terbuai2 membacanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:04 AM | Show all posts
Pak Cik Kerek Semanis Pavlova
manis ke pavliva tu? buleh la........
duk godek2 buku lama kt umah mak & jumpa buku yg x tau dh baca ke belum

doa2kan kucen buleh gi big bad wolf nanti
harap ada org tolong bawakkan minggu dpn
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-7-2019 12:58 PM | Show all posts
What if the person you love most in the world was in terrible danger because of you?


Three years ago, Tonis five-year-old daughter Evie disappeared after leaving school. The police have never been able to find her. There were no witnesses, no CCTV, no trace.


But Toni believes her daughter is alive. And as she begins to silently piece together her memories, the full story of the past begins to reveal itself, and a devastating truth.


Tonis mind is trapped in a world of silence, her only chance to save herself is to manage the impossible. She must find a way to make herself heard. She must find her daughter.


A compelling, gripping thriller with a breathtaking twist that will keep you awake until the early hours. Perfect for fans of
The Girl on the Train, Behind Closed Doors
and
The Sister
.





mmm semalam habiskan Dancing on the Broken Glass

meleleh-leleh air mata sebab sedih sangat

kesian Lucy .. dia tahu cancer dia merebak sampai ke lungs dia

and anak dia ... baby girl .. hidup ...

husband dia Michael aka Micky ... mula nya susah nak terima sampai penyakit bipolar dia datang balik

malas nak cerita panjang sebab ceritanya tense and sedih ..

untung Micky dapat Lucy .. memang jenis kuat, tabah dan sabar ...

and Micky pula ada kawan dan sister in law yang sedia bantu dia ..






Blink

Blink

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 04:09 PM | Show all posts


lps settle baca filosofi bawang...iols nk start baca buku niee pulok..br bab 3...tp mmg lawak yg amat laaaa haaiiii gaya penulisan dia nieee....tgk2 mcm best seller jgk kerna dh masuk cetakan ke 6 gitoooooo.....



sinopsis...

"Dalam masa 7 tahun menempuh perjalanan dari Tanjung Malim ke KLCC, aku dah menghabiskan 227 hari semata duduk di dalam bas. Kalaulah ianya perjalanan tanpa henti, maka sudah pasti aku sampai ke bulan. Tapi malangnya aku tak dapat ke bulan. Yang aku dapat cuma sebuah buku sebagai kenangan."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-8-2019 10:52 AM | Show all posts
Long before she was the terror of Wonderlandthe infamous Queen of Heartsshe was just a girl who wanted to fall in love.

Catherine may be one of the most desired girls in Wonderland, and a favorite of the unmarried King of Hearts, but her interests lie elsewhere. A talented baker, all she wants is to open a shop with her best friend. But according to her mother, such a goal is unthinkable for the young woman who could be the next queen.

Then Cath meets Jest, the handsome and mysterious court joker. For the first time, she feels the pull of true attraction. At the risk of offending the king and infuriating her parents, she and Jest enter into an intense, secret courtship. Cath is determined to define her own destiny and fall in love on her terms. But in a land thriving with magic, madness, and monsters, fate has other plans.

In her first stand-alone teen novel, the New York Times-bestselling author dazzles us with a prequel to Alice's Adventures in Wonderland.

review untuk Blink
tense ... bila baca terasa macam Before I Go To Sleep by SJ Watson .. or Gone Girl ke
sebab persoalan nya keluar ...
kenapa Toni macam ni? siapa yang koma dalam hospital? macam mana boleh jadi?
kenapa dia bergantung pada ubat?
then buku ni ada POV ... Toni - Evie - The Teacher .. terbahagi 2 section - part 1 and part 2 ...
bila baca akan terasa watak Toni sangat loser .. anak tak boleh jaga .. rumah tak kemas ..
then bila makan ubat .. bom letup sebelah tak sedar sampai anak jiran masuk rumah kejutkan dia pun tak sedar
purse pun boleh hilang ... memang loser sangat lah


tapi betul ke dia loser tahap dewa? then watak Hariett Watson korang akan curiga ...
dia betul-betul jahat ... kenapa dia target Evie?
then ada satu part dia cakap dengan mak dia ... macam filem Pscycho ..


background plot kat UK .. so plot nya slow sikit lah ...
tapi bila lelama terasa ermmm climaks .. rasa macam wahhh geram geram ..


and yang sedihnya anak dia hilang selama 3 tahun
kena kidnap dari umur 5 tahun ... jumpa balik umur 8 tahun ...

Heartless

Heartless

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedang baca buku merantau ke Deli. Suka sangat susunan kata Hamka dan kadang-kadang terasa yang kritikannya memang masih ada dalam masyarakat kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedang baca buku Anis Hafiza C Gaji RM 2500 boleh beli 6 buah rumah. Sangat inspiring sebab kakak ni masa gaji seribu lebih pun dah gigih beli rumah.
anis.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-8-2019 11:46 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 5-8-2019 11:48 AM

Tun Perak yang dididik secara Islam oleh mualim-mualim yang mula menyebar Islam di Melaka pada tahun 1420 Masihi memisahkan budaya istana daripada corak lama iaitu, budaya animisma dan Hindu-Buddha. Contohnya di bawah kepercayaan Hindu-Buddha kuasa mutlak raja tidak sesiapa boleh menyoal kerana ini adalah perbuatan derhaka. Pegangan ini telah dihadkan oleh Tun Perak kepada raja yang adil. Raja zalim boleh disanggah, mengikut hukum Islam.

Berasaskan konsep ini Tun Perak menasihati dan mengemudikan pemerintahan tiga raja Melaka. Hasilnya Melaka membangun dari segi ekonomi, politik dan sosial dengan hebat, sehingga dapat menguasai sebahagian besar Alam Melayu. Banyak reformasi yang diperkenalkannya seperti mengkanunkan undang-undang yang mempastikan iklim perniagaan dan pembukaan negeri berada di dalam keadaan aman dan sejahtera. Competitive advantage Melaka berbanding dengan kuasa-kuasa serantau seperti Siam dan Majapahit diperkuatkan oleh adanya reform-reform yang diperkenalkan Tun Perak.

Tun Perak menyedari bahawa kerana teguhnya wkhuwah di kalangan saudagar Islam dengan pemerintah, Melaka berjaya membangun ekonoinya dengan pesat. Di atas struktur ekonomi yang kukuh, prasarana politik dan sosial masyarakat Melaka dibina menjadi asas tamadun Melayu moden. Di bawah pimpinan Tun Perak sinar Islam memancar dari Melaka ke seluruh Alam Melayu.

Akhirnya apabila raja keempat Sultan Mahmud Syah mengkhianati segala apa yang diperjuangkan oleh Tun Perak, akibat kerakusan hawa nafsu, maka jatuhlah Melaka ke tangan Portugis.



dah masuk muka surat 287 ...
bila baca kan .. terasa ada ke menteri sekarang mengamal konsep seperti Tun Perak?
dia tidak mengamalkan rasuah dan sangat tegas bila mendengar orang istana atau syahbandar mengamalkan rasuah
dan turun padang untuk memastikan rakyat dalam keadaan selesa dan selamat
pelihara agama islam sebaik mungkin
dan yang paling membanggakan ... dia tidak membenarkan anak-anak dia menggunakan status dia
dia nak anak-anak dia berdikari .. perkara ni diamalkan dari ayahnya lagi ...


dan bila kita lihat peranan Sultan zaman dulu..
tugas Sultan amat senang sebab semua difikir oleh Tun Perak and the geng
dan untuk memelihara perhubungan ialah dengan berkahwin
dan bila berkenan .. Sultan akan mengisi masa dengan melayan isteri baru ...
kalau ada empat ... ingat ada masa ke nak fikir hal negara?


tapi kita terfikir ada satu scene ... dimana Tun Ali yang tak habis dengan PHD dengan Tun Perak
sehingga Tun Perak suruh Tun Kudu, kakak atau adik Tun Perak yang kahwin dengan Sultan yang sudah meninggal kalau tak salah
dikahwinkan dengan Tun Ali yang berumur 60 tahun .. OMG!!!!!


dan ada juga anak puteri yang memilih .. nak suami dari keturunan dari negara yang besar ..
kalau negara kecil tak layan ..
hadeh hadeh ... tapi nasib lah ko lawa senah ...
kalau tak lawa ermmm takde siapa kisah ko punya request ...

so tak boleh cerita panjang nanti banyak spoiler ..
kalau berminat .. boleh serbu QReazant .. ada bukunya ..















Tun Perak: Paduka Raja

Tun Perak: Paduka Raja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengah pantang. Layan 'Kasih Seimbas Pandang'. Novel lama zaman2 novel Ahadiat Akashah tgh up. Sbb tu je novel yg ada kt rumah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengah baca kursani segenap bimasakti.

Dulu2 tak suka baca heavy history ni. Tapi lama2 rasa macam seronok pulak. Dapat kenal bangsa sendiri. Dapat bayang zaman kegemilangan nusantara.

Bila baca buku ni automatik rasa melonjak2 nak melawat Lembah Bujang, tengok candi Brobudur..

Betul orang kata, membaca membuka pintu untuk mengembara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 04:15 PM | Show all posts
ulang baca buku ini

Tajuk : Berguru Pada Binatang
Penulis : Dato' (Dr.) Baharuddin Zainal (Baha Zain)
Terbitan : DBP



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 08:39 AM | Show all posts


Yieehaaaaaaaa.. Selesai khatam 1 novel.. Best sungguh jln citernyaaaaa.. Kisah laki yg curang dgn tut tuttt tuttt dgn alasan isterinyaaa mandul.. X dpt beri dia anak...smpi bcerai berai.. Huhuhuuu.. Sadis..haaaaa.. Dgn sapa laki dia duk curang agaknya tuu ehhh.. Jeng3x.. X boleee citerr arrr.. Nnt x saspenz gitoooo uols...ahaks..ok..aku ksk 8/10 bintang tuk novel nieee...mmg layanzz..




Jika ditanya tentang bahagia, Suri rasa dialah wanita paling bahagia. Punya suami yang mencintainya sepenuh hati, punya mentua yang sangat mengasihi. Tapi, kekurangannya sebagai wanita seringkali membuatkan hatinya menangis dalam diam.

Dia diuji ketika leka mengulit cinta yang sudah lama ditunggu, Haikal mula dilupakan. Haikal berjanji akan terus mengasihi, tapi Haikal jugalah yang mula berpaling pergi. Hatinya luka bila kekurangan dan khilafnya mula dibentang Haikal. Ya, memang dia tidak sempurna sebagai isteri.

Suri ralit curahkan kasih sayang kepada dia sehingga Suri lupa yang abang ni suami Suri, abang pun perlukan perhatian Suri. Tapi Suri abaikan keperluan abang. Khilaf abang Suri nampak, khilaf Suri bagaimana pula? C HAIKAL

Dalam ramai-ramai wanita dalam dunia, mengapa harus dia?- SURI

Dugaan datang lagi, tatkala dia baru menerima hakikat yang dia sudah kehilangan Haikal. Hadirnya dia terpaksa Suri rahsiakan. Dalam pelarian demi melindungi dia, Suri bertemu semula dengan lelaki yang pernah membantunya.

Setiap kali saya jumpa awak, mesti awak dalam kesusahan dan perlukan pertolongan. Saya rasa, saya ni dah ditakdirkan bakal jadi penyelamat awak untuk seumur hiduplah. - FALAH

Rahsia yang disimpan akhirnya diketahui Haikal tanpa sengaja. Haikal datang menuntut hak, menuntut untuk menjalankan tanggungjawab.

Habis tu, Suri nak hidup sebagai janda dan besarkan anak kita tu? Tak malu ke dengan pandangan orang nanti? Pandangan orang kepada Suri, abang tahu yang Suri tak akan peduli. Tapi, pandangan orang pada anak kita tu nanti, Suri sanggup nak tanggung?- HAIKAL

Suri lelah. Haikal mendesak tidak susah-sudah. Falah pula datang menuntut janji yang sudah dipateri.

Habis tu, kenapa Suri seolah-olah tidak suka bila berjumpa saya? Bukankah itu benci namanya? Panggilan saya tidak pernah Suri jawab, mesej saya, sepatah pun tidak Suri balas. Suri marahkan saya ke?- FALAH

Suri bingung. Di sana Haikal di sini, Falah Haruskah dia menjadi seorang ibu yang mementingkan diri seperti mana yang dituduh Haikal, atau memilih untuk mencari bahagianya sendiri?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 02:52 PM | Show all posts

buku yg ptt dibaca oleh sumaa kerna dr rusyainie nieee telah membongkar suma taktik dan penipuan yg dilakukan oleh peniaga di luar sana bkaitan produk2 sampah ini....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 11:29 AM | Show all posts
Edited by takayama at 20-8-2019 11:30 AM


budak.jpg

baru khatam baca buku ni, penulis dia rupanya pernah bekerja tempay yg kaka pernah kerja di seremban
cumanya ms kaka msk that firm dia dah pun berhenti
buku ni mengisahkan kisah penulis kira dia buat buku ni cam nak mengabadikan kisah dia, suka dia ms zaman kecik, ke sekolah, kegagalan ms kat U dan seterusnya ms jd peguam then lastly dia buka taska

utk dibaca secara santai mmg ngam shj bg kaka
dan kaka minta anak perempuan kaka baca juga mana tahu dpt memotivasikan diri dia
kegagalan tu memang menyakitkan tp klu kita ttp berusaha pasti akan merasa nikmat akan kemanisan kejayaan itu



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 03:06 PM | Show all posts
Tim .. by Colleen McCullough

Tim menceritakan mengenai seorang wanita Amerika (Mary) yang telah berumur dan kaya yang jatuh hati dengan seorang pemuda kelainan upaya (lembam) - Tim - yang diupahnya untuk mebuat kerja-kerja binaan dan rencam dirumahnya.
Keluarga Tim terutama kakaknya tidak bersetuju dengan percintaan mereka dan merasakan Mary hanya ingin mengambil kesempatan ke atas Tim. Di akhir cerita, Tim dan Mary telah berkahwin.
Pengarang Colleen McCullough ialah juga pengarang cerita The ThornBirds. Kedua-dua cerita ini telah diadaptasikan ke layar perak. Watak Tim dimainkan oleh Mel Gibson (salah satu peranan terawal beliau) dan telah melonjakkan nama Mel.

Saya suka cerita ini kerana ianya simple, mengetengahkan bahawa orang berlainan keupayaan juga mempunyai kehendak dan nafsu dan tidak memerlukan deep thoughts. Santai dan ringan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 04:00 PM | Show all posts
dah abis baca buku ni/ akhirnya jumpa jugak kt bog bad wolf ari tu...


rindu buku 1st tp x jumpa

sedang baca : Cik Juliet & Encik Romeo - Airisz

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:30 PM | Show all posts
sedang baca buku : Wanita Khas Untuk Qarin
rupanya ni kisah Qarin dari buku Lelaki Khas untuk Hanis
klu citer Hanis tu, kecewa sikit sbb x bersama dgn org yg sepatutnye (Qarin)
tapi...lor,,,rupa2nye ada kisah Qarin sendirik. sedang baca & awal2 dh best sbb kisah seram. salah satu genre kucen suka selain fantasi. jom baca!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2019 02:07 PM | Show all posts
ok, dh abis baca
Seindah 7 Warna Pelangi - e-man sufi
Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana
- semua best2 ooo...x rugi baca

sedang baca - Aku Pilih Bahagia hasil tulisan Umie Nadzimah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 10:03 AM | Show all posts
berangan2 nk g japan...so gigihlaaa baca buku nieee dlu....



Jepun sebuah negara yang luas dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Perancangan perjalanan yang teliti akan membolehkan anda menikmati keindahan Jepun semaksimum mungkin. Jangan bazirkan perbelanjaan yang telah dikeluarkan dengan perancangan yang pincang. Sebaiknya, laburkan perbelanjaan yang telah yang telah dikeluarkan untuk merasai keunikan sesuatu tempat dengan lebih mendalam.ROAD TO JAPAN disusun oleh JackSAdli atau dikenali sebagai "Tok" di Group Facebook "Road To Japan", yang kini memiliki hampir 100,000 ahli. Buku ini lengkap dengan pelbagai maklumat penting seperti kos, nama lokasi, itinerari, termasuk asas bahasa dan etika masyarakat Jepun bagi menjamin pengembaraan yang berbaloi!Diharapkan buku ini dapat membuka minda anda untuk merancang perjalanan anda sendiri. Melangkahlah mengikut kepuasan hati dan keupayaan diri. Semoga segala ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada kita semua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096581s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list