Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
5705
View
119
Reply

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]

Author: fly_in_d_sky       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 10-6-2019 08:19 PM | Show all posts
3480 replied at 9-6-2019 06:25 PM
Aah.. meluat, marah, geram smua tu la..

terhadap siapa?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-6-2019 08:42 PM | Show all posts
mood membaca tak konsisten
tak tahu kenapa
tapi ... tapi ... tapi bila pegang buku ni walaupun dalam bentuk e-book
tak boleh nak let go ... bila baca .. macam dalam filem fantasi
Hikayat Amir Hamzah pada awalnya ditulis oleh seorang penulis Parsi dengan judul Qissa'i Emir Hamza. Kemudian diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ahmad bin Muhammad dengan judul Sirat Hamzah. Manuskrip ini dibawa oleh pendakwah dari India ke Melaka pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia ditulis pada awal abad ke-15 dengan tulisan tangan oleh penulis istana raja Melaka yang mengambil masa selama 15 tahun bagi menyiapkannya.

Selain bahasa Melayu, manuskrip ini juga diterjemahkan ke bahasa Jawa, Bali, Acheh, Turki dan Hindi. Hikayat Amir Hamzah edisi tulisan rumi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987 masih mengekalkan gaya bahasa Melayu lama. Hikayat Amir Hamzah terbitan PTS ini menggunakan bahasa Melayu moden.

Hikayat Amir Hamzah kaya dengan pelbagai informasi terutama mengenai identiti sejarah bangsa pada masa itu. Ia menceritakan mengenai pemikiran, adat istiadat, kepercayaan keadaan sosial, keperibadian individu, hubungan antara individu dan sebagainya.

bayangkan bila Amir Hamzah ni bertempik ... bila dia bertempik bukit-bukau dan gunung-ganang bergegar
segala haiwan akan lari bertempiaran dan kemungkinan boleh pekak
sama lah dengan manusia ...
untuk elak jadi pekak .. kena sumbat dengan kapas ..

kalau nak angkat Amir Hamzah ... hahaha tak senang dan takkan dapat
badan kecil jer rendah ... tapi nak angkat dia sungguh lah tak mampu
sehinggakan darah keluar dari hujung jari
cokmar Amir Hamzah mampu melenyekkan musuh
berperang dengan segala jin dan peri tanpa henti selama 18 tahun ...

cuma satu jer ... kawan baik Amir Hamzah, Umar Umaiyah
pelik wataknya ...
curi hulu pedang yang patah dan menjadi milik dia
ada bebuli kaca yang boleh bakar manusia .. ada pistol kaca
dan memakaikan anting-anting emas ditelinga lelaki yang sudah di islamkan oleh Amir Hamzah

untungnya Amir Hamzah bertemu dengan Nabi Allah Khidir
dan memberi nasihat dan tunjuk ajar bagaimana untuk membunuh jin

dan kelengkapan perang Amir Hamzah
ni kalau salah betulkan
busar Kiani,
anak panaah Judanggi
pedang Sum Sum Koamamtum
baju sarung dari Nabi Allah Ismail
ketopong dari Nabi Allah Hud
muza Nabi Allah Salleh
ikat pinggang Nabi Allah Ishak
kuda berketurunan jin yang bernama Janggi Ishak
yang kepunyaan Nabi Allah Sulaiman

segala yang dilakukan oleh Amir Hamzah adalah kerana Allah
dan dia tidak sombong orang .. dan tiada perasan getar atau takut
nama Amir Hamzah .. Amirul Mukminin Hamzah
ada tahi lalat hijau ditengah dua kening


dan macam biasa ada watak jahat bernama Bathik, Kastam dan raja-raja kafir
tak dapat bayangkan tentera arab berjalan mencari tempat perlindungan, makan dan minum
dan sambil tu beperang dengan askar kafir
sambil berjalan sambil tu berperang ..





Hikayat Amir Hamzah, Jilid 1: Menentang Jin di Bukit Qaf

Hikayat Amir Hamzah, Jilid 1: Menentang Jin di Bukit Qaf
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-6-2019 08:47 PM | Show all posts
Hikayat Amir Hamzah pada awalnya ditulis oleh seorang penulis Parsi dengan judul Qissa'i Emir Hamza. Kemudian diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ahmad bin Muhammad dengan judul Sirat Hamzah. Manuskrip ini dibawa oleh pendakwah dari India ke Melaka pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia ditulis pada awal abad ke-15 dengan tulisan tangan oleh penulis istana raja Melaka yang mengambil masa selama 15 tahun bagi menyiapkannya.

Selain bahasa Melayu, manuskrip ini juga diterjemahkan ke bahasa Jawa, Bali, Acheh, Turki dan Hindi. Hikayat Amir Hamzah edisi tulisan rumi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987 masih mengekalkan gaya bahasa Melayu lama. Hikayat Amir Hamzah terbitan PTS ini menggunakan bahasa Melayu moden.

Hikayat Amir Hamzah kaya dengan pelbagai informasi terutama mengenai identiti sejarah bangsa pada masa itu. Ia menceritakan mengenai pemikiran, adat istiadat, kepercayaan keadaan sosial, keperibadian individu, hubungan antara individu dan sebagainya.

sayang buku Amir Hamzah jilid 1 - 3 tak jumpa naskah buku
hanya ada e-book
boleh beli dengan e-sentral atau google book
e-sentral RM 14.99 and google book dalam RM 12.37 bagi Amir Hamzah jilid 2 and RM 11.92 bagi Amir Hamzah jilid 3
untuk Amir Hamzah jilid 1 not available ..
untuk e-sentral kena register .. baru boleh beli dan baca
hanya boleh guna apps e-sentral sahaja .. lain tak boleh

Hikayat Amir Hamzah, Jilid 2: Asqar Dewa Bermata Tiga

Hikayat Amir Hamzah, Jilid 2: Asqar Dewa Bermata Tiga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 11:22 AM | Show all posts
buku nieee sempoiii gilerrrr kottt.....aku br baca smpi bab 8 ...jln citerr mmg dekat dgn kita...no more org2 kaya..kawen paksa bagai....hero n heroin citer niee buat keja2 kg jerr....i likeeeeeeeeee...


Sinopsis
AKU? Nama aku Siti Roskiah. Jarang orang panggil Ros. Siti lagi la. Jadi, orang panggil aku Yah. Aku seorang pengusaha ikan pekasam secara kecil-kecilan. Aku ada seorang kekasih. Nama kekasih aku Wan Amirul. Aku panggil dia Wan. Aku juga ada seorang sahabat. Nama sahabat aku Azlinda. Aku panggil Lin.
Hari ni aku pergi majlis nikah kawan baik aku tu. Kawan baik aku nikah dengan kekasih aku. Ramai ingat aku tak datang. Ramai juga yang fikir aku akan meraung-raung. Aku pergi pun sebab mahu lihat betapa bahagianya dua orang yang telah menghancur lumatkan hati aku.
Relakslah, beb. Hidup tanpa cabaran memang tak best. Kena juga ada sedih dan sakit hati. Barulah namanya hidup.
Aku kenal dengan seorang pengeluar ikan air tawar yang selalu berurusan dengan aku. Dia yang banyak pujuk aku masa aku putus dengan Wan. Dia cakap nanti aku akan dapat lelaki yang lebih baik daripada Wan.
Dia tu ialah Lias. Lias ni nama penuh dia, Muhammad Firash Ammar bin Abdul Latif. Aku tak tau macam mana boleh panggil Lias. Dia sebaya dengan aku. Tup-tup dia yang hantar rombongan meminang aku. Aku terima ajelah. Tapi
Kau tahu kan Lias tu tak ada kerja tetap? Dia tu tak ada masa depan. Dengan lelaki tak guna tu kau nak kahwin? - Along
Tak ada lelaki lain ke nak buat suami? Apa Lias yang boleh berikan pada kau? Kerja kampung macam tu tak menjamin masa depan langsung! - Wan
Tak cukup dengan along yang membantah, Wan pun masih mahu sibuk dengan urusan hidup aku. Ada sebab kenapa aku terima Lias. Dialah lelaki yang menyokong usaha aku selama ini. Mana boleh aku tolak lamaran lelaki macam Lias. Seorang dalam sejuta.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 03:48 PM | Show all posts
koleksi resepi & tips masakan yatie kitchen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 07:33 AM | Show all posts
Aurora Prinsipalis by Ahmad Patria Abdullah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 08:19 PM | Show all posts
Semasa ke Padang,Indonesia. Saya membeli sebuah buku karya Allahyarham Pak Hamka iaitu Tasawuf Modern . Sebab Pak Hamka berasal dari sana, itu yangmembuatkan saya beli sebagai kenang-kenangan. Pada saya genre agak berat dan tidak boleh di baca sepintas lalu. Ynag membuat saya tertarik mebali sebab kata-kata hikmah di hadapan novel "Bahagia itu dekat dengan kita, ada dalam diri kita"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sdg bc buku ANOMALI - fixi..karya syafiq aizat.. Aku rsa ni sambungan dpd buku trilogy awan.. kampus n entiti.. anomali ni agak bebelit gak nk paham.. kompius sapa yg ada power itu sapa yg ada power ni.. story ttg penyiasatan budak2 six sense .. ada unsur seram sikit2.. skit ja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 10:35 AM | Show all posts
baru semalam beli buku anding ayangan (RAM)...mood membaca masih belum ada..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 07:10 PM | Show all posts
sedang baca buku ni... Kompilasi 3 buah buku travelog.. kisah pengalaman hidup penulis..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-6-2019 10:14 AM | Show all posts
Empati

[m.pa.ti] | ايمڤاتي

Definisi : (mpati) daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.

Novel ini bukan sekadar sebuah cerita. Tapi ia sebuah peringatan. Jangan alpa pada kuasa EMPATI. Di saat segalanya sudah pergi. Apa yang kau rasa dalam hati itulah KUNCI.

Marah, takut, sedih dan benci. Rasai semua, dan kau akan hidup selama-lamanya.

Ismi Fa Ismail.




dah mula baca tak boleh stop
sabar jer lah
jenguk last page ... ada buku terakhir "PAKSI"


Empati

Empati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 12:27 PM | Show all posts
Saya sedang baca buku Raid Arjuna oleh Rose Harissa.  Buku yang penuh dengan 'isi'. Kena baca satu-satu supaya tak miss jalan cerita. Yang paling best, heroin tak lembik. Percintaan pun bukan jiwang karat. Padat dengan aksi jugak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 09:11 AM | Show all posts

ok...br baca smpi bab 6..aku mmg sejenis yg suka mmbaca kisah hidup n pengalaman masyarakat....




Sinopsis
Buku ini merupakan catatan ala travelog mengenai pelbagai corak kehidupan yang berjaya dikutip oleh penulis dari tahun 2007 sehingga 2009, hasil sebahagian daripada permukimannya di Durham, England. Bukanlah tujuannya untuk menunjuk-nunjuk ataupun membuka kisah peribadi sebagai tatapan umum, tetapi lebih kepada satu catatan sejarah untuk diambil ibrah atau pengajaran daripadanya jika terdapat apa yang bermanfaat.
Pengisahan pengalaman dalam buku ini dipersembahkan dengan kepelbagaian fakta, pengalaman peribadi, humor, anekdot-anekdot dan juga pelbagai nasihat untuk dijadikan renungan bagi para pembaca. Penulis percaya bahawa perjalanan hidup setiap individu lebih lengkap dan seimbang dengan memberi makna kepada kehidupan individu lain.
Hal demikian kerana setiap daripada kita adalah pelengkap kepada yang lain. Antara kisah dan pengalaman yang mencuit rasa dan mampu menjentik minda bawah sedar para pembaca ialah kisah-kisah perjuangan umat Islam untuk survive di bumi yang majoritinya non-Muslim. Ada juga kisah teladan tokoh-tokoh non-Muslim yang perjuangannya melebihi perjuangan Muslim itu sendiri.
Selain itu, perjuangan yang sentiasa menjadi perhatian utama seluruh umat Islam termasuk di Malaysia sendiri ialah perjuangan menentang Israel dan Syiah turut dibincangkan dalam buku ini. Manakala pengalaman-pengalaman lain seperti perihal penulis dan sahabatnya menyertai demonstrasi jalanan di London, Bonfire Night di UK. Turut dikongsi juga pengalaman penulis ketika berpuasa dan berhari raya di Durham
Justeru buku ini juga menyediakan info-info pengetahuan secara am yang berlaku di luar negara dan jarang didengar di Malaysia. Maklumat ini mampu mengubah serba sedikit persepsi masyarakat di Malaysia tentang kehidupan di luar negara apatah lagi sebuah negara bukan Islam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 01:09 PM | Show all posts
http://novelfull.com/

Soul of Searing Steel
Action, Adventure
Chapter 651 - Subterranean Realm
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-6-2019 10:52 AM | Show all posts
seribulan replied at 26-6-2019 01:09 PM
http://novelfull.com/

Soul of Searing Steel

online novel ...

macam menarik ...
cuma author nya yang terkenal ke atau baru nak up?



Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 01:07 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 27-6-2019 09:52 AM
online novel ...

macam menarik ...

dua-dua
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-6-2019 03:23 PM | Show all posts

ooo ok ler tu
fly dah bookmark ...
bila free boleh le baca ...
cuma .. susah sikit ler sebab tulisan kecil

takde mode desktop


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 04:45 PM | Show all posts
Baru beli setelah terlafaznya akad - anna milia & I owe you one - sophie kinsella ..

baru start baca setelah terlafaznya akad
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
iols tgh baca sophies world. buku tu psl teenager 15 tahun yg dapat surat mystery psl philosophy. basically the books is all about the intro of philosophy la. for anyone yg teringin nak tau apa tu philosophy without feeling loss, iols sarankan buku ni. cerita from the first philosophers and also their ideas. best sgt2 la buku ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-6-2019 12:55 PM | Show all posts
yossup replied at 28-6-2019 05:15 AM
iols tgh baca sophies world. buku tu psl teenager 15 tahun yg dapat surat mystery psl philosophy.  ...

tahniah kalau dapat habiskan
kepala saya sakit masa dan selepas habis baca buku ni
saya baca Sophie's World versi english .. tapi rasanya ada versi bahasa malaysia
mungkin tak seberat compare english ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089230s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list