Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
479
View
0
Reply

Kejahilan Hizbut Tahrir Terhadap Khalifah Terakhir

[Copy link]

Author: Kilokahn       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-3-2019 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Kejahilan Hizbut Tahrir Terhadap Khalifah TerakhirMarch 09, 2019








OLEH: Abu Amru Radzi Othman


KEJAHILAN HIZBUT TAHRIR TERHADAP KHALIFAH TERAKHIR : DAULAH UTHMANIYAH PADA TAHUN 1800-AN TELAH MELAKSANAKAN FAHAM SEKULAR!


Sekularisme telah dilaksanakan jauh sebelum Mustafa Kamal hidup. Sultan Turki telah melakukan pembaharuan atau bisa diistilahkan sebagai pindaan undang-undang dengan mewujudkan Hatt- i-Sarif atau dikenali Piagam Kamar Merah (1830) dan Hatt-I- Humayun (1856) oleh Sultan Abdul Majid dan Rasyid Ali dan Fuad Pasha. Piagam ini merangkumi pembaharuan pentadbiran, penyelarasan sistem cukai, sistem kerahan tenaga, persamaan hak individu dan pendidikan sekular menggantikan pendidikan Islam.

Dr. Ibnu Ahmadain Al Barlisi mengatakan:

Yang lebih dahsyat adalah Piagam Humayun menggugurkan segala rujukan syariah Islam dalam perundaangan atau secara terang-terangan menegaskan kedudukan sekularisme sebagai asas pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam beberapa tahun mendatang (Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah)

Pada 1866, tertubuh Kementerian Pelajaran Umum yang menyelia sekolah aliran sekular di Turki Uthmaniyyah. (Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden)

Pada 1869, iaitu tiga tahun setelah sekolah sekular diwujudkan, maka Menteri Kehakiman telah menubuhkan Mahkamah Sivil disamping Mahkamah Syariah. (Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden) Mahkamah ini telah membelakangkan hukum Islam dan menggunakan hukum Barat.

Ini adalah sekelumit dari sisi hitam sejarah Turki Uthmaniyyah, yang kaum hizbiyyun sangat menyanjung tinggi, malah beriman bahawa Turki Uthmaniyyah adalah Khalifah Al Uzma. Masih banyak lagi bukti tentang perjalanan sekularisme di Turki yang tidak perlu saya singgung.

Justeru Bapa Sekularisme bukanlah Mustafa Kamal tetapi adalah Sultan Mahmud II yang memerintah pada tahun 1808-1839 M. Dalam buku Bangkit Dan Runtuhnya Khalifah Uthmaniyah, karangan As Syalabi (yang diterjemah oleh Samson Rahman), Sultan Mahmud II pernah mengeluarkan hukum bersifat Pluralisme dan Sekularisme:

Beta tidak mahu sekarang untuk membezakan antara umat Islam kecuali berada di dalam Masjid, dan orang-orang Nasrani kecuali apabila berada dalam Gereja, dan orang-orang Yahudi kecuali berada dalam Sinagog. Beta mahukan selagi mereka semua mentaati Beta, mereka semua akan mendapat hak yang sama dan mendapat perlindungan yang serupa.

Sultan Abdul Hamid II ketika memberi syarahan ketika merasmikan pembukaan sidang parlimen pertama pada 19 Mac 1877/ 4 Rabiul Awal 1294 H mengakui bahawa Daulah Turki telah meninggalkan syariat Allah :

sepanjang 600 tahun, kekayaan dan kebahagiaan negara dan rakyat jelata sentiasa meningkat menuju kemajuan dan perkembangan di bawah perlindungan keadilan dan kedaulatan undang-undang, namun setelah itu kita mulai mengalami kemerosotan secara berperingkat disebabkan kelemahan kita mengikut dan berpandu dengan syariat Allah. Lalu kekuatan tersebut digantikan dengan kelemahan. (Eeman Mohamed Abbas, Sultan Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti))



KESIMPULAN:

1) Daulah Uthmaniyah bukanlah Khalifah terakhir.
2) Khalifah terakhir telah lama hilang iaitu tatkala Daulah Abasiyah tertegak di Baghdad!
3) Turki Uthmaniyah telah laksanakan sistem sekular para zaman pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 - 1839M).
4) Ketidak tahuan tentang hal ini menunjukkan KEBODOHAN Hizbut Tahrir dalam hal sejarah.

* sy menyalin tulisan di atas dari laman blog saya dimana sy telah bahas hal ini lama dahulu.



Gambar hiasan dari -AlJazeera-



___________________________

~ Abu Amru Radzi Othman~

Lajnah Agama






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089636s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list