Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
2775
View
44
Reply

Kakak Abaikan Anak

[Copy link]

Author: runningreindeer       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-2-2019 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Salam.

Aduh... tolong daku... Dah 7 tahun perkara ni tak setel2... penat dah bersabar.

Ceritanya begini, sedikit background story...  Kakak aku ni 13 tahun lg tua drpd aku. Kami 2 beradik je, tapi xdelah rapat sangat sebab perbezaan umur, lepas tu aku jarang di rumah (sekolah asrama). Baik-baik gitu je lah... lg pun lepas kakak berkahwin, hubungan kami makin enggang walaupun duduk serumah di rumah parents... masing-masing sibuk dgn hal masing-masing. Lagipun kakak aku kaki berjalan. Lesap memanjang  Kakak aku ni peramah, baik hati, tabah. Tapi sayang dia ni garang dan lantang orangnya, terutama kalau dengan keluarga kami. Kalau duduk2 dengan ibu kejap, tak sah kalau tak gaduh.

Setahun lepas dia berkahwin, dapatlah anak perempuan... Malang tak berbau, masa anak sedara aku tu umur 1 tahun, abang ipar meninggal kemalangan motor. Sedih... jadi kami pun bertungkus lumus tolong bantu jaga anak. Ibu ayah masih berniaga. Kakak aku kerja cikgu sekolah rendah... Mula-mula tu, ok lah. Tapi lama-lama aku perasan akak aku ni macam terlalu bergantung pada orang lain. Kerja rumah, jaga anak semua nak kami buat. Paling terkesan sekali, dia tak boleh langsung tolerate kerenah anak. Anak dia pada aku ok je, takdelah banyak kerenah. Nangis pun kejap2 je. Waktu tu aku sambung belajar dkt uni yg dekat dengan rumah. Mak ayah sibuk berniaga kedai makan. Otomatik memang aku jadi pengasuh la... free of charge... haha... kadang terasa macam aku pulak yang beranak. Takde kelas, ddk rumah jaga anak. Takde masa nk meronggeng2 ni. Time finals pun aku yg sibuk jaga anak. Kakak aku tau balik kerja tido, bangun makan, 'buat kerja' (iaitu scroll fb, ig), then tido balik. Dia tanak tido dgn anak dia dengan alasan dia penat, migraine, banyak kerja. Bila tegur, alasannya dia mintak tolong sikit pun tak boleh, dulu dia boleh je tlg jaga adik, kenapa aku tak boleh tolong dia, bla bla bla. Jadi tiap2 malam akulah yg tak cukup tido. Ibu pula kata, biarlah, tolong orang dalam kesusahan. Aku sabar lagi.

Pastu lama2, dia start dating ngan duda katanya. Selalu keluar rumah lps kerja, pastu balik lepas tengah malam. Terutama bila dia tau mak ayah aku xde di rumah. Aku la yang jaga anak dia full time, dengan study nya... Aku try tanya kakak aku slow2, dia marah, kata takda aih, menipu ja tu... akak kluaq lepak ngan kawan2 la. Tak lama lepas tu putus sebab bini orang tu dapat tau. Rupanya orang tu laki orang, anak 4. Bergaduh besar masa tu. Tapi perangai akak aku tak berubah juga. Ibu pula kata, biarlah, tolong orang dalam kesusahan. Aku cuba untuk sabar lagi.

Sampai la 2 tahun lepas, dia berkahwin dengan duda anak 2 (orang lain). Anak2 tiri kakak aku ni dah besar (sekolah menengah). Ibu ayah diorg ni bnyk gaduh sebelum cerai. Jadi anak2 tiri akak aku ni lain macam sikit. Memberontaknya... Ya Allah. Tak boleh ditegur langsung. Kalau aku ajak berborak pun dia buat tak reti je... Abang ipar aku pulak layankan je sebab tak nak hilang hak penjagaan. Anak sedara aku ni bru masuk pra sekolah. Masa lepas kahwin tu, kakak ngan abang tiri dia terang2 kata dia benci adik baru. Setiap kali jumpa je mesti kena buli. Kakak aku pulak buat endah tak endah. Lepas 5 bulan kahwin, akak aku pun pindah ke rumah suami dia (30 minit dari rumah kami). Sejak tu, payah betul akak aku nak jenguk anak, walaupun waktu anak2 tiri tinggal dgn ibu kandung diorg. Hari minggu kadang datang petang, mandikan anak, pastu chow. Hujung minggu pun kalau kita tak telefon, dia buat tak tau je. Kita telefon, mesej semua tak berjawab. Tak call langsung tanya pasal anak. Ditanya bila nak ambil anak, pelbagai alasan diberi. Paling sedih bila sampai hujung minggu je, anak sedara aku ckp kat aku, yay, jap lagi mak datang nak ambil saya... Tapi kakak aku tak datang2 juga.... Kat fb bukan main post sambut anniversary la, dating la, klua makan tempat best2 la... Paling best, dia post kat fb yg anak dialah yang mengajar dia menjadi seorang wanita dan ibu sejati. KAH KAH KAH.

Kadang klu tido di rumah kami pun dia buat layan tak layan je dgn anak tu. Ddk menghadap phone je. Kalau suruh dia jaga anak sendiri, dia membentak... Kalau budak tu buat salah sikit, habis kena marah, cepat naik tangan... Tido dgn anak pun payah... Kadang anak tu sampai merayu nak mak. Kadang suami dia sendiri pujuk kata ambil lah anak tu, kesian dia... akak aku boleh kata, malas la nanti dia menangis. Lagi parah, kakak aku kata nak anak lagi... Tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu. Aku makin hilang sabar.

Tuhan je yang tahu berapa kali aku menangis bila mengenangkan nasib anak sedara aku yang sorang ni. Aku bgtau la mak, kesian kat anak ni. Nanti dia dah besar, dah pandai persoalkan kenapa mak dia taknak jaga dia macam mana... Ibu boleh cakap, biarlah, nanti anak ni rapat ngan kita. Ibu sunyi kalau cucu takde. Aku jadi speechless. Aku terangkan, ye lah, nanti kita semua dah takda macam mana? Budak2 zaman sekarang rebel lain macam... Mak aku masih tetap dengan pendirian beliau... Macam mana nak buat ni? Jujurnya, aku takut ngan kakak aku. Dia jenis susah nk terima teguran, pastu cepat marah, tambah lagi aku ni adik, umur beza jauh pulak tu. Dan aku seorang yang pendiam dan pemalu... Macam mana nak nasihat baik2 supaya dia tak marah? Patutkah aku biarkan je? Atau aku yg terlebih dramatik dan negatif?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
X yah pikir pasal mak dia. Lost case. Ngan mak bapak pun dah kurang ajar. Doa je la.
Tapi..
Untung wooo dpt jaga ank yatim.
Semoga tt dimurahkan rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 06:43 PM | Show all posts
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Spesis istimewa kakak TT ni.  Ajar anak saudara tu jd anak yg solehah.  Tknk dia berontak bila meningkat remaja, TT n parents berikanlah dia kasih-syg yg cukup.  Andai satu hari dia tanya kenapa ibu dia mcm tu, jwb je la dgn jujur bahawa walaupun ibunya tak mcm ibu org lain, dia mesti taat kpd ibunya, hormatkan ibunya.  

As for TT, awak kena redho la ye.  Busuk2 pun dia darah daging/kaum kerabat awak juga. Doakan je la keampunan utknya n agar dia berubah.  Kalau Allah swt nak dia berubah, maka berubahlah dia.  Kalau tak berubah juga, itulah ketentuanNya.  Terimalah dgn berlapang dada.  Ujian buat dia, ujian buat awak juga.  Semoga segala kebaikan TT terhadap anak saudara tu diterima Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua

minit ke 6:50, tgk dr awal lagi menarik
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagalah anak buah tt baik2. Anak yatim tu. Biarlah mak dia, buluh dah tua dilentur memang patah. Semoga tt terus tabah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 03:19 PM | Show all posts
Jangan la dipaksa kakak TT bawa anak dia balik ke rumah yang dia duduk dengan suami dia sekarang. Tak pasal2 keluar suratkhabar anak kecil kena dera dengan mak kandung sendiri..
Ikutkan je mak TT yang nak terus jaga cucu dia, TT jaga anak yatim itu, besar pahalanya.
Si mak, biarkan aje dia nak beranak lagi ke, nak ikut suami ke... cuma pesan kat dia, lepas ada anak baru sendiri jaga, jangan menyusahkan orang lain pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 04:13 PM | Show all posts
tt aku advise kau jgn la bg anak sedara kau dekat kakak kau tu, baik kau dgn family kau je yang jaga, dh banyak kes parents bunuh anak sendiri plisss aku taknak dengar anak sedara kau salah sorang mangsanya.. kakak kau taknak pun anak dia tu, dia bukan budak2 lagi takleh pikir tanggungjawab dia sebagai emak, kalau kau rasa anak sedara kau tu beban meh la bg kt aku, aku boleh jaga mcm anak sendiri, aku takleh dengar org abaikan anak2.. sedihhh oooooii budak2 dorang cuma tau nak disayangi je
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-2-2019 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by runningreindeer at 24-2-2019 09:26 PM

Saya cuba untuk sabar... tapi mmg susah. Kadang saya rasa terikat di rumah. Rasa terperangkap. Yelah, usia masih muda, belum kahwin, ada degree professional, tapi kena jadi surirumah secara paksa. Banyak tawaran kerja yg saya idamkan terpaksa saya tolak. Ibu pun banyak meletakkan tanggungjawab jaga anak pada saya. Yelah, di usia tua ibu pun kadang tak kuasa nak layan kerenah anak kecil.  Kadang ibu pun buat sikap acuh tak acuh bila saya ajak berbincang. Kakak saya yg pilih utk kahwin, beranak, sedap je berjalan sana sini. Saya yang terpaksa jadi bidan terjun jadi ibu orang. Hati siapa yang tak sakit. Lepas tu ada pula mak cik2 yg sindir2 kata saya ni pemalas nak jaga anaklah, tak penyayang lah. Siapa yang pemalas sebenarnya? Siapa yg patut nya penyayang?  Hanya kerana saya ni pemalu, tak peramah macam kakak saya, automatik saya ni jahat di mata mereka. Semua yg saya buat ada je silapnya. Kadang rasa nk memberontak pun ada.... memang tiada solution ke? Memang takdir saya dijadikan korban?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
runningreindeer replied at 24-2-2019 09:21 PM
Saya cuba untuk sabar... tapi mmg susah. Kadang saya rasa terikat di rumah. Rasa terperangkap. Yelah ...

tt, kalau tt nak kerja & amek tawaran, pergi lah. Upah org jaga budak tu. atau mintak upah dr mak dia. Just bgtau mak dia tt dah tak mampu nak jaga. Sy faham & sy doakan semoga tt kuat & tabah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 11:14 AM | Show all posts
eedoraa replied at 25-2-2019 12:11 AM
tt, kalau tt nak kerja & amek tawaran, pergi lah. Upah org jaga budak tu. atau mintak upah dr mak  ...

betul tt...ikutlah nasihat ni.
anak orang takkan sama dgn anak sendiri..tt pun kena bagi peluang kat diri sendiri. go to career, ada peluang kawin.
anak sedara tetap bukan anak kita..sampai masa kena memilih dia tetap pilih mak dia.

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Be strong TT, anak saudara u ada u sorang saje skrg ni, she has ONLY you
Pegilah mana2 nk keje ke apa ke, tp hari2 call and tanya khabar, be there for her
U doesnt have to be with her physically but u need to be there psychologically
This story reminds me about myself jugak
I penah jaga anak yatim anak my late sister since i was 14 years old
Pendek cerita my nephew dah jadi doctor skrg ni, and dia sayang sgt kat i, anggap i mcm mak sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
I pernah tolak tawaran SBP ke MRSM lepas PMR bcoz nk duduk jaga anak buah, but rezeki i murah sampai skrg & i think sbb jaga anak yatim, wlupun i sekolah keb tp lepas SPM i fly pegi UK under Mara
Bayangkan anak buah i that time umur 2 tahun masa my late sister accident meninggal
Of course my parents lah jaga tp i yg bagi mandi, makan, buat homework, listen to all his problems dkt school, kene buli pun i yg pegi cari budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 01:20 PM | Show all posts
Edited by darkharis at 25-2-2019 01:23 PM

cuba ikhlaskan jaga anak saudara.... memang jiwa memberontak.. itu ujian...tp percayalah janji ALLAH... kalau lulus pasti RAHMAT ALLAH itu luas...
sentiasa DOA... dah buat banyak kebaikan jaga anak yatim.... pasti ALLAH perkenankan doa saudara..... cuma kena yakin + sabar..... kuatkan hati..doa kerap...

kalau dapat offer walau jauh.... pergilah... janji bila dah stabil bawa anak itu bersama.... sebab your family berniaga.. pasti tak terjaga... kakak dah berkeluarga + tak boleh harap.....boleh je upah org jagakan atau day care... janji malam boleh jaga... beri kasih sayang secukupnya.... insyallah ada kebahagiaannya nnt...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni yg mangsa adalah anak sedara u, dhlah xde bapak, mak pun perangai mcm bi@& cubalah tatap muka dia, tengok ke anak mata we can see that theyre sad, lost & feel hopeless
Wlupun kami satu family give all the best to my nephew but deep down dia sentiasa rasa lost & sad, jiwa anak yatim ni halus & sensitif
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
like i said u dont need to sacrifice ur life, just go & do what u like! Fly high! Pegi keje, pegi dating
Tapi always be there for her, tak rugi buat baik pada anak yatim, i yakin anak yatim ini yg akan beri rezeki utk u dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 05:09 PM | Show all posts
Kalau awak nak kejar cita-cita pun, make sure awak teruskan care pada anak tu. Murah rezeki awak. Percayalah. Saya pernah berkawan dgn anak yang diabaikan parents, sgt kesian. Even tunjuk kasih sayang dgn cara bertanya khabar melalui telefon pun dah sangat precious bagi mereka. Awak didik anak tu elok-elok, bila dia berjaya awak akan jd org pertama dia cari n appreciate. Silap haribulan, awak yang dia utamakan, bukan mak dia sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Awak boleh jaga anak tu sambil kerja pun
Sama mcm wanita berkerjaya lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 01:48 PM | Show all posts
sedapla jadi kaka mcmtu ya..mak pun asik back up si kakak

apa yg kita buat biar jelas..kalu tt memang betul nk jaga anak sedara biar terus secara sah sbgi penjaga dari segi undang2. esok2 anak dh besar kakak tu claim anak sedara tu balik.

usaha ats kita sdri dek..tak kira dari mana usaha kita..cuma dalam bab hak kita..jgn semudahnya org amik mudah walau kakak sendri. menyampah lak aku ngan kakak hang tu.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-2-2019 10:08 PM | Show all posts
darkharis replied at 25-2-2019 01:20 PM
cuba ikhlaskan jaga anak saudara.... memang jiwa memberontak.. itu ujian...tp percayalah janji ALLAH ...

Kalau anak ni tiada mak ayah, memang saya nak ambil jadi anak sendiri. Saya lagi suka. Siapa tak sayang anak yang dah dijaga sejak dalam pantang. Kalau saya bawak tinggal dgn saya, nanti ada orang tuduh saya culik anak orang pulak. Sama mcm ade org cakap, anak orang tak sama mcm anak sendiri. Anak pasti akan pilih ibunya walau buruk mana pun. Itulah salah satu sebab kadang2 saya jadi takut nak sayang anak ni lebih2...

Nak ikhlas tu memang susah. Saya doa tiap2 hari lembutkan hati ni. Kenapa saya ni jahat sangat. Kenapa saya ni tak baik macam orang lain. Saya mengaku itu kelemahan saya. Sebab saya marah dengan perbuatan kakak saya. Saya marah sebab orang EXPECT itu memang tanggung jawab hakiki saya. Macam saya ini emak budak tu. Padahal mereka lupa, saya ni membantu. Orang dah bantu tu, faham2 bahasa lah. Jangan meminta yang lebih2. Ini tidak, kalau saya nak rehat, penat jaga anak, saya pulak dituduh pemalas, mintak tolong sikit pun tak boleh. Diminta emaknya ambil anak, emaknya marah2, bagi alasan. Tanya ibu, ibu suruh sabar je. haha. Boleh jadi gila macam ni. Kelmarin, ada saudara datang, anak sedara ceritalah macam2 aktiviti yg dia buat dengan saya. Lepas tu saudara saya cakap, kiranya mmg sayalah yg banyak jaga anak. Kakak saya boleh marah orang tu cakap macam tu. APA MASALAH DIA?! Orang dah tolong pun langsung dia tak hargai. Kenapa saya yang kena bersusah payah padahal kakak sedap je goyang kaki without any consequences?


Memang saya nak ambil offer kerja haritu, tapi mak kata kalau jauh2 mak tak restu. Nanti siapa nak jaga anak? hahaha. Pelik kan? Mungkin ini sahaja lah nasib saya. Terikat di sini. Kerja di kampung je lah jawabnya. Nasib anak bongsu, semua pendapat tak dihiraukan.

Sekarang ni yg mangsa adalah anak sedara u, dhlah xde bapak, mak pun perangai mcm bi@& cubalah tatap muka dia, tengok ke anak mata we can see that theyre sad, lost & feel hopeless
Wlupun kami satu family give all the best to my nephew but deep down dia sentiasa rasa lost & sad, jiwa anak yatim ni halus & sensitif

Saya rasa kami berdua yg jadi mangsa keadaan. haha. I'm also doing this for her. Kadang saya menangis tengok dia. Saya tak nak dah besar dia marah kenapa mak dia tinggalkan dia. Kenapa mak dia tak sayang dia. Kalau dia tak kisah takpe lah. Kalau dia memberontak? Itulah yang saya takut. Sebab saya pernah jumpa orang yg ibubapanya bercerai, nenek jaga. Nenek dia sayang dia. Tapi, dia rebel, terlibat dgn dadah, etc, dgn alasan mak ayah pun tak sayang aku, aku peduli apa dengan dunia ni. Saya cuba terapkan nilai penyayang sebaik mungkin, ajar agama, tp kita tak boleh nk agak respond dia macam mana nanti. Ye lah, saya pun takde pengalaman jadi ibu2 sebelum ni. Hanya mampu doa yang dia jadi orang yang solehah, matang dan rasional.

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 09:31 AM | Show all posts
Saya faham perasaan tt.
Memang kita rasa penat, rasa tak bebas, rasa situasi sekarang menyusahkan
Sabar kita pun ada hadnya. Apatah lagi dengan sikap kakak tt yang macam celaka tak peduli langsung pasal anak dia dan orang lain yang kata tt pemalas hanya disebabkan tt nak berehat sekejap.
Dalam kes ni saya bimbang tt jadi tak ikhlas nak jaga anak itu dan akan ada satu hari yang tt pula rasa nak memberontak, akibatnya anak itu pula yang menjadi mangsa.

You need your own life, tt.
Keluarlah. Pergilah bekerja. Kalau mak tak restu tempat kerja jauh semata-mata sebab siapa nak jaga anak, tt berilah beberapa cadangan untuk anak itu.
Hantarlah kepada pengasuh. Kerja dekat atau jauh, saya percaya tt tetap kena hantar anak itu kepada pengasuh. Mak tt pun dah tua, takkan dia larat nak jaga anak itu setiap masa ketika tt bekerja.

Saya macam nak suruh tt buat angkat sumpah untuk jadikan anak saudara itu sebagai anak angkat. Biar secara bertulis, secara undang-undang.
Supaya bila dah besar nanti maknya tak sibuk nak ambil dia balik.

tt kena banyak bersabar dan banyak berkorban.
Saya doakan semuanya dipermudahkan buat tt dan anak itu.
All the best, tt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.106419s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list