CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1763|Reply: 2

Makan Dengan Betul Mampu Bantu Proses Pemulihan Kecederaan

[Copy link]
Post time 21-2-2019 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Bagi anda yang selalu menonton acara sukan sama ada bola sepak, hoki, ragbi, mahupun seni bela mempertahankan diri (UFC dan One Championship), anda pasti pernah melihat kecederaan yang dialami pemain atau atlet.


Apabila mengalami kecederaan, mereka perlu berehat dan menjalani tempoh rawatan dan pemulihan yang lama. Namun, tahukah anda terdapat beberapa cara untuk mempercepatkan proses pemulihan tersebut?




Foto dari: Hello Doktor






Salah satu cara terbaik adalah makan dengan cara yang betul. Ya, betul! Makan dengan betul merupakan salah satu cara untuk mempercepatkan proses pemulihan dan juga meningkat prestasi seseorang atlet.


Terdapat beberapa nutrien mikro tertentu yang boleh membantu dalam pemulihan kecederaan atlet.




Kalsium dan Vitamin D


Kalsium diperlukan dalam pertumbuhan dan kesihatan tulang. Turut membantu dalam mengurangkan risiko stress fractures (patah). Vitamin D pula diperlukan dalam mengekalkan tahap Kalsium dalam badan serta membantu pertumbuhan tulang yang sihat dan fungsi rangka otot.


Pengambilan Kalsium dan Vitamin D membantu dalam kecederaan patah dan terseliuh.






Foto dari: idntimes.com





Antara makanan yang mempunyai tahap Kalsium tinggi adalah produk tenusu, manakala antara makanan yang mempunyai tahap Vitamin D yang tinggi adalah kuning telur, yogurt, jus buah-buahan dan cendawan kering.




Zat Besi


Zat Besi memainkan peranan penting dalam memindahkan oksigen dari paru-paru ke tisu badan dan penting untuk pernafasan serta tenaga. Zat Besi juga mempengaruhi daya tahan dan prestasi atlet.


Selain itu, Zat Besi turut membantu dalam keletihan melampau, kekurangan tenaga, penurunan keseluruhan prestasi sukan dan ketidakupayaan menyelesaikan sesuatu aktiviti.






Foto dari: medicastore.com





Antara makanan mengandungi Zat Besi yang tinggi adalah makanan yang datang dari haiwan seperti daging, ikan dan telur. Tofu dan kacang juga mempunyai Zat Besi.




Elektrolit


Elektrolit seperti natrium, kalium dan klorida adalah penting dalam menjana tenaga, mengekalkan penghidratan dan pergerakkan otot badan.


Turut membantu dalam kecederaan kejang otot, sakit kepala, sakit badan dan keletihan.






Foto dari: Runner's Rationale





Antara makanan dengan kandungan Elektrolit yang tinggi adalah seperti kekacang, minuman tenaga, kentang dan pelbagai sayur serta buah-buahan.




Vitamin C


Vitamin C memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan, menyembuhkan luka serta membantu dalam pembaikan tulang.


Mendapatkan Vitamin C yang cukup dapat membantu atlet unutk kekal sihat dan bersedia sebelum beraksi. Turut membantu ketika batuk, selsema, dan sakit otot.





Foto dari: naturallycurlye.com





Antara makanan dengan kandungan Vitamin C yang tinggi adalah seperti buah oren, strawberi, brokoli, lada hitam, tomato dan pelbagai jenis sayur dan buah-buahan.


Terdapat pelbagai makanan yang baik untuk tubuh manusia. Jadi, makanlah dengan cara yang betul agar kesihatan anda baik dan terjamin. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 11:41 AM | Show all posts
Betul tu makan dari sumber asli lebih cepat effectnya dari yang dah diprocess
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 04:27 PM | Show all posts
betul lah tu pemakanan sangat mengpengaruhi sistem tubuh badan kita untuk sembuh dan melawan penyakit yang datang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.526835 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list