JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
230
View
4
Reply

[Tempatan] KPDNHEP: 28 restoran salah guna ayat al-Quran didenda sehingga RM1 juta.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-2-2019 05:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-2-2019 01:49 PM

KPDNHEP: 28 restoran salah guna ayat al-Quran didenda sehingga RM1 jutaOmar Zin -

February 11, 2019 10:28 PM


Pegawai Jakim (kanan) memeriksa ayat suci al-Quran meragukan yang digantung dalam sebuah restoran di Pasar Besar Alor Setar, pada 15 Januari lalu. Operasi itu turut disertai KPDNHEP, Jabatan Kesihatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 restoran didenda sehingga RM1 juta masing-masing kerana menyalahgunakan ayat al-Quran untuk memberi tanggapan premis mereka berstatus halal, kata Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman.


Katanya, tindakan itu diambil bulan lalu, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Dalam tempoh 11 Januari hingga 31 Januari lalu, sebanyak 1,975 premis telah diperiksa dan 28 daripadanya disyaki mempunyai elemen menyalahgunakan ayat al-Quran bagi menggambarkan premis seolah-olah halal.


Jadi, restoran-restoran itu didenda sehingga RM1 juta, tetapi nasihat saya kepada pengguna, jika restoran itu popular, tetapi tidak ada sebarang tanda halal, jangan masuk, katanya dalam program bual bicara MyHalal di RTM, hari ini.


Isu restoran mamak palsu terbongkar, susulan operasi KPDNHEP sejak bulan lalu untuk mengesan tindakan pengusaha menggunakan kalimah menyerupai ayat al-Quran dan gambar masjid bagi menarik pelanggan ke premis mereka yang tidak memiliki sijil halal.


Penolong Pengarah Kanan Majlis Halal Malaysia, Mohd Amri Abdullah menggalakkan restoran bukan Islam yang mematuhi syarat ditetapkan untuk memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Halal bukan hak mutlak orang Islam, tetapi untuk semua, selagi mana ia mematuhi konsep halalan toyyiban, termasuklah prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Halal Malaysia.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Ayoob Khan Ayub Khan Muhamad Yakub berkata, cadangan untuk pengusaha restoran mamak mengambil 100% pekerja Islam tidak boleh dilakukan secara mendadak.

Kami cuba sedaya upaya bawa 100% orang Islam sebagai pekerja restoran, tetapi bukan mudah. Tenaga kerja dalam kalangan orang Malaysia kurang dalam bidang perkhidmatan makanan.


Kami sanggup bayar gaji tinggi untuk pekerja tempatan, tetapi tiada siapa yang mahu, sebab itu terpaksa ambil orang luar.




Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 07:38 AM | Show all posts
nasib tak gemar makan restoran yang kononnya mamak islam ni

kat penang pun rasanya kena try buat serbuan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguih la. Harus sentiasa di pantau & di banteras habis - habisan. Aku khuatir sebenarnya hanya berapa kerat ja kedai mamak Muslim dari lambakan kedai mamak ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:36 PM | Show all posts
cadangan untuk pengusaha restoran mamak mengambil 100% pekerja Islam tidak boleh dilakukan secara mendadak.

Kami cuba sedaya upaya bawa 100% orang Islam sebagai pekerja restoran, tetapi bukan mudah. Tenaga kerja dalam kalangan orang Malaysia kurang dalam bidang perkhidmatan makanan.


so, faham2 la ye pekerja deols ramai non muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:54 PM | Show all posts

menunjukkan ramai orang senang kena tipu, tapi apa sebab senang kena tipu ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055128s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list