JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
150
View
1
Reply

[Tempatan] Kumpulan hartanah Malaysia-Kanada diarah bayar lebih RM600,000 pada NGO.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-2-2019 05:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-2-2019 01:45 PM

Kumpulan hartanah Malaysia-Kanada diarah bayar lebih RM600,000 pada NGOFMT Reporters -

February 11, 2019 11:55 PM


Lukas Straumann memegang buku karya NGO itu di depan ibu pejabat Sakto Corporation di Ottawa.


PETALING JAYA: Sebuah mahkamah di Switzerland mengarahkan seorang usahawan Malaysia-Kanada dan suaminya membayar ganti rugi RM672,565 kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Basel, selepas gagal mendapatkan injunksi terhadap kumpulan alam sekitar itu atas dakwaan pengubahan wang.


Jamilah Taib Murray, anak perempuan Gabenor Sarawak dan bekas ketua menteri, Tun Abdul Taib Mahmud, bersama suaminya, Sean Murray memfailkan saman fitnah terhadap Tabung Bruno Manser atas tuduhan pengubahan wang.

Dalam laporan Safe Haven Canada, NGO itu menggesa pihak berkuasa Kanada mengheret Jamilah dan suaminya ke mahkamah atas dakwaan menerima dana daripada Taib secara berterusan.


Jumaat lalu, mahkamah sivil Basel menolak permohonan pasangan itu untuk mengharamkan penerbitan 250 karya, termasuk sebuah buku NGO itu dan meminta ia membayar kos sebanyak RM81,518 sebagai tambahan terhadap ganti rugi kepada Tabung Bruno Manser.


Pengarah Eksekutif Tabung Bruno Manser, Lukas Straumann menyambut baik perintah mahkamah itu yang disifatkannya satu bentuk galakan untuk mereka meneruskan perjuangan menentang rasuah dan pengubahan wang oleh pemimpin Malaysia tertentu.


Kemusnahan hutan hujan Borneo hanya boleh dihentikan jika kita dapat menangani aktiviti rasuah politik tersembunyi.

Tabung Bruno Manser ialah kumpulan alam sekitar yang memperjuangkan pemuliharaan hutan hujan tropika terancam dan hak pribumi yang tinggal dalam hutan.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/11/kumpulan-hartanah-malaysia-kanada-diarah-bayar-lebih-rm600000-pada-ngo/
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah kenapa bila tengok tajuk thread ni terus gerak hati aku ckp maybe princess jamilah. Bila baca betul tekaan aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042723s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list