JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
523
View
13
Reply

[Tempatan] MLM: Pelajar U diminta tumpu pada pengajian. Jangan guna loan/PTPTN join MLM

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-2-2019 12:28 AM | Show all posts |Read mode
MPP UiTM gesa mahasiswa tolak MLM
11 Februari 2019 10:23 PM


KUALA LUMPUR 11 Feb. - Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggesa semua mahasiswa menolak perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) selain lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan sindiket berkenaan.

Yang Dipertuanya, Muhammad Aznur Syah Azman berkata, tugas utama mahasiswa adalah untuk menyempurnakan pengajian serta membanggakan ibu bapa dan keluarga, bukan untuk mencari kemewahan.

Sehubungan itu, katanya, jangan ada mahasiswa yang mengambil jalan mudah untuk hidup senang walaupun ramai mengetahui perniagaaan MLM akan menyebabkan kehidupan mereka terjerumus ke dalam pelbagai masalah sosial.

"Penglibatan mahasiswa secara ugutan, paksaan serta diarah berhutang semata-mata terlibat dalam perniagaan MLM ini secara tidak langsung memberi impak negatif dalam kawasan kampus.

"Sindiket ini mengambil kesempatan ke atas sifat ingin tahu dan hidangan gaya hidup mewah kepada mahasiswa kampus melalui pelbagai medium dan platform," katanya dalam  kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini mengenai sindiket MLM yang menjerat mahasiswa.

Dalam pada itu, Muhammad Aznur Syah menambah, pihak universiti sentiasa menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar selain menyediakan pelbagai medium bagi mahasiswa memulakan perniagaan sendiri.

Oleh itu, katanya, para mahasiswa seharusnya mengambil peluang dan ruang yang disediakan UiTM dengan sebaik-baiknya.

"Pusat Pembangunan Modal Insan Keusahawanan UiTM (Masmed UiTM) sentiasa bersedia membantu para pelajar untuk memulakan perniagaan secara sah dan teratur," ujarnya.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanah campus punya luas suh tanam sayur bela kambinh kerbau ayam itik
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mengaji UiTM takyah lah ambik PTPTN
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 02:10 AM | Show all posts

jgn sibuk beli cellphone, jgn nak makan mewah mewah, jgn nak beli baju trendy.

Eh zmn dulu bebudak U siap boleh hantar sikit duit pinjaman utk emak ayah di kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 02:11 AM | Show all posts


elok buat style US -semua penuntut dlm loan. Dpt kerja tiap bulan gaji dipotong utk bayar students loan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ada aku dgr cerita ada yg menyasarkn rekrut ahli  dr students. Spy duit ptpn tu dilaburkn jadi ahli. Pastu ckp ' jgn risau kau blum abis blajar pun ko dh boleh pakai merc jadi jutawan. Penghujungnya kita tau la. Dlm 100 mungkin 1 yg berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 08:40 AM | Show all posts
student ipt

acik2 pencen

staf gomen

Beware golongan2 yg menjadi sasaran MLM
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Jauhi MLM.. kalau nak duit lebih bukak stall jual burger or jual nasi lemak pun baguih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 11:40 AM | Show all posts
"Sindiket ini mengambil kesempatan ke atas sifat ingin tahu dan hidangan gaya hidup mewah kepada mahasiswa kampus melalui pelbagai medium dan platform," katanya dalam  kenyataan di sini hari ini.


ak heran budak2 skg. nk bgaya mewah mcm ko dh kije!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 11:54 AM | Show all posts
onexox97 replied at 12-2-2019 01:39 AM
Kalau mengaji UiTM takyah lah ambik PTPTN

why  ?  belajar di uitm free ka . ?  




Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 11:57 AM | Show all posts
bukan ko korajaan suruh anak2 mudo monjadi usahawan dan siap daftar boniago....untuk monggalakkan kousahawanan...wakakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:26 PM | Show all posts
cilakak ini leader2 MLM..memang dia akan umpan kenceng budak2 IPTA yg dpt loan nih...
biasa la budak2 IPTA...janji hapus PTPTN pun depa percaya..pakat pangkah habih musibat PH..
sekali hancenggg..kena bayar jugak...


so...budak2 IPTA ni senang je kene umpan, bagi dedak sikit je....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:53 PM | Show all posts
klu nak selamat dari skim cepat kaya... langkah pertama ialah lari jauh2 dari MLM
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
zacEfron replied at 12-2-2019 11:54 AM
why  ?  belajar di uitm free ka . ?

Mana ada benda free atas dunia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048518s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list