JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
671
View
20
Reply

[Tempatan] Ijazah palsu: Jangan lari dari persoalan asal!

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-2-2019 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Ijazah palsu: Jangan lari dari persoalan asal, kata penganalisis
Yasmin Ramlan  |  Diterbitkan Hari ini 8:00 malam  |  Dikemaskini Hari ini 8:00 malam



Mana-mana pihak politik jangan lari daripada persoalan utama tentang isu ijazah palsu yang melanda pemimpin mereka, kata beberapa penganalisis politik.
Mereka merujuk kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang membela Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya yang mendapat ijazah daripada Cambridge International University (CIU) Amerika Syarikat, didakwa sebagai 'kilang pengeluar sijil'.
Bagi mereka, persoalan utama adalah kejujuran dan integriti pemimpin, bukan sama ada ijazah diperlukan untuk menjadi ahli politik atau tidak.
"Isu sebenarnya bukan pemimpin perlu ijazah atau tidak, itu sudah lari daripada persoalan asas.

"Tetapi bagaimana penipuan berlaku - seseorang yang mendakwa ada ijazah dari sebuah universiti walau sebenarnya tidak.
"Ia menggambarkan peribadi dan karakter pemimpin itu. Kalau hal begini pun sanggup menipu, bagaimana dengan soal-soal besar," kata pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Jeniri Amir ketika dihubungi.


Justeru, beliau menyifatkan tindakan beberapa pemimpin PH yang mempertahankan Marzuki sebagai menghairankan.
Antaranya Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir yang berkata yakin Marzuki dipilih sebagai timbalan menteri bukan kerana kelayakan akademik, dan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang menyifatkan ia bukan masalah jika pemimpin mempunyai sifat amanah.
Selain Marzuki, beberapa lagi pemimpin PH yang dilanda dakwaan sama ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, Menteri Besar Johor Osman Sapian dan Adun Tronoh Paul Yong Choo Kiong.



Hari ini bekas perdana menteri Najib Razak juga didakwa isu sama, apabila Adun Keranji Chong Zhemin mendakwa beliau tidak menamatkan pengajiannya di Universiti Nottingham.


'Integriti, akademik seiring'
Prof Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya pula berkata dua kriteria itu - integriti dan kelayakan akademik - penting untuk anggota kabinet.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Rais Yatim yang menyifatkan kelayakan akademik tidak penting untuk ahli politik kerana ia bukan bidang yang boleh diajar dan 'disekolahkan' sepenuhnya yang menjadikan Ghafar Baba yang menjadi timbalan perdana menteri pada 1986-1993 sebagai contoh.
Bagaimanapun Rais tetap berkata tindakan menipu sijil oleh mana-mana individu adalah salah.
Awang Azman berkata, zaman Ghafar - yang hanya berkelayakan SPM - tidak boleh disamakan dengan sekarang.


Ghafar Baba

"Zaman dulu hanya ada lima universiti awam, tetapi kini ada lebih 20 dan ini tidak termasuk universiti swasta," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau mendakwa pemimpin politik negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Jepun kebanyakannya mempunyai latar pendidikan yang baik.
"Bermakna untuk menjadi pemimpin politik pada abad ke-21 ini, ijazah dilihat faktor... Tak boleh nafikan (perkara ini) hanya untuk menjaga hati orang politik.
"Pandangan Rais betul, tapi untuk ahli parti biasa. (Untuk memimpin negara) ijazah sesuai dengan negara yang mahukan modal insan berkualiti untuk mentadbir, menggubal dasar dan menjadi teladan kepada rakyat," katanya lagi.
Katanya, Dasar Pandang ke Timur yang sering dilaung Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah tercemar apabila isu integriti seperti ini berlaku kerana ia "bermula dengan pemimpin sendiri".

'Zaman berubah'
Sementara itu, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Kartini Aboo Talib Khalid sependapat dengan Awang Azman berkenaan kelayakan akademik.
"Perubahan masyarakat menyebabkan persaingan kian kompleks, dan petunjuk status dan maksud kejayaan juga berubah.
"Pemikiran lama sekamin tidak relevan. Politik moden lebih dinamik dan rakyat makin matang, maka latar belakang pemimpin sangat penting," katanya kepada Malaysiakini.
tetapi katanya lagi, ia juga bergantung kepada keadaan kerana ada ahli politik yang tiada kelayakan akademik tinggi tetapi berpengalaman luas dalam arena itu, yang akhirnya banyak membantunya.
Untuk rekod, ada juga pemimpin PH yang mengkritik tindakan Marzuki.
Antaranya Pengarah Strategi Bersatu, Dr Rais Hussin Mohamed Ariff yang berkata beliau perlu memohon maaf dan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyifatkan tindakan pemalsuan ijazah sebagai "tidak bermoral".

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:22 PM | Show all posts

pemimpin cermin rakyat, macam tu pemimpin macam tu la rakyat, tukar kerajaan pun serupa
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau setakat jadi mp ok tak der degree, tapi Ni menteri bang, menteri Ni executives require certain degree of knowledge and aptitude, kalau tak der degree mmgla poblem...Zimbabwe pun tak cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mahathir pun aku rasa pening kepala tgk gelagat menteri2
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Academic qualifications tu dah satu hal. Tapi issue nya di sini, wakil rakyat takde integriti, tak amanah, pakai sijil palsu. Tu benda basic kot!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 11-2-2019 11:36 PM
Academic qualifications tu dah satu hal. Tapi issue nya di sini, wakil rakyat takde integriti, tak a ...

kera jaan malaysia baru tak hal dgn isu degree palsu semua ni.dah ramai plk para penyokong dan memimpin nya bangkit membela.hauk la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 11-2-2019 11:23 PM
Kalau setakat jadi mp ok tak der degree, tapi Ni menteri bang, menteri Ni executives require certain ...

If dr awal naik sbg pemimpin yg x berpendidikan mungkin benar beliau berkebolehan
Tapi byk mana je peluang taraf2 spm
Sebb tu lah diorg menipu
Dh fly high dan2 ckp ahli politik x perlu klyakan akademik
Demm
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
seseorang yang mendakwa ada ijazah dari sebuah universiti walau sebenarnya tidak.
"Ia menggambarkan peribadi dan karakter pemimpin itu. Kalau hal begini pun sanggup menipu, bagaimana dengan soal-soal besar,"
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
beliau menyifatkan tindakan beberapa pemimpin PH yang mempertahankan Marzuki sebagai menghairankan.
Antaranya Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir yang berkata yakin Marzuki dipilih sebagai timbalan menteri bukan kerana kelayakan akademik, dan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang menyifatkan ia bukan masalah jika pemimpin mempunyai sifat amanah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 salahkan netizen suka membawang

Kalau x tumbuh x melata

Tak sungguh orang tak mengata
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:18 AM | Show all posts
Mahathir tue pon tak kompeten. Doktor Karala pemalasss, tau nak senang jer ternak kroni msuk politik. Siall
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
jibun dh upload lom sijil dia?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Siakap senohong gelama ikan duri...dah biasa membohong dah biasa mencuri lama2 jadi apa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:16 AM | Show all posts
naik malu baca berita menteri2 Msia pakai fake degree di media2 singapura
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:24 AM | Show all posts
yg sibuk2 defend ni.. ape kate bawang-p.i pegi selidik pulak diorg
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam kes ijazah palsu ni mmg dodol hencap lah kau org. Cash atas kebodohan semua!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:29 AM | Show all posts
bukan je ijazah palsu

hantaran kawin pun palsu

janji mercedes baru, dikasi mercedes second hand plakkkk



Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:39 AM | Show all posts
udah2 la lari dari persoalan utaman. jawab ape yg kami mahu tahu, fake atau tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 02:10 PM | Show all posts
Tu lah org dulu2 dah pesan, habih kan  belajar, esok kalau dah masuk politik tak sempat nak buat degree.
Habih tu mcm mana, SPM pun dapat sijil Am saja. Semua 9 subjek Lulus dan F saja. Mcm mana nak buat degree. Nak masuk U mcm mana?
Tak pe kita ada pakar2 komputer buleh super impose, buat Sijil dan transcript. Gila apa, Timb Menteri Luar x der degree tak pandai cakap engelish.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 02:15 PM | Show all posts
muka temobok kulit babi apa la yang menipu konon ada degree ujung2 satu dunia tahu kau menipu konon pandai

malu la sikit kat mak pak mertua ipar duai jiran sebelah semua

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.056284s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list