JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
445
View
14
Reply

[Tempatan] Lepas 9 bulan. ¡®Malaysia Baharu¡¯ menuju ke arah ¡®Malaysia Palsu¡¯

[Copy link]

Author: R2D2    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-2-2019 10:59 PM | Show all posts |Read mode
¡®Malaysia Baharu¡¯ menuju ¡®Malaysia Palsu¡¯?
11 Februari 2019 12:00 PM



¡°KAMI merayu agar rakyat memberi kami peluang untuk membuktikan kebolehan untuk memperbaiki negara demi rakyat. Kami sanggup dihakimi rakyat sejauh mana kami berjaya memenuhi janji-janji ini. Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi.¡±
Nada penuh merayu ini adalah kata pengantar dalam buku manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menjadi ¡®manisan mengkhayalkan¡¯ rakyat bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan.
Janji dan harapan yang diberikan oleh PH ketika itu amat hebat sekali. PTPTN, tol, AES akan dihapuskan, harga minyak akan diturunkan begitu juga harga barangan juga akan turun kerana kerajaan pakatan lebih bijak untuk memansuhkan GST dan mengembalikan SST.
Dari desa ke kota, daripada murid sekolah hingga pelajar universiti, daripada petani di sawah, peneroka di tanah rancangan, penoreh di ladang getah hinggalah nelayan di tengah lautan, semuanya diberi harapan bahawa hidup mereka akan lebih baik jika mereka bersama PH ¡®menyelamatkan negara¡¯.

Sudah pastilah dengan barisan pemimpin yang diuar-uarkan berkelulusan hebat-hebat belaka dan begitu bijak berhujah, berdebat serta membentangkan fakta-fakta (yang antaranya tohmahan dan fitnah) termasuk negara akan bankrap, rakyat akhirnya buat keputusan menolak BN.
Tetapi persoalannya adakah kehidupan rakyat kini jauh lebih baik daripada dahulu? Adakah PTPTN sudah dihapuskan? Adakah plaza-plaza tol di seluruh negara kini sudah tiada? Adakah kamera AES tidak lagi menghiasi lebuh raya dan jalan raya di negara ini?
Adakah petani, peneroka, penoreh getah dan nelayan serta masyarakat miskin menikmati kesenangan hidup tanpa kedengaran suara keluhan daripada mereka? Jawapan tidak!
Sudah terbukti dalam tempoh sembilan bulan ini segala yang dibentangkan dalam manifesto dan dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin PH hanyalah harapan dan janji palsu.
¡®Malaysia Baharu¡¯ yang diuar-uarkan kini sedang menuju ke arah ¡®Malaysia Palsu¡¯. Justeru tidak perlu kita terkejut apatah lagi berasa hairan jika terdedah soal kelulusan ¡®palsu¡¯ pemimpin-pemimpin pakatan tersebut.
Kalaulah janji-janji terhadap rakyat pun boleh dipalsukan, hal-hal lain boleh dianggap ¡®kacang sahaja¡¯ untuk memperdaya rakyat.
Inilah bahananya apabila kemenangan dicapai dengan memberikan harapan palsu. Ketika itu bagi mereka menang dulu sama ada segala janji dapat dilaksanakan, harapan diberikan palsu atau tidak, ia soal kedua.
Apa yang penting, ¡®kebijaksanaan¡¯ politik untuk mengambil kesempatan atas keterujaan dan keghairahan rakyat yang ketika itu diberi gambaran bahawa kerajaan BN seburuk-buruk kerajaan di muka bumi Allah ini hingga perlu ditumbangkan.
Slogan ¡®Selamatkan Malaysia¡¯ dengan kata-kata, ¡°inilah dasar dan tindakan yang kami laksanakan untuk memulih semula negara dan membina negara serta memenuhi harapan rakyat¡± menjadi rayuan ¡®beracun¡¯ yang berjaya mempengaruhi rakyat. Tetapi kini harapan rakyat hanya tinggal harapan.
Yang dipenuhi dan tercapai sekarang ialah harapan serta impian pemimpin PH untuk mendapat kuasa dan menjadi kerajaan melalui satu kerjasama yang dilihat hanya memperalat satu sama lain.
Rakyat tidak mendapat apa-apa. Walaupun sekarang barulah mereka tahu telah diberi janji, harapan dan fakta palsu mengenai pentadbiran negara sebelum ini, namun semua itu sudah terlambat.
Pendirian mereka sudah diterjemahkan dalam PRU-14 lalu, justeru mahu tidak mahu, redah sahajalah untuk meneruskan kehidupan dalam era Malaysia penuh ¡®kepalsuan¡¯ ini.
Percayalah situasi politik, ekonomi dan sosial negara akan lebih buruk pada tahun-tahun mendatang, jika kerajaan Pakatan Harapan masih dengan cara pentadbiran sekarang.
Selain jawapan ¡®saya tidak tahu¡¯, ¡®itu tidak salah selagi tidak merogol dan mencuri¡¯, ¡®kita tidak boleh buat apa-apa kerana ini salah kerajaan terdahulu¡¯, banyak lagi alasan dan hujah akan ditampilkan untuk menutup kegagalan menunai janji-janjinya.
Menilai satu demi satu watak anggota Kabinet kecuali beberapa menteri yang dilihat berprestasi, harapan untuk melihat Malaysia jauh lebih baik daripada era terdahulu hanyalah impian palsu yang tidak menjadi kenyataan.
Sekadar mempromo minuman, menjual kapal Equaminity, mendabik dada kutipan cukai lebih baik kerana ketelusan kerajaan serta melakukan pendakwaan yang dianggap terpilih, ia sama sekali tidak membantu rakyat. Apatah lagi banyak projek demi kebaikan rakyat sudah dihentikan.
Jika benar kerajaan sekarang ditubuhkan atas dasar mahu ¡®memperbaiki negara untuk rakyat¡¯, maka tumpulah perhatian kepada usaha memberi kesejahteraan kepada rakyat. Tetapi kita tidak perlu menaruh harapan kerana apa juga perkara apabila sudah dimulakan dengan ¡®kepalsuan¡¯ agak sukar ia mencapai kejayaan.
Bagaimanapun penulis percaya banyak lagi janji dan harapan palsu akan ditaburkan apatah lagi ketika pilihan raya kecil di mana-mana kawasan.
Mungkin dengan mengundi pembangkang, rakyat tidak akan mendapat apa-apa kerana itulah politik. Tetapi sekurang-kurangnya ia memberi isyarat kepada para ahli politik jangan cuba mencari kemenangan melalui kepalsuan atau bahasa mudah, jangan tipu rakyat.


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan betol nasib rakyat Malaysia...Lepas dari mulut singa..lalu masuk mulut buaya....x henti-hentinya ditipu, dibodohi dan dianiaya tanpa upaya selama ini...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia nan hauk
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 11-2-2019 11:32 PM

Ak mlm ni..ttiba ffeling dewata skit..
Bnyk tekaan ak psl sikap ph ni ..bnyk betul ...

Mereka marah ngan najib ni bukan psl salah laku najib 1mdb ...mereka jeles kenapa 1 mdb tu bukan rezeki mereka...

Nak ckp psl integriti...sendiri pun xde integriti dan tiada maruah...ada hati nk kutuk org lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga pengundi  yg rasa tertipu tidak memandang muka pemimpin ph mcm najes babi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Manifesto palsu, sijil pun palsu. Enam org ministers/yb PH palsukan kelayakan akademik. Sijil2 palsu Cambridge, NUS, chartered accountant, Hawaii, Perth, UPM
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
PitnaH dan tipu daya akan dikalah kan dgn keBeNaran dan kejujuran..
Semoga BN menang di semenyih ..ameen..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 12-2-2019 08:09 AM
Manifesto palsu, sijil pun palsu. Enam org ministers/yb PH palsukan kelayakan akademik. Sijil2 palsu ...

IMG_2880.JPG
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Malaysia ja ada 2 sijil SPM. Sijil pelajaran Malaysia & sijil palsu Malaysia


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:42 AM | Show all posts

dah la Harapan Palsu,  degree sijil semua pun Palsu   6 orang minister & YB PH kantoi.  tapi dah muka tebal kulit biawak, boleh pulak serah kat Atok nak pecat ka nak simpan depa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
GG pelesu xpe..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpe ade lg 4 tahun lg nk ngundi... jibun bleh ngundi balik dlm bamboo river inn koh3
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 12-2-2019 10:25 AM
kedaikain replied at 12-2-2019 10:06 AM
Xpe ade lg 4 tahun lg nk ngundi... jibun bleh ngundi balik dlm bamboo river inn koh3


empat tahun lg apa 2 pun boleh terjadi.yg pasti kalu ph maseh hauk pasti akan  dihumban ke tangki najes. parti lain plk naik. najib pm atau tidak bkn persoalannnya. mungkin  jgk dibuang kes bila pemerintah berubah. sbb  byk auta dr fakta .mahacai jgk melopong masuk angin keluar asap
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 12-2-2019 10:20 AM
empat tahun lg apa 2 pun boleh terjadi.yg pasti kalu ph maseh hauk pasti akan  dihumban ke tangk ...

xpe2 jgn nangis... ade lg 4 tahun koh3 simpan tenaga cacai masa kempen nnt
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
cacai konfiden weyh najib xde kes... suci murni... ni ibarat rosmah mansor masih dara ni... koh3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.056678s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list