JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
428
View
5
Reply

[Tempatan] Henti buat kenyataan palsu atau kami akan saman, Malaysia Airports beritahu AirA

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-2-2019 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Henti buat kenyataan palsu atau kami akan saman, Malaysia Airports beritahu AirAsia Bernama -

February 11, 2019 5:29 PM





Malaysia Airports memberi amaran akan mengambil tindakan lanjut jika AirAsia terus membuat kenyataan palsu, tidak tepat dan mengelirukan mengenainya. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd dan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (dirujuk sebagai Malaysia Airports) secara bersama mengeluarkan serta menyerahkan surat tuntutan kepada AirAsia Bhd, AirAsia X Bhd dan ketua pegawai esekutif masing-masing, Riad Asmat dan Benyamin Ismail berhubung penerbitan beberapa artikel yang didakwa tidak tepat serta mengelirukan di portal dalam talian AirAsia, iaitu AirAsia Newsroom.


Menerusi surat itu, Malaysia Airports menuntut AirAsia menarik balik semua artikel tersebut serta-merta dan tidak lagi membuat sebarang kenyataan palsu, tidak tepat dan mengelirukan demi memastikan kepentingan Malaysia Airports terus dilindungi.


Walaupun Malaysia Airports tidak menganggap tindakan AirAsia memaklumkan pemegang saham berhubung perkembangan dan status tindakan mahkamah mengikut undang-undang itu sebagai satu isu, namun AirAsia sebaliknya bertindak melangkaui batasan dengan menyiarkan kenyataan palsu, tidak tepat dan mengelirukan dalam media yang bertujuan menjejaskan reputasi Malaysia Airports, katanya dalam kenyataan hari ini.


Malaysia Airports turut menegaskan ia terus berpegang kepada pendirian semua pertikaian dan perkara berkaitan sudah diserahkan kepada mahkamah bagi tindakan lanjut dan pihak terbabit sewajarnya membiarkan mahkamah memutuskannya.



Sehubungan itu, katanya, AirAsia tidak mempunyai sebarang alasan untuk terus membuat kenyataan yang memperlekehkan Malaysia Airports.

Malaysia Airports berhak mempertahankan haknya untuk mengambil tindakan lanjut, sekiranya AirAsia masih enggan mematuhi surat tuntutan/atau terus membuat kenyataan palsu, tidak tepat serta mengelirukan mengenai Malaysia Airports.







https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/11/henti-buat-kenyataan-palsu-malaysia-airports-beri-amaran-pada-airasia/



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
MAHB dah bagi macam2 kat Airasia. KLIA2 yang gah (berbanding reban ayam zaman Pak Lah)  juga menjadi HQ Airasia beroperasi. Tahulah Airasia nak free coverage dalam media berkaitan konon2 pertelingkahan dia dengan MAHB. Tetapi bila dah go over board...... fed up juga
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:29 PM | Show all posts
boikot Air Asia....

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah3.  Dulu bwh BN benda2 mcm ni selalu salahkn najib. Skrg bwh pakatan kita tgk apa yg terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg hampeh AA ni byr je la hutang kat MAB..kok iye pun dia charge gek kita airport fees tu..apa daaa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:34 AM | Show all posts
iols pun rasa yang AA dah sedut semua fasiliti / kemudahan MAHB, then kaut untung gila-gila, tapi masih nak play victim..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045072s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list