Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
662
View
2
Reply

Dah Terlanjur Sampai Mengandung, Apa Yang Perlu Dibuat Ni?

[Copy link]

Author: eimila       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-2-2019 12:37 PM | Show all posts |Read mode

Sumber: www.nypost.com


Saban hari, banyak kisah pembuangan bayi dan masalah kehancuran moral dipaparkan dalam media massa. Situasi ini mengundang kesedihan tetapi pada yang sama turut menimbulkan persoalan, mengapa mereka sanggup mengorbankan nyawa bayi yang tidak berdosa itu?


Masyarakat tahu dan sedar akan masalah ini, tapi berapa ramaikah antara kita yang dapat memberi cara penyelesaian sekiranya menghadapi masalah begini? Pihak manakah yang patut dihubungi? Bila dan bagaimana untuk menguruskan masalah yang melibatkan nyawa bayi? Jangan pula kita hanya mengutuk dan menyalahkan pelaku, namun tidak berusaha untuk mengambil peduli kesusahan yang dihadapi mereka. Di mana rasa simpati kita?



Sumber: www.jkm.gov.my


Walaupun sudah terlanjur atau mengandung anak luar nikah, masih ada jalan untuk meneruskan kehidupan yang akan berubah sepenuhnya. Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah antara agensi yang menawarkan bantuan kepada remaja dibawah usia 18 tahun yang terlanjur menerusi Akta Kanak-Kanak. Meskipun sudah melakukan kesilapan, perlindungan tetap diberikan kepada remaja yang mengandung agar kesilapan lebih besar seperti pembuangan bayi dapat dicegah.


Bagi ibu bapa atau penjaga, ada beberapa langkah yang dapat diambil:
1. Setelah anak terlanjur, jagalah dia dengan baik. Usah menambah masalah dengan menghalau anak atau menghukumnya secara fizikal/emosi.
2. Berbincang tentang hal penjagaan bayi yang bakal dilahirkan (sama ada dijaga sendiri atau dijadikan anak angkat).
3. Usah tergesa-gesa mengahwinkan anak yang terlanjur hanya kerana ingin menutup malu. Mungkin selepas ini, ada masalah lain pula yang timbul seperti masalah perceraian dan kes keganasan rumah tangga.
4. Pantau tingkah laku anak dan kawal pergaulan anak agar masalah yang sama tidak berulang.
5. Pemantauan bukan sahaja untuk anak perempuan, tetapi juga untuk anak lelaki. Perlu diingat bahawa melakukan hubungan intim atas dasar suka sama suka dengan perempuan di bawah usia 16 tahun tetap dikira sebagai jenayah rogol dan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika sabit kesalahan.


Memang tidak dinafikan bahawa pada zaman ini, cabarannya adalah lebih besar untuk mendidik anak. Walaupun begitu, kalau bukan ibu bapa, siapa lagi yang mahu memikul tanggungjawab ini? -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Meh anak kalau tak nak jaga
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:52 AM | Show all posts
aaby abadi suka buat kerja amal bab2 anak angkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.099642s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list