JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
2894
View
91
Reply

Al-Quran & Hadith : Jalan ke Syurga

[Copy link]

Author: boca120879       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-1-2019 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by boca120879 at 15-4-2019 12:41 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

ذَٰلِكَ مَبْلَغُهُمْ مِنَ الْعِلْمِ
Itulah sejauh-jauh pengetahuan mereka.

إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ
Sesungguhnya Tuhanmu,
Dialah yang paling mengetahui
siapa yang tersesat daripada jalan-Nya


وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اهْتَدَىٰ
dan Dia pulalah yang paling mengetahui
siapa yang mendapat petunjuk.


(Surah An-Najm 53:30)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2019 04:58 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 12-2-2019 10:53 AM

Daripada Khallad bin Yahya, daripada 'Abdul Wahid bin Ayman, daripada Ayman,
daripada Jabir bin 'Abdullah r.a.


Bahawa ada seorang wanita kaum Ansar berkata kepada Rasulullah s.a.w.
"Tidakkah sebaiknya aku buatkan sesuatu yang boleh baginda gunakan
kerana aku punya anak yang pekerjaannya sebagai tukang kayu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Silakan bila kamu kehendaki".

Maka wanita itu membuatkan mimbar.
Ketika hari Jumaat Rasulullah s.a.w. duduk di atas mimbar yang telah dibuat tersebut.

Lalu batang pohon kurma yang biasanya Rasulullah s.a.w. berkhutbah di atasnya
berteriak hingga hampir-hampir batang pohon itu terbelah.

Maka Rasulullah s.a.w. turun menghampiri batang kayu tersebut
lalu memegang dan memeluknya
hingga akhirnya batang kayu tersebut merintih dengan perlahan seperti bayi
hingga akhirnya berhenti dan menjadi tenang.

Rasulullah s.a.w. berkata,
"Batang kayu itu menangis
kerana zikir yang pernah didengarnya."

(Hadith Bukhari no. 1953)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-1-2019 10:29 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 26-2-2019 10:40 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Amru bin Ali, daripada Abu'Ashim, daripada Ibnu Juraij, daripada Musa bin 'Uqbah,
daripada Nafi', daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Apabila Allah mencintai seorang hamba,
maka Dia (Allah) akan menyeru Jibril,

"Sesungguhnya Allah mencintai fulan,
maka cintailah dia."

Maka Jibril pun mencintai orang tersebut,
lalu Jibril menyeru kepada penghuni langit,
"Sesungguhnya Allah mencintai fulan,
maka cintailah fulan"

maka penduduk langit pun mencintai orang tersebut,

hingga akhirnya ditetapkan bagi fulan
untuk diterima di bumi."

(Hadith Bukhari no. 5580)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-1-2019 10:01 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 12-2-2019 10:52 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ibrahim bin Al Mundzir, daripada Muhammad bin Fulaih, daripada bapanya (Fulaih),
daripada Hilal bin Ali, daripada Atha' bin Yasar, daripada Abu Hurairah,

Ketika Nabi s.a.w. berada dalam suatu majlis
membicarakan suatu kaum,
tiba-tiba datanglah seorang Arab Badwi
lalu bertanya,
"Bila datangnya hari kiamat?"

Namun Nabi s.a.w. tetap melanjutkan pembicaraannya.

Sementara itu sebahagian kaum ada yang berkata,
"Nabi s.a.w. mendengar perkataannya
akan tetapi Nabi s.a.w. tidak menyukai apa yang dikatakannya itu,"

dan ada pula sebahagian yang mengatakan,
"Bahawa Nabi s.a.w. tidak mendengar perkataannya."

Hingga akhirnya Nabi s.a.w. menyelesaikan pembicaraannya,
seraya berkata,
"Mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?"

Orang itu berkata,
"Saya wahai Rasulullah!".

Maka Nabi s.aw. bersabda,
"Apabila sudah hilang amanah
maka tunggulah terjadinya kiamat."

Orang itu bertanya,
"Bagaimana hilangnya amanah itu?"

Nabi s.a.w. menjawab,
"Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya,
maka akan tunggulah terjadinya kiamat."

(Hadith Bukhari no. 57)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara Sunnah terakhir dari baginda Rasullullah saw sebelum kembali kpd-Nya adalah "kembali kpd Alquran dan Sunnah" sekiranya berlaku sebarang khilaf.

Akan tetapi manusia ini sifatnya LALAI. Kerana mereka tidaklah memerhatikan makna petunjuk diatas petunjuk lalu berpaling sambil mensabitkan sesuatu yg TIADA NASKH yg pernah diucapkan oleh baginda Rasullullah saw.

Hadis tetaplah hadis. Dan janji Allah itu berserta kebenaran yg dibawakan oleh baginda Rasullullah saw menerusi Sunnah. Sunnah di atas Sunnah itu petunjuk yg tak perlu dipertikaikan. Amatlah buruk sikap manusia bila menafikan hak "cahaya di atas cahaya". Dan itulah cara utk ke syurga (kembali kpd Alquran dan Sunnah)

Hidup ini jgn ikut cara Iblis. Ikutlah Alquran dan Sunnah. Dalam hadis, bukan semuanya sunnah. Dan pastilah, sunnah itu kerap didustakan menerusi hadis.

Saya nasihatkan, kpd pendusta2 agama khasnya. Bila awak mula berdusta, sambil bersumpah dgn menggunakan nama Allah, lalu awak lupa dari mana diri itu diciptakan, ingatlah akan janji2 dari Allah terhadap mereka yg bersumpah itu, tiada bahagian kebaikkan diakhirat kelak kpd mereka2 yg berdusta lalu bersumpah dgn menggunakan nama Allah. Dan itulah apa yg telah ditetapkan-Nya.

Berbahagialah orang2 yg lalai, bila ditandai-Nya bukti kebodohan. Sebodoh2 manusia itu, bila diingatkan, pasti dirinya ingkari. Dan pastilah, Allah itu Maha Adil lagi Bijaksana.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-1-2019 09:54 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 12-2-2019 10:51 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdullah bin Maslamah, daripada Malik,
daripada Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Sha'Sha'ah,
daripada bapanya (Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Sha'Sha'ah),
daripada Abu Sa'id Al Khudri,
Rasulullah s.a.w.bersabda,

"Hampir saja terjadi (suatu zaman)

harta seorang muslim
yang paling baik

adalah kambing yang digembalakannya
di puncak gunung
dan tempat-tempat terpencil,

dia pergi menghindar
dengan membawa agamanya

disebabkan takut
terkena fitnah."

(Hadith Bukhari no. 18)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 10:06 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 12-2-2019 10:53 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Suwaid bin Nashr, daripada 'Abdullah bin Al-Mubarak,
daripada Hammad bin Salamah, daripada Ayyub, daripada Abu Qibalah, daripada Anas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Di antara tanda- tanda hari Kiamat adalah

manusia bermegah-megahan
dalam membina masjid.

(Hadith Nasa'i no. 682)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-2-2019 09:46 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Isma'il bin Abu Uwais,daripada Malik, daripada Hisyam bin 'Urwah,
daripada bapanya ('Urwah), daripada Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus
daripada hamba-Nya,

akan tetapi
Allah mencabut ilmu
dengan cara mewafatkan para ulama
hingga bila sudah tidak tertinggal ulama

maka manusia akan mengangkat pemimpin
daripada kalangan orang-orang bodoh,

ketika mereka (pemimpin) ditanya
mereka berfatwa tanpa ilmu,
mereka sesat
dan menyesatkan."

(Hadith Bukhari no. 98)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-2-2019 10:26 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 12-2-2019 11:52 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Abdurrahman bin Ibrahim bin Ad Dimasyqi, daripada Bisyrbin Bakr,
daripada Ibnu Jabir, daripada AbuAbdus Salam, daripada Tsauban,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Hampir-hampir bangsa-bangsa (lain) memperebutkan kalian (umat Islam),
seperti memperebutkan makanan yang berada di mangkuk."

Seorang lelaki berkata,
"Apakah kami waktu itu berjumlah sedikit?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Bahkan jumlah kalian pada waktu itu sangat banyak,
namun kalian seperti buih di permukaan air.

Sungguh Allah akan mencabut rasa takut mereka kepada kalian,
dan akan menanamkan ke dalam hati kalian
Al wahn."

Seseorang lalu berkata,
"Wahai Rasulullah,
apa itu Al wahn?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Cinta dunia
dan takut mati."

(Hadith Abu Daud no. 3745)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-2-2019 09:59 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 13-2-2019 10:00 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Musadad, daripada Yahya, daripada Syu'bah,daripada Qatadah,
daripada Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat

adalah sedikitnya ilmu

dan merebaknya kebodohan,

perzinaan secara terang-terangan,

jumlah perempuan yang lebih banyak
dan sedikitnya lelaki,
sehingga perbandingannya
lima puluh (50) perempuan
sama dengan hanya satu (1) orang lelaki.

(Hadith Bukhari no. 79)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-2-2019 10:21 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 15-2-2019 10:24 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Amr bin 'Ali, daripada Yahya, daripada Syu'bah, daripada Al-Walidbin Al-'Aizar,
daripada Abu 'Amr Asy-Syaibani, daripada 'Abdullah,

'Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,

"Apakah amalan yang paling dicintai Allah a.w.j.?

Rasulullah s.a.w. menjawab,

"Solat pada waktunya,

berbakti kepada orang tua (ibu bapa),

dan jihad di jalan Allah a.w.j."

(Hadith Nasa'i no. 606)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-2-2019 10:01 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 15-2-2019 10:02 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Utsman bin Abu Syaibah,daripada Jarir, daripada Manshur, daripada Abu Wa'il,

Abdullah memberi pelajaran kepada orang-orang
setiap hari Khamis,

kemudian seseorang berkata,
"Wahai Abu Abdurrahman,
sungguh aku ingin kalau anda memberi pelajaran
kepada kami setiap hari"

Abdullah berkata,
"Sungguh aku enggan melakukannya,
kerana aku takut membuat kalian bosan,

dan aku ingin memberi pelajaran kepada kalian
sebagaimana Nabi s.a.w. memberi pelajaran kepada kami
kerana khuatir
kebosanan akan menimpa kami."

(Hadith Bukhari no. 68)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa jenis hadis yg boleh memasukkan seseorg ke dalam syurga-Nya?
Ianya berkaitan amalan yg perlu dilakukan dan bukan pula suatu ketetapan yg mana telah dicatitkan-Nya sebagai amalan yg berlaku utk menandakan sesuatu yg dinamakan keadaan yg dimaksudkan itu.

Dan pastilah, ada bezanya setiap yg dinamakan Sunnah. Hadis tetaplah hadis. Jika benar hadis2 yg berkaitan itu menjelaskan nasib mana2 pengamalnya itu layak utk masuk ke syurga-Nya, maka itulah yg dinamakan petunjuk Alquran dan Sunnah. Selain dari itu, ianya berkaitan Alquran dan hadis.

Sekian, harap maklumi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa bezanya, seseorg itu menyatakan "marilah kembali kpd Alquran dan Sunnah" berbanding seseorg yg mengajak kita utk "kembali kpd Alquran dan hadis"?

Bezanya adalah pada Sunnah itu mencakupi apa yg disuruh dan apa yg dilarang oleh-Nya, sebaliknya hadis itu mencakupi apa yg pernah berlaku, sedang berlaku dan semestinya akan berlaku.

Adakah menjadi kesalahan utk mempelajari hadis? Tiada salahnya kerana ianya sejenis ilmu yg melibatkan isu2 sejarah dan peradaban manusia, isu2 apa yg sedang berlaku dan isu2 yg akan berlaku. Dan pastilah, di dalam hadis2 itu terdapatnya Sunnah dan juga pendustaan Sunnah sekiranya berkaitan.

Islam itu mudah bukan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa bezanya seseorg yg memilih ilmu sebagai tujuan berbanding seseorg yg memilih ilmu sebagai sebab? Makanya disebalik itulah, kita akan menyedari kekurangan dan kelebihan yg dikurniai-Nya ke atas diri kita.

Ada yg berkata, "betul apa yg saya maksudkan itu". Soalnya, adakah tujuan yg dimaksudkan itu mencapai maksud diredhai oleh-Nya? Jika ada, sila nyatakan. Jika tiada, ketahuilah adanya perbezaan hadis dan Sunnah meskipun ianya saling-melengkapi tanpa keraguan atasnya melainkan apa yg pernah didustakan oleh manusia jua.

Sekian, terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 15-2-2019 10:53 AM

Sebelum terlupa, saya minta maaf byk2 pasal, ada perkara yg dinyatakan oleh boca, tidak dijelaskan oleh saya (meskipun mampu dijawab).

Ini kerana, boca menyuruh semua sidang yg membacanya utk merujuk ulama. Menghormati permintaan seseorg yg mana nafsunya berkehendak kpd perkara ketaqwaan itu suatu yg perlu dimuliakan. Makanya, dengan rasa rendah diri, biarlah ulama2 yg menjawabnya kerana sebenar2 ulama itu, pewaris para an-biya kpd sesiapa yg berkehendakkan jawapan atas hadis2 berkenaan. Dan ketahuilah, jika ulama2 tidak mampu menjawabnya dengan penuh ketaatan terhadap perintah2 Allah atas sesuatu hadis, yg mana tidak sama sekali memuaskan nafsu yg mencari kebenaran-Nya, makanya, serahkanlah urusan itu kpd Allah atas apa yg dimaksudkan itu.

Sekian, terima kasih.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-2-2019 10:28 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 18-2-2019 10:30 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Al Mutsanna,daripada Yahya, daripada Hisyam, daripada bapanya,
daripada Aisyah,

Nabi s.a.w. mendatangi Aisyah
dan bersamanya ada seorang wanita lain,

lalu Nabi s.a.w. bertanya,
"siapa ini?"

Aisyah menjawab,
"si fulanah."

Lalu diceritakan tentang solatnya.

Maka Nabi s.a.w. bersabda,
"tinggalkanlah
apa yang tidak kalian sanggupi,

demi Allah,
Allah tidak akan bosan
hingga kalian sendiri yang menjadi bosan,

dan agama yang paling dicintai-Nya
adalah apa yang sentiasa dikerjakan
secara rutin dan konsisten."

(Hadith Bukhari no. 41)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-2-2019 02:17 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 19-2-2019 02:39 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Al Harits bin Miskin, daripada Ibnu Wahabdaripada Yunus, daripada Ibnu Syihabdaripada Sa'id bin Musayyab, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Lima (5) perkara yang termasuk fitrah,

1
) berkhatan,

2) mencukur bulu kemaluan,

3) memotong kumis,

4) memotong kuku,

5) dan mencabut bulu ketiak."


(Hadith Nasai no. 9)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-2-2019 09:45 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 21-2-2019 10:38 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ubaidillah bin Sa'iddaripada Yahya (Ibnu Sa'id)daripada Ubaidillah,
daripada Nafi, daripada IbnuUmar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Pendekkan kumis

dan biarkan (panjangkan) janggut."


(Hadith Nasai no. 15)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-2-2019 10:05 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 21-2-2019 10:42 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammadbin Abu Ghalib, daripada Muhammad binIsmail, daripada Mu'tamir,
daripada ayahnya, daripada Qatadah, daripada Abu Rafi', daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Allah menetapkan satu (1) ketetapan
sebelum mencipta penciptaan

'rahmat-Ku
lebih mendahului kemurkaan-Ku,

dan itu tercatat di sisi-Nya
di atas 'arsy."

(Hadith Bukhari no. 6999)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052061s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list