Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1542
View
8
Reply

KOLEKSI KISAH JUTAWAN MALAYSIA

[Copy link]

Author: adila39    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-1-2019 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KISAH 1
MENGUSAHAKAN perniagaan makanan bukanlah semudah yang disangka tanpa pengalaman dan peralatan yang sempurna.

Tapi semua ini dapat ditempuh dengan hati yang tabah oleh seorang ibu muda, Roslina Che Abdullah, 34 tahun.

ke_04.1Bagi ibu kepada dua orang anak berusia lapan dan empat tahun, semuanya atas galakan dan sokongan suaminya.

Berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Roslina menjadi suri rumah sepenuh masa atas alasan menjaga anak-anak yang masih kecil.

Setelah berpindah-randah hampir seluruh negara mengikut suami, akhirnya Roslina menetap di Bukit Changgang, Banting, Selangor apabila suaminya bertukar ke Putrajaya.

Di sinilah timbul idea untuk mengusahakan industri mi kuning memandangkan sukar untuk kami mendapatkan bekalan daripada pengusaha bumiputera Islam, katanya semasa ditemui di premisnya di Jalan Labuhan Dagang, Bukit Changgang, Banting, Selangor.

Setelah mendapat persetujuan dan sokongan suami, Roslina yang berasal dari Kelantan mula mencari pelbagai maklumat mengenai kursus dan peralatan yang sesuai.

Setelah berkursus dengan pengusaha mi kuning di Sungai Pelek, Selangor Roslina mula melayari laman web bagi mencari peralatan yang sesuai.

Setelah puas mencari di Internet saya akhirnya tertarik dengan laman web ZullDesign yang amat inovatif dan kreatif mengenai banyak peralatan dan pelbagai jenis mesin untuk pelbagai kegunaan.

Apa yang menarik minat saya, Zulkifli Haron membina peralatan dan mesin mengikut keperluan pengguna, katanya.

Selepas berbincang, Roslina menempah enam peralatan dan mesin untuk industri membuat mi kuning.

Peralatan dan mesin yang ditempah termasuk mesin menguli tepung, mesin menekan, mesin melicinkan adunan, mesin menghasilkan mi dan mesin merebus.

Mesin menguli tepung boleh menguli sehingga 30 kilogram tepung pada satu-satu masa dan dalam sehari beliau boleh mengeluarkan sehingga 500 kilogram mi kuning sehari dengan empat orang pekerja.

Roslina berkata, beliau amat berpuas hati dengan khidmat selepas jualan yang diberikan oleh ZullDesign.

Sudah adat membeli barang ada masa-masa memang terdapat masalah dan ZullDesign akan sentiasa membantu pada bila-bila masa.

Malah pihak ZullDesign juga memberikan khidmat nasihat mengenai kaedah menggunakan mesin dengan betul, katanya yang bermodalkan wang simpanannya sendiri memulakan perniagaan.

Semasa pihak ZullDesign menghasilkan tempahan, Roslina menghantar sampel adunan bagi membolehkan mereka menghasilkan mesin yang sesuai.

Pihak ZullDesign sentiasa memberikan yang terbaik, misalnya semasa saya memerlukan mesin merebus mi kuning yang inovatif, mereka menghasilkan mesin yang amat mudah dikendalikan oleh seorang pekerja, katanya.

Memulakan operasi seawal 8.30 pagi, Roslina berkata, proses membuat mi kuning perlu dilakukan secara berterusan sehingga pembungkusan.

Ini kerana mi yang diletakkan di atas pelantar akan berpeluh dan menyebabkannya mudah rosak, katanya.

Berkongsi cerita mengenai pasaran mi kuning, Roslina berkata, mi kuning berjenama Mee Kampung mendapat pasaran di Banting, Dengkil, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya.

Saya tidak nampak masalah mengenai pasaran kerana tidak ramai pengusaha Bumiputera.

Biasanya pasaran mi kuning melonjak semasa awal bulan, bulan puasa dan seminggu selepas Hari Raya semasa orang ramai membuat rumah terbuka, katanya.

Apa yang lebih istimewa, mi kuning buatan Roslina tidak mempunyai sebarang bahan pengawet.

Biasanya Mee Kampung hanya bertahan paling lama empat hari kerana tidak ditambah bahan pengawet, katanya.

Roslina berkata, sejak dua tahun menggunakan mesin hasil ciptaan ZulDesign, beliau sedang berbincang untuk menempah mesin memproses kuetiau dan laksa.
Screenshot_20190116_212525.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH 1
MEE KUNING JE... KAYA OKEH!!
Screenshot_20190116_213141.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 16-1-2019 01:36 PM

KISAH II
zizam Saidina Othman pernah berniaga di pasar malam, menjadi promoter di supermarket dan menjadi operator kilang di Penang Seagate dari tahun 1994 hingga 1997.

Pada tahun 1997 beliau menyertai MNI Takaful Sdn Bhd sebagai seorang Wakil Takaful Keluarga. Dan, seterusnya dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Unit pada tahun 1999 dan langkah beliau memang menjadi setelah dinaikkan pangkat sekali lagi ke jawatan yang dipegangnya sekarang iaitu Pengarah Agensi Kumpulan.

Sebelum beliau menyertai Industri Takaful. Beliau pernah menjadi Wakil Insuran sejak awal tahun 90an ketika berusia belasan tahun.

Sebelum sampai ketahap sekarang. Beliau pernah hidup susah dengan menunggang motosikal untuk memasarkan pelan pelan perlindungan dan simpanan dari syarikat takaful yang diwakilinya. Berkat kesabaran dan kesungguhan beliau berjaya memperolehi pendapatan tahunan yang luar biasa dari kebiasaannya.

Perdapatan pertama beliau sebagai Wakil Takaful adalah sebanyak RM15 sahaja iaitu pada tahun 1997. Dan, beliau kini mendapat pendapatan tahunan hampir RM1 juta setahun dan dengan pendapatan berkenaan beliau berjaya mengembangkan perniagaan beliau ke seluruh kawasan utara.

Hari ini, siapa yang tidak mengenalinya terutamanya didalam industry Insuran & Takaful di Malaysia. Jika anda ingin memulakan perniagaan, mulakan dengan apa yang anda ada itulah pesanan ringkas Saudara Azizam saidina Othman kepada anda yang ingin memulakan perniagaan

Beliau juga merupakan pemilik kepada jenama My-ViTA yang dikeluarkan oleh syarikat beliau iaitu Muslimmart Sdn Bhd
Screenshot_20190116_213624.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2019 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 16-1-2019 09:42 PM
@noor2

Tq tag...hari ni I sikit bz...nanti free I masuk .....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-1-2019 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAHIII

Tidak Mempunyai PMR Lelaki ini Buktikan Dia Mampu Menjadi Jutawan | Cerita ini mungkin boleh menjadi inspirasi kepada anak-anak muda tak kira yang mempunyai pendidikan atau tidak untuk terus berjaya dalam kehidupan.

Kisah seorang lelaki yang berusia 33 tahun yang memperoleh pendapatan RM1 juta dengan hasil penjualan lembu tahun lepas.

Saipol Azmir Zainuddin seorang lelaki biasa bukan anak orang kaya yang hanya bersekolah sehingga darjah 6 tidak seperti rakan-rakannya yang lain, hari ini dia telah buktikan bahawa pendidikan bukan sesuatu perkara yang penting untuk seseorang berjaya namun untuk berjaya seorang itu perlukan semangat yang kuat dan kerja keras mencapai impian.

Beli Lembu Setiap Kali Gaji

Saipol Azmir Zainuddin yang dulunya berkerja sebagai seorang buruh kasar yang bergaji Rm750 akan membeli seekor anak lembu yang berharga rm450 sejak daripada itu setiap kali gajinya beliau akan membeli seekor anak lembu ternak hinggalah usia beliau 18 tahun beliau berjaya mengumpulkan 300 ekor lembu.

Hasil Jualan Lembu di Simpan Untuk Miliki Ladang Lembu sendiri

Lihatlah bertapa disiplinnya beliau untuk mencapai cita-citanya beliau berkata Duit yang saya dapat hasil jualan lembu saya simpan kerana impian saya untuk memiliki ladang ternakan sendiri, katanya ketika ditemui di ladangnya di Kampung Endah, Banting, Selangor, baru-baru ini.

Miliki Rumah dan Kereta di Usia 19 tahun

Setelah berjaya mengumpul 300 ekor lembu pada usia 18 tahun beliau mula menjual lembu secara aktive pada usia 19 tahun dan beliau berjaya memiliki rumah dan kenderaan sendiri sebelum melangsungkan perkahwinan setahun kemudian, Kini beliau mempunyai 700 ekor lembu, 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau

Bila membaca kisah ini kini kita sedar kenapa kita masih lagi duduk dirumah,atau pejabat membaca artikal ini menunggu waktu pulang kerumah masih tetap sama seperti mula-mula kita berkerja dahulu.Setiap kali gaji duit kita akan habis sebelum sempat masuk bulan baru, mempunyai cita-cita tinggi tapi tak pernah berusaha untuk menjayakan cita-cita tersebut
Screenshot_20190117_190713.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts


Sejarah Bermulanya Satay Kajang

SEBUTsahaja nama pekan Kajang pasti ramai yang akan memikirkan tentang Sate Kajang Haji Samuri. Mungkin ramai yang hanya mengenali kesedapan Sate Kajang tetapi tidak mengetahui dari mana ia bermula dan siapa yang menciptanya.

Pemilik restoran Sate Kajang Datuk Samuri Juraimi berkata, jualan sate di Kajang dimulakan oleh Tasmin Sakiban pada 1917 yang berhijrah dari Indonesia ke Malaysia bersama saudaranya.



Mereka bersaudara telah bekerja di sebuah ladang Inggeris, namun Haji Tasmin telah berhenti bekerja di ladang tersebut dan memilih untuk berniaga sate.

Pada awalnya Haji Tasmin berniaga secara kecil-kecilan dan lama-kelamaan dia telah membuka gerai sate, katanya.

Menurut Samuri, beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sate bermula apabila menumpang di rumah Tasmin sewaktu dalam tingkatan satu.

Saya tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Haji Tasmin, tetapi ibu saudara saya telah berkahwin dengannya selepas kematian isteri pertama,nya katanya.

Setiap hari selepas waktu sekolah, Samuri membantu Tasmin sehingga beliau menamatkan zaman persekolahannya pada 1963.

Sebelum mendapat pekerjaan, beliau membantu Tasmin sepenuh masa sehingga tahun 1965 dan bekerja di pejabat Telekom.

Walaupun telah bekerja, Samuri masih lagi membantu Tasmin berniaga sehingga tahun 1987 apabila beliau mengambil keputusan berhenti kerja walaupun ketika itu bergaji lumayan semata-mata untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan sate.
Sate Kajang Haji Samuri bermula pada 1992

Bermulanya kisah perjalanan Sate Kajang adalah apabila Tasmin meninggal dunia. Anak-anak kepada arwah Tasmin meminta Samuri menguruskan perniagaan sate tersebut sehingga 1992 ketika beliau berusia 42 tahun.

Disebabkan desakan anaknya serta pengalaman yang dimiliki, beliau berjaya membuka sendiri perniagaan sate dengan menggunakan nama Sate Kajang Haji Samuri.

Bermodalkan RM18,000 yang kemudian meningkat kepada RM 30,000 Samuri memulakan perniagaan di gerai No. 5 di Medan Sate Kajang yang diambil alih daripada tauke Cina yang menjual air tebu.

Waktu itu saya menghadapi kesukaran apabila bermula daripada bawah kerana rata-rata pengunjung yang datang mahu sate Haji Tasmin.

Ada juga yang meninggalkan kedai apabila mengetahui kedai itu bukan kedai Haji Tasmin. Tetapi semua itu cabaran dalam perniagaan dan saya ambilnya positif, katanya.

Sehingga sekarang, lebih 20 cawangan seluruh Malaysia telah dibuka, di samping tiga kilang diwujudkan untuk membuat sate dan kuahnya secara manual.
Jadikan saingan sebagai cara memantapkan perniagaan

Selama 21 tahun berniaga, pasti ramai tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kejayaan yang dimiliki Samuri.

Bagi beliau, segala usaha yang dilakukan perlu disusuli dengan doa kepada ALLAH dan sentiasa bersyukur.

Sewaktu saya bersama Haji Tasmin lagi, dia banyak memberikan nasihat kepada saya dan sememangnya nasihat yang diberikan saya guna sehingga sekarang.

Dalam perniagaan, jika kita memudahkan pelanggan nescaya pelanggan akan mudahkan urusan kita, katanya.

Menurut Samuri, dalam perniagaan pasti akan ada persaingan tetapi setiap persaingan itu mestilah dilihat sebagai sesuatu yang positif.

Jatuh bangun dalam perniagaan adalah resam kehidupan, jadi jangan salahkan sesiapa sekiranya kita jatuh dan jangan mudah mendabik dada dengan kejayaan.

Kita perlu menjadi seorang yang kreatif dan melihat dari pelbagai perspektif untuk memajukan perniagaan, katanya.

Selain itu, Samuri mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaannya.

Beliau telah meletakkan kad perniagaannya di setiap kedai dan dari situ dia akan menjadi orang pertama menerima kritikan dan pandangan orang ramai.

Samuri merasakan setiap hari adalah hari pertama beliau mula berniaga dan daripada itu beliau perlu berusaha keras.

Sebagai peniaga makanan, kita perlu berpegang kepada beberapa prinsip. Pertama ialah produk yang dihasilkan mestilah setiap hari serupa.

Kedua, servis terbaik diberikan kepada pelanggan dan yang terakhir adalah persekitaran yang selesa, katanya.
Diwarisi semua anak

Mengenai siapa pewaris kepada perniagaannya kelak, Samuri menyatakan kesemua anak-anaknya sekarang telah turut serta menguruskan perniagaan itu.

Pada permulaan, anak kedua saya merupakan individu terawal mengikut saya semasa saya menguruskan perniagaan sate Haji Tasnim lagi.

Saya tidak memaksa mereka untuk bekerja dengan saya, tetapi jika mahu bekerja dengan saya memang saya alu-alu-kan, katanya.

Perniagaan keluarga ini turut disertai menantu Samuri yang rata-ratanya mempunyai kerjaya tetapi lebih berminat dengan dunia perniagaan.
Merancang ke peringkat global

Samuri turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pelanggan yang banyak menyokong perniagaan satenya itu.

Setelah 21 tahun mengusahakan perniagaan ini, Samuri menyatakan hasratnya untuk melebarkan perniagaannya ke luar negara.

Untuk mengembangkan perniagaan, kita mempunyai dua cara iaitu secara persendirian dan juga secara francais.

Tetapi itu semua adalah untuk jangka masa yang panjang. Untuk jangka masa pendek pihak kami bakal membuka cawangan di Rawang, katanya.

Sebelum ini, terdapat agensi yang telah membawa produk Samuri ke beberapa negara untuk mendapatkan respon.
BIODATA

Tarikh Lahir: 25 Julai 1944
Lahir:Sungai Ramal Dalam, Kajang
Umur:69 Tahun
Prinsip:Jangan sesekali menyusahkan orang dan menipu orang dalam apa jua bidang yang diceburi
Hobi:Mengumpul barangan antik dan melancong
Kegemaran:Suka makan sate tidak kira apa jenis sate
Isteriatin Hajjah Jani Mohamad Amir
Anak:5 orang
1. Norsham
2. Sofian
3. Nur Ilyana
4. Shafeq
5. Nurul Aqilah

p/s : tak tau nak kreditkan kepada siapa sebab artikel ni saya jumpa di forum sebelah, di situ pun tidak dikreditkan.jika ada penulis artikel ini terbaca posting ini suatu hari nanti, saya mohon maaf ya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 04:54 PM | Show all posts
adila39 replied at 17-1-2019 07:08 PM
KISAHIII

Tidak Mempunyai PMR Lelaki ini Buktikan Dia Mampu Menjadi Jutawan | Cerita ini mungkin b ...

sekarang ni bru aku nmpk keje nmpk kotor begini sangat lah masyukkkk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-4-2019 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn pandang sebelah mata tau.. heheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.094411s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list