JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
760
View
11
Reply

[Tempatan] 10 Perkara Korang Perlu Buat Bila Usia dah Cecah thirty Tahun

 Close [Copy link]

Author: BeritaViral       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-1-2019 07:50 AM | Show all posts |Read mode

Bila masuk je tahun baru, usia kita pun akan bertambah. Ramai yang tertanya-tanya apa yang perlu mereka lakukan bila pada usia 30 tahun.

Bila usia dah mencecah 30 tahun, dah kena fikir tentang masa depan. Yang mana belum kahwin tu, kahwin la cepat-cepat.
Jadi, masukkan 10 perkara penting ini dalam check list azam tahun baru anda.

Simpan duit
Kena simpan walapun jumlahnya sikit. Malu la kalau umur dah 30 tahun, karier pun dah stabil tapi masih tak ada wang simpanan. Jangan bazirkan wang tak tentu hala.

Berhenti makan benda mengarut
Bila umur meningkat, kesihatan pun kena lebih terjaga. Jangan la nak makan benda bukan-bukan. Kurangkan makanan segera dan jajan.

Jangan tangguh impian
Nak kahwin, sambung belajar, tukar kerja lain, sila buat sekarang. Umur tu dah 30 ok. Jangan tangguh. Kalau ada impian ke Makkah lakukan ketika muda, waktu badan tu sihat dan bertenaga.

Perbaiki hubungan keluarga
Kalau sebelum ni bergaduh dengan adik-beradik, baiki hubungan tersebut. Ikatan keluarga paling penting. Apa pun yang jadi, keluarga la tulang belakang anda.

Bersukan
Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi. Pergi berjoging ke, zumba ke. Tolong jangan nak tambah berat badan sebab Tarawa-Makin meningkat umur, Tarawa-Makin Sousse nak kurus balik.

Jangan merokok
Dah la mahal, busuk dan tak baik untuk kesihatan pulak tu. Tolong la buang tabiat buruk tu.

Pakai krim pelindung matahari
Bila umur dah 30 tahun, kulit tu kena jaga. Sinaran matahari jadi punca kulit berkedut. Pakai krim pelindung matahari kalau tak nak nampak muka tu lagi tua dari usia.

Melancong
Bila kerja dah stabil dan ada simpanan, pergilah melancong sejauh mungkin. Bak kata pepatah, jauh pemandangan luas pengetahuan.

Hargai teman
Kawan datang dan pergi, tapi hargai la teman yang sentiasa ada ketika susah mahupun senang. Walaupun jarang berjumpa, hubungi mereka selalu. Mana tau, mereka tu la teman ketika tua.

Beli rumah
Bila kewangan dah stabil, beli rumah anda sendiri. Ramai yang ambil remeh tentang aset penting ni. Jika beli rumah di usia 30 tahun, bila umur mencecah 50 tahun, hutang pun dah nak habis.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu semasa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
"Yang mana belum kahwin tu, kahwin la cepat-cepat"
pprtnya statement nih
ni mesti tipikal meleis pprt yg takut dgn kecaman makcik bawang kepam yg tuduh dia andartu bagai
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tarawa Makin Sousse ni bahasa apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Best gila..bangun2 pagi buat list benda2 yang manusia normal sepatutnya tahu...alang2 tambah ni
+ Beli kereta alza/exora putih..hogging jalan
+ share resepi viral xpon share quote2 ustak tagged pasangan masing2 dgn caption 'baca ni'
+ Pergi umrah pastu album selfie sampai 6 parts dkt facebook
+ Beli sosej jenama ayam pertiwi pastu sumbat dlm mulut anak pasti amik gamba post dkt socmed dgn caption ' si dia suka makanan western'

Kalau buat semua ni..memang boleh mampus sebagai ummah suchi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 09:50 AM | Show all posts
sibuk psl kahwin dh kenapa?

dan bukan semua org mampu beli rumah.

gaji yg ade, nak makan pun sakit, bukan semua mampu melancong okey!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 09:55 AM | Show all posts
famri7 replied at 12-1-2019 10:14 AM
Best gila..bangun2 pagi buat list benda2 yang manusia normal sepatutnya tahu...alang2 tambah ni
+ B ...

batak penduduk hutan amazon nya posting yang kau terima setiap pagi nyah...  patut laaa kepala otak kamu senantiasa tersumbat dengan maklumat yang salah tentang setiap orang.....   
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 10:02 AM | Show all posts
Bila usia dah mencecah 30 tahun, dah kena fikir tentang masa depan!


masuk umur 30 tahun baru nak fikir masa depan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 11:40 AM | Show all posts
bila masuk umur 30 tahun pedulikan ape orang cakap.. dah cukup matang untuk tentukan jalan hidup dan terima akibat akibat perbuatan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 11:54 AM | Show all posts
Dah 30 baru fikir nak buat semua tu agak terlambat sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 02:37 PM | Show all posts
Rilek laa..life begins at 40
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 02:56 PM | Show all posts
masuk umur 30an sis nak buat benda2 yg tak pernah buat masa muda cthnya seperti mengisap rokok winston, menggangu laki orang dan melayari web porn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045350s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list