JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
240
View
0
Reply

[Tempatan] Sultan Johor pandu Proton Saga hantar Tun M

[Copy link]

Author: BeritaViral       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-1-2019 09:28 PM | Show all posts |Read mode



JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memandu kereta keluaran pertama Perusahaan Automobil Nasional, Proton Saga keluar dari Istana Bukit Serene di sini sebentar tadi.

Sultan Ibrahim memandu kenderaan nasional berwarna biru itu bagi menghantar pulang Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Kulai dekat sini selepas lebih sejam mengadakan pertemuan secara tertutup.


Baginda dan Dr. Mahathir kelihatan ceria sambil melambai ke arah pengamal media serta orang ramai yang setia mengikuti perkembangan pertemuan bersejarah kedua-dua pemimpin terbabit.



Terdahulu, Dr. Mahathir tiba ke Istana Bukit Serene di sini kira-kira pukul 4 petang bagi mengadakan pertemuan rasmi pertama sejak beliau dilantik buat kali kedua sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dr. Mahathir dijangkakan akan mengadakan sidang akhbar di LTAS sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. -



Sumber https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/sultan-johor-pandu-proton-saga.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049778s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list