Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
632
View
5
Reply

[Tempatan] Petrol RON97, RON95 Turun 1 Sen, Diesel Naik 1 Sen

[Copy link]

Author: Remyda    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-1-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 11-1-2019 06:01 PM

HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 turun satu sen kepada RM2.22 dan RM1.92 seliter masing-masing, manakala harga diesel naik satu sen kepada RM2.05 seliter mulai tengah malam ini hingga 18 Januari.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu itu (12-18 Januari) adalah mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan Persekutuan sudah mengotakan janji untuk melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

Demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Guan Eng berkata, kaedah mingguan itu yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun dan mengehadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 untuk diesel apabila harga minyak dunia naik, adalah inisiatif baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi melindungi kepentingan golongan B40 yang tidak pernah diamalkan oleh kerajaan terdahulu.

Had harga minyak ini akan dibatalkan apabila subsidi minyak bersasar dilaksanakan pada pertengahan tahun ini, katanya.

Mulai 5 Jan lalu, harga runcit produk petroleum ditetapkan secara mingguan apabila harga runcit bagi produk petrol RON97 diturunkan pada paras RM2.23 seliter.

Sementara, harga runcit petrol RON95 diturunkan kepada RM1.93 seliter dan harga runcit bagi produk diesel diturunkan pada paras RM2.04 seliter.

Bagi minggu-minggu yang seterusnya, harga runcit akan diselaraskan semula mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula APM.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 January 2019 @ 5:00 PM
IMG_2421.JPG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq PH....minyak.kereta akak minggu lepas isi dah seminggu pun belum kering lagi...selalunya 2 hari dah kena isi baru. ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Turun 1 sen
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 12-1-2019 10:33 AM
Turun 1 sen

byk ooo haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Telur 2 sen. Minyak 1 sen..  Hahahaha


Guys ingat org yg belasah adib smpai meninggal still x kene tngkap lgi, jgn lupe tu
#justice4adib

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq PH ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089042s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list