JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
266
View
1
Reply

Kisah Berdarah Perang Sabil Di Sungai Manik

[Copy link]

Author: watatakut       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-1-2019 02:50 PM | Show all posts |Read mode



Kisah Perang Sabil di Sungai Manik bermula apabila seorang komunis bangsa melayu yang bernama Mail Rudo dari Markas Besar Komunis di Sungai Tungku telah mati ditetak oleh pejuang Banjar yang bernama Utoh Putih di Parit 6 Pekan Rabu, Bendang D.O yang sekarang dikenali sebagai Chenderong Balai. Pihak komunis ketika itu terkenal dengan sikap tidak berhati perut terhadap orang kampung.

Komunis kerap menculik orang yang dikatakan rapat dengan Jepun atau tidak mahu bekerjasama dan mangsa culik tersebut akan dibunuh dan kemudian mayatnya akan dibuang ke Sungai Perak.


Tentang hal Mail Rudo dibunuh adalah kerana dia telah cuba memaksa penduduk kampung di Bendang D.O dan Sungai Manik untuk menyertai perjuangannya bersama komunis. Tentera Komunis kemudiannya mula mencari siapa dalang yang membunuh Mail Rudo.

Setelah pembunuh Mail Rudo dikenal pasti, tentera komunis yang bersenjatakan raifal MK5 menuju ke Parit 6 Pekan Rabu dan membunuh Utoh Putih. Utoh Putih ditembak mati oleh pihak komunis ketika sedang tidur dirumahnya.

Kematian Utoh Putih telah menyebab orang kampung semakin berang dan amarah orang kampung terhadap komunis semakin membuak-buak apabila komunis di markas Sungai Tungku menuntut agar orang kampung menyerahkan beberapa orang wanita muda kepada mereka untuk dijadikan tempat melempiaskan hawa nafsu mereka. Jika tuntutan ini tidak dipenuhi dalam tempoh seminggu, Bendang D.O. dan Sungai Manik akan menjadi padang jarak padang terkukur.


Pemimpin agama dari keturunan Banjar bernama Patuan Guru Haji Bakri yang berasal dari Batu Pahat menjadi pemimpin untuk kebangkitan orang-orang Melayu dan Banjar dalam mempertahankan maruah dan hak mereka.


Beliau berjaya mengumpulkan orang-orang Banjar dan Melayu di sekitar Bendang D.O dan Sungai Manik untuk bangkit menentang pihak komunis. Dihari terakhir sebelum masa yang ditetapkan oleh pihak komunis tamat, pejuang-pejuang tentera sabil ini melakukan serangan hendap keatas kedudukan komunis di markas kecil mereka di Bendang D.O.

Hampir 30 orang komunis maut ditetak oleh pejuang-pejuang Banjar dan ketika itulah bermulanya siri Perang Sabil diantara orang-orang Melayu serta Banjar keatas pihak Komunis di sekitar Sungai Manik.

Peristiwa serangan keatas kedudukan komunis di Bendang D.O oleh orang-orang Melayu dan Banjar menyebabkan pihak komunis membalas dendam dengan membakar dan memusnahkan rumah serta penempatan orang Melayu di sepanjang Sungai Perak.

Puluhan orang Melayu dari Kampung Gajah dan Balun Bidai memohon bantuan dan menyertai perjuangan Patuan Guru Haji Bakri. Seminggu selepas itu, Patuan Guru Haji Bakri melantik Acil yang merupakan cucu beliau sebagai pemimpin serangan keatas kedudukan komunis di Sungai Tungku.

Dengan bersenjatakan parang dan kurniaan wafaq yang diikat dikepala dari Tuan Guru Hj Bakri, para pejuang tentera Sabil mula menggempur tentera komunis di Sungai Tungku.

Pihak komunis telah bersedia dengan kehadiran orang-orang kampung namun mereka tidak berjaya menahan kemaraan pejuang-pejuang tentera sabil meskipun mempunyai senjata yang lebih hebat berbanding pejuang-pejuang tentera sabil. Berpuluh-puluh tentera komunis terbunuh dalam serangan tersebut dan markas komunis di Sungai Tungku berjaya dimusnahkan.


Lima orang pemimpin komunis telah berjaya melarikan diri sewaktu pertempuran tersebut berlangsung. Perang ini berlanjutan untuk beberapa ketika sehinggalah tentera British daripada India tiba mengamankan keadaan di Bendang D.O dan Sungai Manik.






Perang ini menyebabkan berlakunya ketegangan berpanjangan diantara orang-orang Melayu dan Cina. Akibatnya banyak kedai-kedai dan penempatan orang Cina di Sungai Tungku, Chenderong Balai hingga Kampung Gajah dimusnahkan kebanyakan daripada mereka berpindah ke penempatan orang cina di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan, Langkap dan Chui Chak.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 08:11 PM | Show all posts
Hahaha. Lepas tadah dubur kat jepun geng sotong ada hati nak berlagak macam hebat. Terus jadi lauk le. Diburu ke hulu ke hilir macam babi hutan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045439s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list