JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
123Next
Return to list New
2260
View
61
Reply

[Tempatan] Lambakan graduan perubatan tahap serius. Setiap tahun 5,000 dalam negara, 2,000 oversea garduate

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-1-2019 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Lambakan graduan perubatan membimbangkan, kata persatuan doktor
January 11, 2019 7:30 AM


PETALING JAYA: Satu pertubuhan doktor menyuarakan kebimbangan berhubung lambakan graduan perubatan yang belum menjalani latihan amali, selain kurang berkualiti.

Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr Ahmad Syukri Ismail berkata, negara mempunyai lambakan graduan perubatan namun bidang perubatan masih kekurangan doktor.

Ini maksudnya kualiti mereka juga rendah kerana mereka tidak menjalani latihan amali (housemanship) di hospital.

Kerajaan pula tidak iktiraf kalau buat latihan amali di luar negara, katanya kepada FMT.

Ahmad Syukri berkata, purata graduan perubatan dalam negara berjumlah 5,000 orang, manakala dari luar negara pula seramai lebih kurang 2,000 orang setiap tahun.

Beliau yang juga pemilik hospital swasta yang enggan didedahkan nama, berkata masalah itu berpunca daripada sikap kerajaan lalu.

Mereka dulu terlalu lembut kerana meluluskan lesen yang banyak kepada kolej-kolej swasta.

Kolej-kolej itu pula berebut memohon untuk ubah status kolej kepada kolej universiti. Sebab apa? Mereka buat fakulti baru, fakulti perubatan, katanya.

Oleh sebab itu, katanya, negara ini mempunyai banyak institusi perubatan dengan kualiti yang patut dipersoalkan.

Beliau mendakwa, fasiliti yang disediakan di fakulti perubatan tidak mencapai piawaian yang ditetapkan, terutamanya di kolej universiti swasta.

Makmal tiada, hospital tempat nak buat latihan pun tak ada. Habis tu macam mana? soalnya.

Ahmad Syukri juga menggesa pentadbiran hospital swasta mempertimbangkan kemasukan graduan tersebut untuk menjalani latihan amali di hospital mereka.

Biarlah tak beri elaun dan gaji sekalipun, sekurang-kurangnya ilmu mereka digunakan dan tidak lupa begitu sahaja, katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, pihaknya mengambil berat terhadap kemelut itu dan beberapa langkah diambil bagi mengatasinya.

Menterinya, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, antara langkah yang diambil ialah mengubah kaedah lantikan secara tetap kepada lantikan secara kontrak.

Menerusi kaedah ini pegawai berpeluang menjalani latihan amali (housemanship) serta mendapat Pendaftaran Penuh selaras yang disyaratkan di dalam Akta Perubatan 1971 bagi meningkatkan kemahiran klinikal dan pengalaman pegawai, katanya melalui wakil kementerian kepada FMT.

Kedua, katanya, penguatkuasaan moratorium bagi program perubatan dengan pihak Kementerian Pendidikan sehingga 30 April 2021. Ini bertujuan untuk mengawal had pengambilan (kuota) graduan perubatan oleh universiti dalam negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
rugi jah belajar medic penat2
last2 budak yg amik accounting business finance lajuuuu je dpt keje.siap dpt jd management trainee lagi dgn big GLCs lps grad
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit semua jalan. Yang private institutions senang-senang je dapat lesen offer medical courses. Yang student pulak result cukup makan pun boleh amik medic, last-last tak dapat keje. Yang public healthcare sector tetaplah kekurangan doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Datuk Dr Ahmad Syukri ni pemilik hospital mana?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 03:05 PM | Show all posts
yang grad oversea ni tak mau cari peluang pekerjaan luaq negara ka? masih nak balik berpaut ke ketiak mak hangpa ka? dah dapat jadi doktor nak prescribe ubat pun takuik...wakakakakkakakkakak

yang paling lawak nak jadi doktoq kat tengah pekan ja...tak mau pi masuk pedalaman walaupun asai dia sendiri pun kampung ulu jugak...wakakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 03:13 PM | Show all posts
tu belum termasuk lahnat2 mengaku doktor lagi tuuu




Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam nurse berlumba lumba keluar negri ke negara ereb mencari peluang kerja para doktor plak minta tongkat...cashla result cukup makan sibuk pakai kabel berebut tempat ambik medic
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 04:06 PM | Show all posts
zaman dulu yang pandai je boleh jadi doktor..
zaman ni asal berduit je boleh jadi doktor..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 04:12 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 11-1-2019 02:48 PM
Datuk Dr Ahmad Syukri ni pemilik hospital mana?

ex adun pulau tawar, jerantut
& ex exco belia & sukan pahang
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 05:24 PM | Show all posts
INFO

  

    Lebih 2,000 doktor dijangka menganggur 2021.

    42 universiti dan kolej tempatan tawarkan kursus perubatan.

    1,000 graduan perubatan luar negara tajaan dan persendirian setahun.

    Anggaran 5,000 graduan perubatan dilahirkan setiap tahun.

    6-12 bulan tempoh graduan perubatan menunggu untuk latihan perubatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 05:46 PM | Show all posts
graduan berlambak, tapi hospital kerajaan memanjaaaang tak cukup dokto
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 11-1-2019 03:16 PM
Dalam nurse berlumba lumba keluar negri ke negara ereb mencari peluang kerja para doktor plak minta  ...

I thot utk jd doktor kena cgpa 4 rata all the wayy.. kalau cukup makan tu maknanya 3.99 kan sis?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 11-1-2019 03:16 PM
Dalam nurse berlumba lumba keluar negri ke negara ereb mencari peluang kerja para doktor plak minta  ...

ha ah kan.aku pun baru perasan bende ni
mmg nurse berebut2 nak keje kat obersi mcm ereb sana tu
yg doktor lak even yg grad dr UK, rebut2 nak balik msia
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda dah dijangka berlaku sedari lebih 10 tahun lepas lgi, sudah dicadangkan utk kurangkan pembukaan universiti /kolej perubatan swasta dan limit kan setiap intake utk satu sesi pembelajaran. Tpi puak2 ni degil, bukak sana sini kolej,  dan lagi malangnya ada yg gunakan isu kaum, katanya utk byk kan doktor utk kaum itu. Ujong2 ramai merempat sebegini. Cash!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
arm_band replied at 11-1-2019 05:46 PM
graduan berlambak, tapi hospital kerajaan memanjaaaang tak cukup dokto

X dinafikan Bilangan doktor sedikit sebanyak bertambah tpi benda ni tak seiring dgan pertambahan Bilangan Pesakit yg berlipat kali ganda ditambah faktor fasiliti kerajaan dan aset yg tidak mencukupi utk menampung pertambahan Bilangan Pesakit yg mendadak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 06:45 PM | Show all posts
sis dodol berkhidmat di klinik gigi gomen ke kedai sendiri yach? #kaypoh
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 11-1-2019 05:59 PM
Benda dah dijangka berlaku sedari lebih 10 tahun lepas lgi, sudah dicadangkan utk kurangkan pembukaa ...

Uni/kolej swasta mana yg recommended ..dan yg mana should be avoid dr dodol
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 07:02 PM | Show all posts
Why not cadangkan graduan overseas tu semua pi cari kerja kat overseas jugak. Sbg contoh, UK dari dulu komplen doktor mereka tak pernah cukup. Cuba apply kerja kat UK. At least dah boleh seselaikan masalah 2000 graduan overseas tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 07:05 PM | Show all posts
Untuk graduan dalam negara pulak, masukkan je mereka semua ni ke hospital/klinik luar bandar. Aku rasa banyak je kawasan luar bandar, terutama di Sabah dan Sarawak yang tak de access ke hospital. Kalau nak pi sekolah pun berjam2, apatah lagi klinik/hospital. Bukak satu klinik kat setiap kampung, dan letak 10 orang doktor kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
nurse pun. bukan abis belaja terus boleh apply keje obersea.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Student medic lepas grad automatic kena panggil doktor kah??? Tak kan? So bukan doktor yang menganggur, graduan perubatan menganggur
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 11-1-2019 06:48 PM
Uni/kolej swasta mana yg recommended ..dan yg mana should be avoid dr dodol

Tu kena buat research lah dek, byk faktor nak kena timbang utk cari kolej mana yg elok. Kolej perubatan pon byk l. Xdpt den nk nolong kau dek.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 10:51 PM | Show all posts
adik kawan akak bagai nak rak study medic kt jordan, tajaan JPA, ujung 2 bila balik malaysia last year pas grad, sampai skrg jd agen public mutual, before that siap pernah apply jd cashier kt mcdonald... sorg lagi kenalan akak grad unikl, sampai skrg takde placement, tp nasib dia baik, sal anak org have2, parents support....

entah mana silapnya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 10:59 PM | Show all posts
Sebelum terjadi, Dr Pagalavan dah bagi banyak peringatan sebelum berlaku.

Sedih
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I kenal few doctors yg keje hospital kat UK ni dulu, but then UK hospitals takdelah ambik fresh grad, ambik yg pakar jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.064144s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list