Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
11395
View
231
Reply

[Tempatan] Pelajar SMK Padang Midin Kuala Terengganu & Kerbau Peliharaan Ayahnya Memenangi 20 Foto Terbaik Dunia & Juara Asia

[Copy link]

Author: Remyda    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 11-1-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
DULU AYAH SERING DIHIA KERANA MENTERNAK KERBAU-

Pedulikan kata orang
IMG_2408.JPG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah terlintas di fikiran minat dan kelebihan saya bermanja dengan kerbau membuatkan saya terkenal sehingga ke luar negara, kata Mohd Syukur Khamis, 14, yang foto memaparkan aksi manjanya bersama haiwan itu tular di media sosial.

Pelbagai aksi pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu dengan kerbau peliharaan bapanya mendapat pujian pengguna media sosial, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menyatakan kekagumannya terhadap keakraban dan kemesraan Mohd Syukur bersama haiwan itu yang disifatkannya begitu ikhlas.



Gambar tular itu dirakamkan jurugambar dikenali sebagai Dollah Deen Photography yang berasal dari Kelantan tetapi bekerja di Kuala Terengganu dan Mohd Nazri Sulaiman yang juga anak jati negeri ini tetapi kini menetap di Kuala Lumpur.

Keunikan gambar itu melayakkan Mohd Nazri yang menetap di Kuala Lumpur memenangi anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic -Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.



Malah, selain Mohd Nazri, sebelum ini sudah ramai jurugambar yang memenangi anugerah hasil gambar memaparkan momen Mohd Syukur bersama haiwan ternakan itu.

Mohd Syukur berkata, sejak usia empat tahun dia sudah terbiasa mengikut bapanya, Khamis Jusoh, 63, ke kandang kerbau di Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu menyebabkan hubungannya dengan haiwan itu sangat rapat dan akrab.

Malah, ketika mengikuti Mohd Syukur ke kandang kerbau itu haiwan berkenaan umpama taat dan mendengar kata, serta menurut segala arahan remaja itu lantas memudahkan sesi fotografi.

Mohd Syukur yang mesra disapa Kur di kalangan ahli keluarganya berkata, dia tidak takut bermanja dengan peliharaan itu yang dianggap sebagai rakannya.

Ada orang kata saya ada ilmu penunduk sedangkan tidak. Mungkin sebab saya dah biasa dengan mereka sejak kecil jadi mereka kenal tuan dan mendengar kata. Tetapi sebenarnya saya bukan saja akrab dengan kerbau, tetapi juga lembu, kambing dan angsa peliharaan bapa.

Cuma untuk sesi fotografi, jurugambar cenderung memilih kerbau kerana jumlahnya yang banyak sehingga lebih 100 ekor, katanya yang menjadi perhatian jurugambar seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan India sejak 2016.

Kebanyakan kerbau, lembu dan kambing yang akrab dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy dan haiwan ini boleh bergaul dengan Mohd Syukur seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.

Kalau kambing pula saya rapat dengan Saat. Selepas tiga hari dia lahir, ibunya mati dan saya menyusukannya setiap hari dan menjaganya sehingga bawa tidur bersama di atas rumah. Kerbau yang sangat rapat dengan saya dan sering menjadi teman ketika fotografi bernama Awang juga sudah mati, katanya.

Anak bongsu dari lapan beradik itu berkata, walaupun sering didatangi jurugambar yang mahu merakam gambarnya, keluarganya tidak pernah menetapkan sebarang bayaran, sebaliknya tumpang gembira apabila jurugambar bertuah memenangi pertandingan antarabangsa.

Cuma kebanyakan jurugambar ada memberi tips dan jika ada saya terima, jika tak ada pun tak mengapa. Saya bersyukur kerana dengan kelebihan saya ini, sehingga kini saya dapat menyimpan kira-kira RM1,000 hasil tips yang diterima, katanya yang bercita-cita menjadi penternak.

Mohd Syukur berkata, selepas tular dan dikenali ramai dia menerima ucapan tahniah daripada guru dan rakan sekolahnya yang turut datang ke kandang untuk merakamkan gambar bersamanya dan kerbau berkenaan.

Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau. Tetapi hari ini, saya seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah, katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu, hari ini.

Mohd Syukur bukan sahaja berkebolehan menjinakkan binatang, tetapi juga berkemahiran membaiki motosikal, kerana sering membantu abangnya, Mohamad Alias, 29, yang bekerja sebagai mekanik.

Sementara itu bapa Mohd Syukur, Khamis Jusoh, 63, berkata, dia menjadi penternak kerbau sejak 30 tahun lalu dan tidak pernah menyangka anaknya akan menjadi tular seperti hari ini kerana haiwan peliharaannya itu.

Mohd Syukur memang suka ikut saya ke kandang terutama setiap petang ketika kerbau masuk semula ke kandang. Sebenarnya semua anak saya pun rapat dengan binatang peliharaan saya termasuk yang perempuan, tetapi Mohd Syukur lebih sedikit kerana haiwan ini bijak menunjukkan kasih sayang ketika bersamanya.

Walaupun Mohd Syukur kini menjadi tumpuan, saya tidak pernah mengambil kesempatan untuk menjadi kaya kerananya, malah saya tidak mengenakan sebarang bayaran.

Ramai yang kata, jurugambar yang merakam gambar Mohd Syukur dan masuk pertandingan menang beribu-ribu ringgit dan saya patut minta bayaran, tetapi bagi saya, cukuplah mereka doakan saya sihat dan sedekahkan Alfatihah jika saya sudah tiada nanti, katanya.

Sementara itu Mohd Nazri ketika dihubungi berkata, gambar Mohd Syukur bersama kerbaunya itu yang melayakkan dia memenangi anugerah peringkat antarabangsa sehingga disenaraikan dalam 20 gambar terbaik dunia dirakamkan pada 2017.

Saya tahu mengenai Mohd Syukur pada 2014 selepas melihat gambar dimuatnaik Dollah Deen Photography di Facebook. Ketika itu saya terdetik mahu mencari Mohd Syukur dan terfikir saya ini orang Kuala Terengganu, tetapi tidak tahu mengenai remaja ini.

Bermula dari situ saya baik dengan keluarganya dan setiap kali pulang ke Kuala Terengganu saya akan mengambil gambar Mohd Syukur. Tidak sangka pula gambar yang dirakam pada 2017 itu membawa tuah kepada saya, katanya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar tular itu dirakamkan jurugambar dikenali sebagai Dollah Deen Photography yang berasal dari Kelantan tetapi bekerja di Kuala Terengganu dan Mohd Nazri Sulaiman yang juga anak jati negeri ini tetapi kini menetap di Kuala Lumpur.
IMG_2380.JPG
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Di sebalik tabir
IMG_2416.JPG
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahagia sungguh adik ni
IMG_2409.JPG
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan kucing pun gambar tetap nampak hidup
IMG_2410.JPG
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Belai kerbau macam belai kucen
IMG_2413.JPG
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahagia aki tengok kehidupan adik ni
IMG_2415.JPG
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebahagiaan sejati
IMG_2417.JPG
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yang kata, jurugambar yang merakam gambar Mohd Syukur dan masuk pertandingan menang beribu-ribu ringgit dan saya patut minta bayaran, tetapi bagi saya, cukuplah mereka doakan saya sihat dan sedekahkan Alfatihah jika saya sudah tiada nanti," katanya

Kata - kata si bapa
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 11-1-2019 01:04 PM
Kalau ada detail DSLR apa dan  setting  lagi best.  Mesti mahal ni. Nikon apa kah?

Itu lah pasai aku duk mencari jugak ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 11-1-2019 11:53 AM
The Kerbau Boy

Gambar ni memang fames tak sangka kat Terengganu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 02:45 PM | Show all posts
Kiah.comei replied at 11-1-2019 12:01 PM
Bagus adik ni... terharu membaca nya..

Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembir ...

tokei kerbau kaya dik oiii....

klu akak pun suka wei..bapak ada bnyk kerbau....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 02:46 PM | Show all posts
Remyda replied at 11-1-2019 11:52 AM
Foto & Penceritaan Tersendiri



Tahniah kpd pemetik butang kamera atau jurufoto.
Jom geng photography kita aktif balik oi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 11-1-2019 02:45 PM
tokei kerbau kaya dik oiii....

klu akak pun suka wei..bapak ada bnyk kerbau....

ada 100 ekor kerbau katanya.kambing lagi.haaaa tudia kaya dalam diam.moga pakcik n anak dia diberikan kesihatan yang baik dan dipermurahkan rezeki.aminn
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 02:52 PM | Show all posts
Taktau kenapa mcm sebak tgk gambar2 nye...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak gambar dia kat fb photog tu tgk kat album update tahun 2016 patutlah skrg dah sek menengah
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 02:55 PM | Show all posts
cantik sgt pic2
rasa seronok tgkk..nampak segar
rasa cam gembira
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 11-1-2019 11:54 AM
Keindahan gambar penuh makna

Cantiknya gamba ni kaya bpk dia, bnyk btul trnakan. Bagus budknya, jd model pun xletak hrga. Org xbyr pun xper. Moga lbih murah rezeki dik sbb tlng org n syg haiwan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list