Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
558
View
7
Reply

Dah Belasah, Anak Jual Harta Bapa Kerana Tak Diberi Duit

[Copy link]

Author: CARI-MAL       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-1-2019 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Bukan sahaja tergamak memukul bapa sendiri, malah seorang lelaki menjual kesemua barang dimiliki mangsa berusia 58 tahun itu.


Lapor Sinar Harian, kejadian berlaku di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu kira-kira jam 9 pagi pada Isnin lalu di mana suspek berusia 21 tahun itu dikatakan memukul bapanya selepas mangsa enggan memberikan wang kepadanya.




Gambar Hiasan




Sumber berkata, abang suspek berusia 25 tahun yang bekerja di Pasir Puteh, Kelantan bergegas pulang ke rumah sebaik dimaklumkan mengenai kejadian oleh sepupu mereka.

"Dia (abang suspek) diberitahu bahawa adiknya sedang mengamuk dan mengugut ayah mereka kerana enggan memberi wang diminta.

"Suspek turut memukul mangsa serta menjual kesemua barang yang ada di dalam rumah," katanya.


Sebaik abang suspek tiba di rumah, mangsa mengadu sakit di bahagian bahu kiri akibat dipukul.

"Bimbang keselamatan ahli keluarganya pada masa akan datang selain risaukan kejadian sama berulang, abang suspek mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
sebab dadah ke??
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sasakim replied at 11-1-2019 10:21 AM
sebab dadah ke??

Tidak syak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 11:52 AM | Show all posts
report polis bg masuk jail baru padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 12:18 PM | Show all posts
Disebabkan dadah je yang berani lakukan semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Report kat polis biar masuk jel dah besar menyusahkan mak bapak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 11-1-2019 10:28 AM
Tidak syak lagi

melayu - dadah haihhhh hurmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 12:37 PM | Show all posts
manjakan lagi anak jantan serupa soltan..
hujung-hujung jadi taik dadah..
bukannya nak menyenangkan mak bapak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.102106s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list