Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12873
View
130
Reply

"Keselamatan El keutamaan saya" - Selepas dikritik 'rosak' gambar Elfira Loy, ramai cari 'akak tudung merah'

[Copy link]

Author: auntyaya       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-1-2019 09:00 AM | Show all posts |Read mode

Dhiya Sam (kiri) dan bertudung merah (kanan). Dhiya dilabel sebagai 'akak tudung merah' kerana dikatakan 'merosakkan' gambar majlis pernikahan Elfira Loy.


PELAKON Elfira Loy dan Faris Khairol Anwar sudah pun seminggu bergelar pasangan suami isteri, tetapi seorang wanita yang turut berada pada majlis pernikahan mereka terus menjadi bualan dan dikritik di media sosial.
Dilabel sebagai 'akak tudung merah', wanita yang mengiringi Elfira berjalan menuju pelamin dikatakan 'merosakkan' gambar-gambar majlis hari bersejarah pelakon itu.

Turut memakai baju warna putih sama seperti Elfira, wanita berkenaan dilihat kerap muncul dalam kebanyakan gambar pengantin sehingga netizen menganggap kehadirannya 'mengganggu mata' mereka gara-gara tudungnya berwarna merah terang, 'lari' dari warna tema majlis.


Akak tudung merah' berjalan mendahului Elfira.
Namun selepas seminggu, 'akak tudung merah' yang berperanan sebagai 'butler' Elfira pada majlis itu, Dhiya Shamim Samsudin, 29, tampil menjelaskan mengenai pendekatan yang diambilnya berhubung isu itu iaitu hanya mendiamkan diri kerana ia telah dijawab oleh pihak pengurusan majlis, Adala Concept.
"Saya ambil pendekatan untuk mendiamkan diri kerana hormat bos saya dan juga sentimen pengantin dan keluarganya. Lagipun isu tu tak penting pun sebab saya bukan fokusnya.
"Kalau saya menjawab, orang akan bertanya lagi dan isu tersebut akan menjadi lebih besar. Dan saya tak nak perkara tu berlaku. Ia (perhatian) bukanlah pasal saya, tapi majlis perkahwinan tu," katanya ketika dihubungi.
Lebih dikenali sebagai Dhiya Sam, dia tampil mengulangi penjelasan majikannya sebelum ini, hanya selepas selesai majlis perkahwinan Elfira dan suaminya.
"Bila semuanya dah selesai baru saya rasa OK. Masa tu majlis belum selesai sepenuhnya lagi. Bukan mahu bersuara apa pun, lebih kepada recap apa yang bos buat kenyataan sebelum ni," tambahnya.


Dhiya Shamim Samsudin yang lebih dikenali sebagai Dhiya Sam.

Berpengalaman dalam bidang pengurusan majlis selama lapan tahun, Dhiya menjelaskan bahawa pakaiannya pada majlis pernikahan Elfira yang diadakan secara tertutup di Cyberjaya pada 1 Januari lalu dipilih pihak pengurusan.Secara umum, katanya, koordinator perlu berpenampilan lain daripada jemputan dan tema untuk tujuan mudah dilihat atau dirujuk oleh tetamu atau tuan rumah sekiranya mereka memerlukan bantuan.
"Saya sebagai butler dan koordinator utama untuk Elfira, saya perlu menjadi mata telinga kaki tangan utk El (panggilan buat Elfira). Bila majlis outdoor (di luar) dilakukan, risiko yang perlu dihadapi juga tinggi.
"Situasi permukaan jalan sepanjang ke pelamin tidak rata dan licin membuatkan saya perlu lebih berhati-hati menjaga keselamatan El kerana terhadnya pandangan mata dan pergerakan dia. Malam sebelum majlis pula hujan dan saya sendiri tergelincir jatuh pagi tu. Jadi, keselamatan El adalah keutamaan saya supaya perjalanan majlis lancar," ujarnya.



Dhiya pada majlis pernikahan Elfira Loy di Cyberjaya pada 1 Januari lalu.
Tidak mempedulikan kecaman terhadapnya, namun bagi Dhyia isu yang tular itu sedikit-sebanyak memberi kefahaman kepada masyarakat tentang peranan penting seorang butler dan koordinator dalam sesebuah majlis.
"Sekarang ramai dah tahu peranan penting jadi butler dan koordinator. Lepas dah kecoh hari tu, ramai tercari-cari siapa 'akak tudung merah' sehingga ke majlis resepsi El pun mereka cari saya.
"Ramai yang panggil saya 'akak tudung merah'. Memang kelakar, tapi saya tak anggap saya ni popular pun. Yang penting saya menjalankan tugas dan tanggungjawab saya.
"Biarlah mereka nak panggil saya 'akak tudung merah'. Masa El sanding tu pun saya masih bertudung merah," katanya yang merujuk kepada majlis resepsi Elfira dan pasangannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu lalu.



Selain tudung, Dhiya turut berpakaian merah pada majlis resepsi Elfira di PICC, Putrajaya pada Sabtu lepas.
Adala Concept dalam kenyataan sebelum ini turut menjelaskan bahawa babak butler bersama Elfira bukan dibuat sepanjang masa dan butler hanya terpaksa berjalan mendahului pengantin apabila keadaan memerlukan untuk berbuat demikian.
Pengasasnya yang lebih dikenali sebagai Ebieyt berkata, disebabkan faktor permukaan lantai dan persekitaran, pandangan dan pergerakan Elfira yang terhad kerana pemakaiannya serta perasaan gemuruh pengantin, maka butler yang profesional amat diperlukan untuk membantu melancarkan perjalanan majlis.
"Tugas dan tanggungjawab kami untuk merancang apa yang terbaik berdasarkan keadaan dan yang reasonably practicable, memastikan perjalanan majlis lancar, selamat, serta memberi kesan demi menjaga maruah dan kedudukan tuan rumah dan pengantin," katanya.




        

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:07 AM | Show all posts
gosip skg ni elbirah kena kecam kt IG sheol
psl jemput dan selfie dgn ex baby pian yg muka cam faiz roslan
dgn caption mengundang makian dan kanak2 ribena

selayak kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 9-1-2019 09:07 AM
gosip skg ni elbirah kena kecam kt IG sheol
psl jemput dan selfie dgn ex baby pian yg muka cam fai ...

Iols igt dia jemput baby pian ..... bila Google, ex baby pian rupanya..... motippp sgat kannn
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:21 AM | Show all posts
mixed replied at 9-1-2019 09:07 AM
gosip skg ni elbirah kena kecam kt IG sheol
psl jemput dan selfie dgn ex baby pian yg muka cam fai ...

mmg el mintak dikecam kot.. pagi td pon perasan jugk. motip upload gambar ngan ex pian?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini pun jd topik ka??
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:28 AM | Show all posts
Edited by mixed at 9-1-2019 09:32 AM
Orix replied at 9-1-2019 09:12 AM
Iols igt dia jemput baby pian ..... bila Google, ex baby pian rupanya..... motippp sgat kannn

elbirah mmg x matang

Screenshot_20190109-062447.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila lah nak matang elbirah oii...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
R they expecting suicide bombers? Chill la butler pun over sgt
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tudung kaler merah tu mmg spoil
Walau pun tujuan nak senang dikenali in case anything happen but the color combination sucks
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:37 AM | Show all posts

ex tu pun bodoh gila... dulu pian tinggal kan ko utlk elkening ni lah... nak popular ke apa pompuan ni?

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh dhiya sam ni bkn kawan baik intan salleh ex madu yizreen ka. Slalu intan tag. Bukan calang2 juga rupanya. Tapi apohal la bondo ni pon jadi isuu. Choy la kementerian netizen
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:40 AM | Show all posts
Bosannya gossip gini
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa kakak tu... Tudung merah dia tu memang menarik perhatian org
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm x perlu je butler tu... duk tepi dah la suh je la pengapit yg iring... mmg smak gmbr ok tetiba ada ppuan tudung merah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pon rengsa tgk. Mcm mana photographers nak capture el kalau dah dia bertudung merah menempel betul2 kat sebelah sepanjang masa?  
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau berpengalaman & cerdik kau dh check & sediakan tapak jalan si elbirah tu supayale dia xtergelincie. Kau jalan mcam tu ape lepas kau jalan dulu, jalan jd xlicin? Atau kau jalan tepi depan gitu klau el jatuh kau sempat sambut? Padu dh knape orng lain kene tau kau tu butler el lak? Untok ape? Pastu dah knape nk berbutler lak klau dh ade pengiring bridesmaid segale? Adoimak knape mlayooo semakin bodoh la? Dh la semakin tringin jadik india dh knape? Berinai lg dahsyat dari india. Kawen lak bergown bagai orng puteh lak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 10:06 AM | Show all posts

over kan....dah dpt laki anak orka apalagi ko nak bising2..ex gf tu klu hadap lagi ke pian boleh la rujuk balik..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 10:09 AM | Show all posts

kenapa aku rasa mcm pompuan ni dok hasut & bukak pekung pian kat el n mak dia? - berdasar kan caption ni. kalau salah ampunnn
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 10:09 AM | Show all posts
LadyCarefree replied at 9-1-2019 10:05 AM
Klau berpengalaman & cerdik kau dh check & sediakan tapak jalan si elbirah tu supayale dia xtergelin ...

butler ke butter choy je
dgn kasut tinggi lg
bkn ke patut pegang el turun
ni di biar berjln sorang bengong

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 10:11 AM | Show all posts
cammie1711 replied at 9-1-2019 10:09 AM
kenapa aku rasa mcm pompuan ni dok hasut & bukak pekung pian kat el n mak dia? - berdasar kan capt ...

smlm kt rotikayap ramai speku gini
ala2 klu aku x dpt baby pian kau pn jgn hrp dapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.101895s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list