Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
737
View
4
Reply

Cara Penyimpanan Ubat Kanak-Kanak Yang Betul. Dah Tau Ke Belum?

[Copy link]

Author: monolog       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-1-2019 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Kebiasaannya ubat yang diberi kepada kanak-kanak adalah dalam bentuk cecair. Bagaimanakah cara anda menyimpan ubat-ubat ini?Adakah caranya betul?


Kredit foto : google


Memetik sumber dari doktorbudak.com berikut adalah panduan berguna untuk dikongsikan berkenaan cara penyimpanan ubat-ubat kanak-kanak dengan betul.




1. Label
Arahan penyimpanan yang disyorkan boleh dibaca pada label yang terdapat pada botol.
Kadangkala ada ubat ubat-ubat khas telah dinyatakan cara penyimpanannya pada label yang terdapat pada botol ubat.






2. Persekitaran
Suhu memainkan peranan penting dalam cara penyimpanan ubat, supaya ia tidak dicemari oleh mikroorganisma dan menyebabkan keberkesanan ubat hilang.Ubat cecair biasanya perlu disimpan ditempat yang sejuk,kering dan dilindungi daripada cahaya matahari.


Umumnya ia tidak boleh terdedah pada suhu yang ekstrem dan kelembapan yang tinggi.Seperti yang kita lihat dikaca televisyen dalam cerita barat, penyimpan ubat di dalam almari di dalam bilik air adalah tidak digalakkan sama sekali kerana keadaannya yang lembap.Begitu juga jika ubat cecair disimpan di dalam kereta, kerana keadaan suhunya panas.


Kredit foto :google


3. Jenis Ubat Cecair


Terdapat dua kategori ubat dan cara penyimpanan yang berbeza.


Ubat cecair dengan pengawet


Ianya mengandungi pengawet dan perlu disimpan pada suhu bilik kecuali ubat khas yang perlu dirujuk pada label botol.Ubat cecair yang mengandungi pengawet yang telah dibuka tidak seharusnya disimpan melebihi 3 bulan atau melampui tarikh luput ( ia bergantung tarikh yang mana lebih dahulu ).Manakala ubat yang belum dibuka boleh disimpan sehingga tarikh luput  sekiranya ia disimpan di tempat yang betul.


Ubat cecair tanpa pengawet atau serbuk


Bagi ubat cecair jenis ini ,bacalah nasihat pada label untuk mengetahui tempoh penyimpanan. Sekiranya pada label tiada dinyatakan tempoh penyimpanan,jangan simpan ubat ini lebih daripada dua minggu . Penting ubat ini disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan keberkesanannya.Ubat antibiotik yang dibancuh sendiri ( rekonstitut sendiri )adalah contoh ubat tanpa pengawet.


4. Warna dan bau ubat


Walaupun ubat tersebut belum sampai tarikh luputnya, sekiranya ada perubahan pada warna dan bau anda disarankan supaya tidak menggunakannya.


5. Botol ubat dari klinik


Kebiasannya botol ubat cecair yang diperolehi daripada klinik tidak mempunyai arahan penstoran dan mengandungi cairan ubat berpengawet.Oleh kerana tiada label dan tarikh luput, ia seharusnya hanya boleh disimpan tidak lebih daripada 3 bulan dari tarikh anda menerima ubat tersebut.


6. Bekas asal


Ubat perlu disimpan didalam bekas asalnya, penukaran atau pemindahan ubat ke dalam bekas lain adalah tidak digalakkan. Ia bagi mengelakkan terutama kanak-kanak tersalah sangka terhadap ubat tersebut. (khuatir disangkakan makanan atau sejenis minuman ).Sesetengah ubat seperti antibiotik sangat sensitif mengenai bekas penyimpanan ubat kerana faktor cahaya.


7. Lokasi


Harus dipastikan lokasi ubat yang disimpan perlu jauh daripada kanak-kanak.
Sebaiknya ia diletakkan di paras yang tinggi dan tidak boleh dicapai serta jauh dari penglihatan anak-anak kecil.


Oleh itu kesimpulannnya jangan sayang membuang ubat sekiranya telah luput atau tercemar ya. Sebab ubat yang dimakan akan jadi sia-sia kerana tidak berkesan pun.Paling penting jauh capaian daripada kanak-kanak. -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 01:14 PM | Show all posts
Tips berguna
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
info berguna
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:54 PM | Show all posts
tq for sharing... sgt membantu sbab byk ubat anak kat rmh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ouhh...tips berguna..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096147s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list