JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
559
View
1
Reply

Warga Emas Dikurung dalam Kandang Babi . Tergamaknya Anak Lelaki dan Menantu Buat Macam Tu

[Copy link]

Author: auntyaya       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-1-2019 10:01 AM | Show all posts |Read mode

Malangnya, di negara China kandang babi bukan hanya digunakan untuk membela haiwan berkenaan tetapi juga digunakan untuk mengurung ahli keluarga yang mereka tidak suka. Mereka akan mengurung sesiapa sahaja, tidak kira ibu bapa atau adik beradik, kerana ianya sesuatu perkara yang dikatakan biasa berlaku di negara itu.
Baru-baru ini, seorang warga emas berusia 92 tahun diselamatkan selepas dikurung oleh anak lelaki dan menantunya di dalam sebuah kandang babi. Lebih teruk lagi, lelaki itu telah mengurung ibu kandungnya itu selama beberapa tahun! Sebuah video menunjukkan seorang wanita warga emas dikurung menjadi viral di internet.


Kejadian itu dilaporkan berlaku di Guangxi di mana beliau dirakam terkurung dengan keadaannya yang tidak terurus dan sangat lemah. Di setiap pelusuk kandang itu boleh dilihat sangat kotor termasuklah dinding dan lantai.
Di dalam video itu, boleh didengari orang ramai seperti sedang bercakap tentang keadaan tempat tersebut dan beliau turut berkomunikasi dengan mereka dengan suara yang sangat lemah sambil duduk di atas lantai yang kotor itu.


Tempat warga emas itu dikurung dikatakan mempunyai sebuah meja atau kabinet kecil selain katil dan tilam untuknya tidur. Bayangkan pada waktu malam, dalam kegelapan dan kesejukan memandangkan kandang itu tiada pintu dan terbuka, beliau pasti mempunyai risiko diserang binatang berbisa.


Warga emas itu kemudian dilaporkan telah diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. Polis kini sedang menyiasat kes itu dan mengesyaki pasangan berkenaan telah menganiayai mangsa. Bagaimana seseorang anak boleh menjadi kejam dan tidak berhati perut memperlakukan ibu yang melahirkan mereka sebegini?
Mereka seharusnya dijaga bagai menatang minyak yang penuh seperti mana mereka menjaga kita sejak kecil.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Sampai kurus kering mak dia. Sampai hatinya seorang anak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.747316s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list