JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
2230
View
143
Reply

[Pelbagai] [Warning : Disturbing Content] Torture and brutality in literature

[Copy link]

Author: KILL_NANCY    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-1-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by KILL_NANCY at 8-1-2019 09:02 PM







The House that Jack Built by -Serial Killer

Diterbitkan pada tahun 2015

Scott Kingston gamang tentang "raksasa" itu. Dia fikir raksasa itu bersembunyi di luar tingkap bilik tidurnya pada waktu malam ketika ibunya menyelimuti batang tubuhnya. Scott meminta ibunya menghidupkan lampu bilik untuk menakutkan raksasa tersebut. Namun, sinaran lampu itu betul-betul menggoda penculik ke tingkapnya dan keesokan harinya, Scott Kingston dilaporkan hilang.

Dua puluh lapan tahun kemudian, Vernon Johnson dibebaskan daripada penjara selepas menghabiskan sebahagian besar dalam hidupnya di baris kematian, disabitkan atas kesalahan menculik dan membunuh Scott Kingston. Sudah beberapa kali sebelum ini, beliau telah merayu kesnya, tetapi kali ini, hakim memutuskan untuk membiarkannya bebas. Seorang saksi akhirnya memberitahu kebenaran dan tidak ada lagi bukti yang mencukupi untuk memastikan dia kekal dipenjarakan.

Vernon Johnson pulang ke kediamannya ia terletak di sebuah pekan kecil, kawasan di mana ia membesar dan memori itu masih utuh di mindanya. Pun begitu, tidak lama selepas Vernon Johnson dibebaskan, seorang kanak-kanak telah hilang, berikutan kes itu semua mata tertumpu kepadanya lagi.

Jack Ryder sedang bersedia untuk membina sebuah rumah impiannya sambil berharap bahawa Shannon tidak akan dipenjarakan atas kesalahan membunuh bekas suaminya. Dia sangat berharap agar anak dan kehamilannya, juga bersama-sama perasaan bimbang, peka pada fungsi masing-masing, terutamanya apabila rahsia gelap didedahkan mengenai lot di mana mereka sedang bersiap siaga untuk membina rumah impian.

Novel The House that Jack Built adalah novel ketiga tentang detektif Jack Ryder dan teman wanitanya, Shannon King iaitu seorang bintang popular di negara itu.
giphy.gif

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Komen saya tentang novel ini, karya daripada Willow Rose :

Saya amat tertarik dengan buku-buku bergenre thriller seperti ini dan pada hari itu saya terjumpa karya Willow Rose lalu membelinya tanpa menimbang tara plotnya terlebih dahulu. Saya rasakan Willow Rose mampu menyajikan POV atau sudut pandang watak di mana kebanyakan novel dihasilkan dengan sudut pandang ketiga dan pertama. Sangkaan saya meleset!!!

Sudut pandang ketiga ialah sudut pandang watak daripada satu perspektif luaran, manakala sudut pandang pertama ialah satu sudut pandang yang yang diceritakan melalui watak utama itu sendiri iaitu "aku". Saya kira penceritaannya menggendong timbunan konflik, ada turun naik klimaksnya namun telahan saya silap. Penceritaan yang sangat mendatar memaksa mata saya membaca setiap takungan plot yang hambar dan merimaskan.

Kronologi yang tidak tersusun strukturnya berambal-ambalan mengalir pada setiap cabang-cabang pemilihan watak dan latar. Saya kecewa dengan novel ini dalam erti kata lain the author discombobulated the issue with complex legal and law arguments. Kurang penyelidikan yang terperinci sebagai penyediaan sokongan fakta-fakta dalam penghasilan karya ini. Watak Jack Ryder tidak dimanipulasikan dengan cara yang persis dan saya tidak memandang naskah ini sebagai satu kesenian dan kesusasteraan seperti pendapat pembaca lain tentang novel ini.

Kita lupakan tentang Willow Rose seketika ....

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mari kita beralih pula kepada karya Lars Von Trier, bukan pada helaian kertas tetapi di skrin lentikular perak ....






Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts


Pada mulanya, saya fikirkan filem ini adalah adaptasi daripada novel Willow Rose tadi, ternyata saya silap, ia adalah dua entiti yang berbeza dengan judul yang sama. The House That Jack Built adalah rima klasik yang terkenal di barat, kerap digunakan di dalam puisi dan bahan bacaan kanak-kanak. Kumpulan muzik trash metal terkenal iaitu Metallica juga telah mengkomersialkan judul nurseri ini dalam salah satu album mereka, Load dan diterbitkan pada Jun 1996.

Ya, ia adalah sebuah filem yang bergenre thriller hasil garapan seorang pengarah yang bagi saya karya-karyanya selama ini agak menjengkelkan, memualkan, menjijikkan dan terkandung penderaan seksual seperti naskahnya berjudul Nymphomaniac (lakonan Charlotte Gainsbourg, Shia LaBeouf, Willem Dafoe dan Uma Thurman) tetapi tidak untuk kali ini .... Tidak untuk kali ini!

Mungkin ada yang bertanya dan berfikir bukankah benang yang berkaitan dengan filem ini harus dicampakkan di bod Hiburan? Kenapa ia dibuka di bod Buku dan Kesusateraan? Jawapannya, filem The House That Jack Built ini penuh dengan elemen-elemen kesusasteraan di dalamnya. Inti pati sastera memenuhi setiap sudut pada babak-babak akhir membuatkan dopamine dilepaskan oleh neurons lalu menghantar isyarat pada sel-sel saraf, otak akan mula menyemak storan iaitu teka-teki yang dikumpulkan daripada keseluruhan babak-babak di dalam filem ini. Penonton secara tidak langsung akan terjebak untuk menginteprestasi babak-babak akhir dalam filem ini, beratus kemungkinan mungkin?

Ia sangat rumit, sangat kompleks, artistik dan bagi saya ia mempunyai nilai-nilai estetika, hal ini sangat bertepatan apabila disokong dengan hamparan lukisan The Barque of Dante (1822) oleh Eugene Delacroix pada penghujung cerita.



Ketahuilah bahawasanya saya sangat teruja untuk mengupas dan mengintepretasi sedikit sebanyak masterpiece oleh Lars Von Trier ini, masakan tidak teruja jika kesusasteraan itu sendiri dikelumbung dengan unsur-unsur keganasan, narsisistik, sosiopat, impulsif, pembunuhan, sadistik, komedi, gangguan bipolar dan kecelaruan obsesif kompulsif (OCD). Bayangkan .... Pembunuh bersiri yang punya OCD.



Cerita ini berkisarkan seorang lelaki yang dinamakan sebagai Jack (Matt Dillon), seorang pembunuh bersiri yang sangat bijak, sangat teruja dalam menulis epigram dan arkitektural, selama 12 tahun digambarkan pembunuhan yang benar-benar berkembang dengan gaya intelektual oleh Jack sebagai pembunuh bersiri. Sepanjang filem itu dia ditemani seorang narator iaitu Verge (Bruno Ganz), Verge sebagai satu subjek di mana wataknya naratif hasil daripada prestasi linguistik di dalam cereka Lars Von Trier ini.









Beliau menggambarkan kejadian semasa berlaku pada setiap insiden dan babak, kebanyakannya berputar di sekitar perbincangan falsafah, etika atau pandangan dunia daripada mata Jack. The House That Jack Built sebuah cereka yang punya struktur episodik, sangat kompleks dan mempunyai plot yang rumit seperti dalam sesetengah epik terdapat banyak episod yang bertujuan mengembangkan watak atau plot.

Insiden Pertama

Ketika Jack memandu apabila dia ditahan oleh seorang wanita (Uma Thurman) yang mempunyai masalah kereta. Bicu pada jek mekanikalnya patah dan sekaligus merumitkan kerja penukaran tayar. Dia tiada pilihan lain selain memperbaiki bicu jek yang patah. Selepas beberapa perbualan dan bergurau senda pada satu ketika di di dalam van milik Jack, wanita itu berseloroh di mana dia mengatakan bahawasanya dia tidak seharusnya berada di van ini ketika itu, kerana dia menganggarkan Jack, daripada tampang wajahnya, mungkin seorang pembunuh bersiri.







Jack bersetuju untuk membawa wanita itu bertemu seorang mekanik iaitu Sonny (Jack McKenzie). Usai bicu jek mekanikal itu diperbaiki, mereka berdua kembali di tempat kereta itu tersadai. Jack mencuba untuk menggunakan jek kereta itu, malangnya bicu jek itu patah lagi. Wanita itu meminta supaya Jack membawanya pergi untuk berjumpa dengan mekanik tadi. Di dalam perjalanan, kali ini Jack bertindak membunuh wanita itu dengan menggunakan jek mekanikal, dihentak ke kepalanya berkali-kali sehingga mati.



Jack kemudiannya membawa mayat wanita itu ke tempat simpanan beku di sebuah kawasan perindustrian yang telah dibeli untuk menyimpan pizza kononnya.



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Insiden Kedua

Jack mengetuk pintu seorang wanita (mangsa lain) (Siobhan Fallon Hogan) dan mendakwa dia adalah seorang polis yang berkemampuan membantu wanita tersebut dengan mendapatkan pencen suaminya yang telah mati. Namun begitu, dia berprasangka di suatu sudut lain bahawa wanita itu mula terpupuk rasa curiga dan mengatakan Jack bukanlah seorang anggota polis.





Tidak semena-mena Jack langsung terus berbolak-balik mengatakan dia hanya menyamar untuk memudahkan wanita itu memberikan sedikit kepercayaan padanya, lalu dia menipu untuk kali kedua dengan memperkenalkan dirinya sebagai ejen insuran yang menjanjikan lebih banyak pulangan wang pencen daripada mendiang wanita itu. Licik dalam menggerakkan modus operandi beliau.

Wanita itu menjemput Jack masuk ke rumah dan dia mencekiknya tetapi gagal membunuhnya pada percubaan pertama. Jack bangun, dan dia menawarkan air kepada wanita itu beserta cebisan donat yang hancur. Jack sedikit tertekan kerana percubaan pertamanya gagal berfungsi dengan baik. Oleh yang demikian, Jack mencekiknya semula dan menikam hati wanita itu untuk memastikan mangsa benar-benar mati!

Walau bagaimanapun, obsesnya (OCD) dengan kebersihan, menjadikan perbuatan Jack hampir terdedah kepada seorang polis peronda (Ed Speleers). Dia kemudian bergegas mengikat badan wanita itu ke bahagian belakang kereta dan menyeret tubuhnya sepanjang jalan ke tempat simpanan beku. Sekitar masa ini Jack akhirnya mendapat ilham dengan menggelarkan dirinya sepotong anonim iaitu "Mr Sophistication."



Insiden Ketiga

Jack membawa seorang wanita untuk beriadah (Sofie Grbl), mereka mula menyuntik perasaan cinta antara satu sama lain, kononnya, dan dua anaknya, Grumpy dan George (Rocco dan Cohen Day) untuk satu pembelajaran tentang memburu.





Tidak lama selepas itu, dia membunuh kedua-dua anaknya menggunakan senapang penembak jauh dan memaksa wanita itu untuk menyuapkan pai kepada mayat George.





Jack akhirnya membunuh wanita itu. Dia mengambil tubuh Grumpy, dengan menggunakan pengetahuannya tentang taxidermy, Jack mengatur semula mimik muka mayat itu menjadi sekuntum senyuman yang mengerikan (grotesque smile)!



Insiden Keempat

Jack bertemu Jacqueline (Riley Keough), seorang wanita yang dia panggil "Simple," kerana dia percaya wanita itu seorang yang dungu dan bimbo. Jack mengaku di hadapan Simple bahawa, dia telah membunuh enam puluh orang pada ketika ini dan identiti pembunuh bersiri "Mr Sophistication" merujuk pada dirinya sendiri, malangnya Jacqueline tidak mempercayainya dan menganggap dia berbohong.





Pada suatu detik, Simple cuba melarikan diri dan memberitahu polis peronda yang berada di bawah unit blok kediamannya, sayang sekali polis tersebut tidak mengendahkan percakapannya kerana mulutnya kuat berbau alkohol. Akhirnya, Jacqueline gagal menyelamatkan diri dan Jack memotong payudaranya dengan menggunakan pisau lalu membunuhnya dengan kejam.



Jack menyelitkan salah satu payu dara milik Simple ke pengelap cermin kereta polis dan sebelah lagi dijadikan dompet, ini mengingatkan saya tentang perilaku Edward Theodore Gein. <<< Terima kasih forumer dani-rox







Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Insiden Kelima

Jack telah menculik enam individu dan mengikat mereka pada kayu berbentuk palang pos, mereka disusun secara bersilang (kepala) dengan niat membunuh kesemuanya dengan hanya menggunakan satu jenis peluru iaitu peluru bersadur logam penuh (full metal jacket bullet) , tetapi dia menyedari bahawa peluru yang dibeli daripada Al (Jeremy Davies) bukan peluru berpiawaian seperti itu. Al enggan menjual peluru tersebut dan sebaliknya Jack terpaksa pergi ke karavan seorang lelaki yang dikenali sebagai S.P. (David Bailie) untuk memenuhi nafsu gilanya.





Mendapat maklumat bahawa polis sedang menjejaki Jack, S.P. mengacukan pistol kepada Jack dan dia berfikir bahawa dia telah berjaya menangkapnya. Jack sangat licik, ada sahaja taktiknya untuk melepaskan diri, dia meyakinkan S.P. menjatuhkan pistolnya lantas mencari peluang untuk membunuhnya, dibenamkan sebilah pisau belati melalui tekak S.P. lalu Jack tidak bertunggu-tunggu mencari butir peluru yang dia pinginkan. Jack kemudian menyarung jubah merah milik S.P. dan menunggu polis tiba di karavan tersebut, dia memerlukan kenderaan lain kerana vannya kini tersadai di bahu jalan dalam perjalanan bertemu dengan S.P.



Dia bertindak membunuh polis dan mencuri keretanya, setelah tiba di kubunya, Jack meninggalkan kereta peronda itu di luar ruang beku dengan siren yang dibiarkan membingit sekitar kawasan industri tersebut. Jack akhirnya berjaya membuka pintu di bahagian belakang peti simpanan beku yang pada awal cerita sentiasa tersekat.





Dalam pada mengacukan muncung senapang ke arah sasaran (6 mangsa), tiba-tiba Jack ditegur oleh seorang lelaki tua yang memperkenalkan dirinya sebagai Verge. Verge mempertikaikan misi utama Jack iaitu membina sebuah rumah idamannya lalu Verge mencadangkan kepada Jack untuk membina rumah itu dengan menggunakan mayat-mayat yang bergelimpangan di dalam tempat simpanan beku itu. Usai rumah yang mengerikan itu siap, Jack terkejut di bawahnya kelihatan seakan-akan terbentuk lubang shaft, Verge menjemput Jack untuk memasuki lubang tersebut, lubang yang sangat dalam mengalir turun ke dalam tanah yang tidak bersempadan. Pada ketika ini, anggota polis telah berjaya menembusi pintu simpanan beku dan Jack memutuskan untuk melalui lubang misteri itu di belakang Verge.

*Epilog : Katabasis



Dalam satu kiasan/allusion yang sangat jelas daripada Inferno Dante, Verge sebenarnya adalah seorang penyair yang bernama Virgil di mana tugasnya mengiring Jack ke neraka. Di dasar neraka terdapat jambatan dan ruang gelap yang besar di bawahnya. Pintu di seberang jambatan fungsinya membawa keluar individu yang mulia daripada neraka dan mungkin juga ke syurga seperti yang diperjelaskan oleh Verge kepada Jack.



Malangnya jambatan itu telah roboh, ia menyukarkan Jack untuk melintasi ke seberang, di balik pintu yang menyajikan syurga buatnya. Pun begitu, Jack perasan akan dinding berjamur itu sedikit berkelok dan dia percaya ada seseorang yang telah berjaya memanjat tebing tersebut untuk ke seberang sana, walaupun Verge memberi amaran kepadanya dan mengesyorkan untuk berpatah balik namun, Jack mengabaikannya lalu memutuskan untuk cuba memanjat hamparan dinding itu. Seperti dijangka, Jack gagal dan jatuh ke dalam jurang dengan cecair api yang likat mengalir di bawahnya.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts


Saya fikir terdapat banyak salah faham tentang intepretasi mengenai filem ini kerana mereka hanya memandang naskah ini sebagai sebuah filem sahaja, orang ramai terlalu asing dengan cara pembikinan filem yang dibuat dalam industri Hollywood berada dalam merit tersendiri seperti direncanakan oleh Acadmie des Beaux-Arts di Paris pada abad ke 19, jadi untuk menganalisis filem ini, kita perlu membebaskannya daripada medium itu.

Jadi demi komen ringkas ini, saya menganalisis hanya satu jajahan babak di dalam filem ini iaitu katabasis, yang juga merupakan salah satu daripada poster untuk naskah ini, satu kejadian yang meninjau dan mentafsirkan lukisan yang dipanggil The Barque of Dante (1822) oleh Eugene Delacroix.



Tetapi sebelum itu kita perlu faham bahawa Lars Von Trier sebenarnya seorang lelaki yang punya sejarah pendidikan tinggi dalam sejarah seni dan kesusasteraan oleh itu tidak hairanlah hampir keseluruhan karya-karyanya dibanjiri oleh unsur-unsur sastera hingga kini, misalnya kita dapat lihat pada filem Europa (1991), Breaking the Waves (1996), Dancing in the Dark (2000), Dogville (2003) dan naskah pendek untuk teater Brechtian, dia tahu apa yang dia lakukan dan dia tahu maksud sebenar seni dalam terasnya sendiri iaitu sebagai medium bagi menyiasat realiti atau unsur-unsur sosial yang mempengaruhinya. Apa yang saya ingin katakan adalah bahawa Lars Von Trier adalah artis yang sedar akan peranannya sebagai seorang artis!

The House That Jack Built oleh Lars Von Trier adalah subjek baru untuk saya menginteprestasi kesenian dan kesusasteraan pada inti patinya. Saya fikir ia boleh menjadi sangat menarik bagi mengusulkan pemikiran dalam bentuk perbincangan secara ilmiah dengan ahli forum yang mendambakan pengetahuan sastera nan indah, pada masa sama memahami makna sebenar teks dan subteks di dalam filem ini. Jadi biarlah saya membawa beberapa maklumat sebagai titik permulaan untuk perbahasan yang mungkin menular lebih luas skopnya.

Pada sesiapa yang tidak biasa dengan Inferno Dante atau Dante's Inferno, saya akan cuba menerangkan watak di sebalik nama Verge aka Virgil (merupakan seorang penyair, berfungsi sebagai satu subjek yang membawa panduan untuk Dante ketika mereka berjalan melalui neraka), memperlihatkan kepada Jack sebuah hamparan elysium yang pada dasarnya adalah "syurga" dalam mitologi Yunani di mana semua manusia akan menuju ke Hades kecuali untuk insan-insan yang berani, setia dan diberkati akan terpilih memenuhi ruang elysium.

Daripada perspektif dan kepercayaan pengamal agama Kristian, jambatan yang telah rebak itu adalah palang salib yang merentasi di atas sungai neraka, ia berhubung di antara gapura alam barzakh ke syurga, melintasi sungai neraka di bawahnya. Amalan dan kepercayaan kristian termasuklah konsepneraka sementara (purgatory), azab kubur, pendewaan Maria, pelantikan dan penyembahan santo, kebanyakan doa pemujaan dan amalan pembujangan yang diwajibkan ke atas semua paderi selain kekuasaanPaus. Ia disokong dengan potongan-potongan ayat di dalam kitab Bible :

Peter 3:18, NIV: "For Christ also suffered once for sins, the righteous for the unrighteous, to bring you to God. He was put to death in the body but made alive in the Spirit."

Romans 5:8, NIV: "But God demonstrates his own love for us in this: While we were still sinners, Christ died for us."

NIV = New International Version



Di dalam Inferno Dante ia menunjukkan bahawasanya pilihan untuk ke Limbo (di mana ia adalah sebuah kediaman jiwa kepunyaan roh-roh yang belum dibaptis dan manusia yang mati sebelum kedatangan Kristian) adalah sesuatu yang lebih baik, begitu juga dengan neraka sementara (purgatory) atau syurga, tetapi ianya tidak seburuk keadaan di teras neraka (lapisan/kitaran ke 9).



Saya fikir Jack bersedih dan menangis kerana dia tidak boleh mengakses atau melihat padang syurga yang kekuningan disebabkan ia memilih untuk menjadi seorang pembunuh bersiri semasa hayatnya. Bagi saya ia adalah sesuatu penyesalan yang tiada penghujung.

Mari kita imbas kembali ketika Jack dan Verge berada di jambatan yang telah rebak, saya kurang berpuas hati ketika Verge "melepaskan" Jack di sana tetapi dia lebih layak dicampakkan ke tahap yang lebih tinggi dan hina. Ini kerana di dalam Inferno Dante terdapat 9 kitaran/lapisan neraka. Di dalam lubang (di mana Jack terjunam) adalah neraka paling rendah, di mana Lucifer, Judas dan semua orang yang melakukan pengkhianatan berakhir di sana. Jack adalah pembunuh bersiri, psikopat, sadistik dan tidak berperikemanusiaan, sepatutnya dia mungkin akan berakhir dalam bulatan ketujuh, iaitu kitaran keganasan. Jack masih beruntung .... masih beruntung.

Pada Insiden Kedua, seorang narator telah mendengarkan suaranya buat pertama kali di dalam filem ini. Individu itu sebenarnya adalah Virgil! "Verge" mengatakan dalam salah satu monolog pertamanya iaitu "Just .... call me Verge", yang jelas membawa maksud Verge bukanlah nama sebenarnya, samada Virgil "sebenar" atau hanya intepretasi dalam fikiran yang kusat-mesat, hanya Jack dapat tentukan. Pada permulaan filem, kita boleh melihat sudut pandang bingkai memfokuskan pada rak buku milik Jack. Saya yakin melihat The Aeneid (oleh Virgil), The Divine Comedy (oleh Durante Alighieri) dan beberapa buah novel Charles Dickens tersusun kemas di rak milik Jack.





Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbalik pada lukisan The Barque of Dante (1822) oleh Eugene Delacroix adalah sebahagian daripada pergerakkan yang dikenali sebagai Romantisisme, yang mana jika kita membaca tentangnya .... jika kita mempunyai idea yang baik tentang bagaimana kemajuan seni itu sendiri, ia banyak mempengaruhi faktor pada plot sesebuah filem di pawagam dinihari. Delacroix menggunakan Dante's Inferno atau Inferno Dante sebagai tema di sini yang sangat relevan pada masa itu, iaitu pada awal abad ke 18.

Semasa Revolusi Perancis, Jacques-Louis David beranggapan bahawa Akademi Beaux-Arts mempunyai daya upaya sosial yang besar dalam kesusasteraan untuk kembali pada abad ke 14 dalam gerakan yang dikenali sebagai Neoclassicism, dengan cara yang sangat konservatif iaitu mengasingkan keharmonian itu sendiri dengan masyarakat. Namun begitu, Baron Haussmann dan Napoleon III bersama-sama membina semula Paris untuk mencegah revolusi baru itu.

Saya tidak mahu pergi terlalu jauh di sini, saya ingin kembali pada katabasis filem ini dengan menginteprestasikan bahawa lukisan Delacroix itu sendiri membawa sebuah kiasan kepada karya lain oleh seorang pelukis berjiwa romantik yang digelar sebagai Gericult yang sangat mirip pada strukturnya, iaitu The Raft of Medusa.



Ia bercakap tentang sesuatu yang berlaku pada abad ke 18 yang dipanggil sebagai segitiga perhambaan (the triangle of slavery), Eropah tidak pernah menerima perhambaan ketika itu tetapi harus diingat bahawasanya mereka bertanggungjawab terhadap kapal-kapal yang membawa hamba-hamba dari pantai Afrika ke Amerika Syarikat.

Lukisan The Raft of Medusa menggambarkan kaitannya dengan episod khusus yang menjadi tajuk utama tahun sebelumnya mengenai kapal yang musnah berhampiran Cape of Good Faith (Afrika Selatan) dan anak kapal terdampar di atas lautan kira-kira 60 hari tanpa makanan sehinggakan mereka merubah perwatakan luar daripada norma manusia normal, iaitu Kanibalisme!

Segala yang berkaitan tentang segitiga perhambaan (the triangle of slavery) itu sangat menjijikkan, tetapi sayang tidak ada yang pingin membicarakannya, artis hanya tertarik dengan melukis gambar-gambar bogel, tertarik dengan barang-barang neoklasik, dewa dewi, tuhan-tuhan Venus dan sebagainya.

Oleh yang demikian, Gericult dan Delacroix adalah sebahagian daripada gerakan kumpulan pembawa progresif (avant garde) di mana hasil seni dan kesusasteraan mereka tidak sedikit pun terganggu dengan kewujudan Cubism oleh Picasso pada akhir abad ke 19.

Mereka memilih untuk terus menggunakan lukisan tradisional ketika penghasilan karya mereka sebagai medium penghantaran mesej seperti yang dilakukan oleh Lars Von Trier dalam filem ini, The House That Jack Built. Rata-rata karya Lars Von Trier banyak membincangkan perkara-perkara berat seperti institusi imigresen yang korup, penderaan seksual, perkauman, perang dunia II dan sebagainya.

Cubism oleh Picasso


Tidak ada pengarah filem lain yang melakukan gerak kerja yang sama dengan Lars Von Trier iaitu dengan cara dia menyamar sebagai dirinya sendiri bagi "mencerahkan" masalah itu, menjadikan karyanya aliran utama (mainstream) tanpa mengganggu struktur kanvas, jika dia menyentuh walau sedikit pun struktur tersebut nescaya mesej yang dibawa tidak akan difahami oleh sesiapa. Panggung wayang dinihari bagi saya terlalu muda untuk mencapai apa yang Kazimir Malevich berjaya lakukan di dalam hidupnya dengan mencipta seni abstrak suprematism lalu dicurahkan idea itu di atas kanvas lukisan sewaktu ketika dahulu.

Pada saya kebanyakan minda penonton masih belum berkembang cukup untuk menonton filem berbaur abstrak hari ini, tetapi saya percaya bahawa penonton mampu memahami filem "tradisional" yang mempersoalkan isu sosial seperti karya Lars Von Trier ini. Lars bukan yang pertama membawa ideologi atau konsep "tradisional" ini ke skrin lentikular perak.

Lars menyanggah pendapat sesetengah pihak yang mengatakan dia dibayangi J.M.W Turner, atau Gericault, atau Caravaggio dan apa yang pasti dia pernah mengatakan bahawa ada anak-anak seni di hadapannya yang menggunakan kaedah atau konsep atau ideologi ini sebelum karyanya wujud, misalnya Chaplin, mungkin saya boleh memetik nama Spike Lee untuk naskah yang lebih kontemporari.

Terdapat banyak perkara tersurat dan tersirat berada di atas meja dalam filem ini, kita memerlukan pemahaman tentang sejarah, kebudayaan dan kesusasteraan bagi memahami apa yang dipertaruhkan dalam naskah The House That Jack Built ini. Saya percaya mesej utama filem ini terletak pada hujung penceritaan bukan sekadar kegiatan Jack yang tidak boleh diterima langsung oleh tamadun manusia sepanjang zaman.

Saya yang menulis,
















P/S : Ku pohon kredit yang melimpah ruah sebagai upah penat.. Otak berpeluh!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
@dani-rox sudah pasti.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
80?

Really?

Bukan copy tau ....

Comments

Cicir satu 0 :)  Post time 6-1-2019 11:42 AM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih cik seri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 12:11 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 6-1-2019 11:15 AM

Willow Rose C Inspired By Real Life
Posted by Naomi Bolton
author of the day
From paranormal thrillers to horror and mysteries, author Willow Rose has written them all, earning her the moniker The Queen of Scream in the process. In her wildly popular Jack Ryder series she writes about the trials and tribulations of homicide detective Jack Ryder. Today we talk to Rose about how actual events influence her writing, her secret to creating such compelling characters and what lies ahead for detective Jack.

Please give us a short introduction to your Jack Ryder series

Jack Ryder is a homicide detective from Cocoa Beach, Fl. He is also a single and very devoted father of three - and an avid surfer. He is such a great guy, so likable. I love writing about him. In the first book he falls in love with Shannon King a famous country singer and their relationship develops during the books.

What is it that draws you to mystery, horror and paranormal thrillers?

I love the supernatural and you can feel it even in my mysteries and thrillers. I like the creepy and my books are often gritty and scary. That's why they named me the Queen of Scream I guess.

What made you choose to draw inspiration from actual events for the Jack Ryder books?

I do that in all my mysteries. I write a little note to the reader by the end of the book to explain what is real and I even leave links to the stories so they can read them. Real life inspires me because it so often surpasses anything you can make up yourself. And it makes it even creepier that it has actually happened. Like in one of the Jack Ryder books we follow a family trying to get out of Cuba in 1980, but so much bad happens to them you won't believe it if it wasn't actually true. We also follow a guy who has been in prison for something he didn't do for the most part of his life and now he gets out and tries to get back to life.

What aspect of the research for this series did you find the most interesting?

Most of my research is online, but I have traveled a couple of times to Europe for research/vacation. Recently we went to Savannah, and that you will see in the next Jack Ryder book, Black Jack.

I like to be inspired by stories and then make the rest up myself. But it is amazing the stories that are out there. You can't make that stuff up.

How difficult is it to maintain the suspense and intrigue in your books while still building up to a satisfying ending?

That's actually my favorite part. The plot. In my books you'll meet several people whose stories don't seem to have anything to do with each other, but at the end you'll realize it is all connected somehow and I make sure you'll be surprised when you realize how. That is a lot of fun.

You have a knack for creating characters who readers care about. What is your secret for creating compelling characters?

Oh wow. Thank you. I am happy to hear that. I think that I care a lot about them myself. And I try to make them have more than one side to them. Especially the bad guys. There is always a very good reason for them to be the way they are and I take my time to explain what happened to them. Their motives are important. And even my heroes mess up now and then. Just like the rest of us. I am also not afraid to make them be emotional. I spend more time writing about their emotions than describing what they look like or what the place they're at looks like.

How do you think Jack grew as a character over the course of the series?

I have just finished the fourth book and he is going through a lot of stuff in this. He is always trying to save everyone around him, especially Shannon, who is a lot more destructive and has a drinking problem, but at some point he has to realize that he won't be able to save everyone and he is not in control of everything.

Why did you give Jack Ryder a superstar girlfriend?

I thought it would be fun. I wanted her to be someone, not just his sidekick. She needed to have a career of her own and be strong. And I guess I always had a secret dream to be a singer and this way I get to live that life through her lol.

Which character did you find the most challenging to create for this series?

Jack. He is this great guy and that's what I wanted him to be, the guy who always wants to do what's right, but he needed some edge too and he just kept being this nice loving and caring guy. But I do love him and that is important for me. I was tired of reading about main characters who weren't likable. So many are drunk or not very nice. I have a lot of bad guys in my books, my main character doesn't need to be one too.

Tell us a bit about your writing habits. Do you plan out the plots of your books before you start writing?

It is very different, actually. Sometimes I dream something, other times it's just something that comes to me and I think, Hmm that's interesting or scary, maybe my readers will find it interesting or scary too. I always try to go places where I frighten myself, where there is pain or fear. Like recently I read a post on Facebook about a woman warning other mothers that she and her daughter were being approached by this man in Target and then afterwards in the parking lot outside and she had heard about this trafficking ring that targeted mothers and their children. Reading that post scared me like crazy so I knew I had to write about it. It turned out it was a hoax, but the idea was planted and soon it became a book.

What do you do when you are busy writing a book and the next idea is nagging at the back of your mind? Are you one of those authors who writes multiple books at a time?

I don't write multiple books at a time, but I do get ideas all the time even while writing. I have a document, actually several where I write these things down, so when I get to the time when I need to write it, all the ideas are there. Right now I have the next four books planned out. I used to worry that the ideas would stop coming, but I don't anymore. It's like the more I write, the more ideas I get.

Besides being a best-selling author, what other secret skills do you have?
I surf. That's my biggest passion besides writing and reading. I get the best ideas while being in the ocean.



What are you working on now? Will we see more of Jack Ryder soon?

I just finished the 4th Jack Ryder book, Black Jack and sent it to my editor this morning. You can actually pre-order it as of today. This one takes place in Savannah and was the most fun to write. Jack and Shannon have taken the family to Savannah to get married, but stumble upon a little girl who doesn't know where she is from or who her parents are. They take her in while working with the local police to figure out where she came from, and while trying to pull information out of her, strange stories are revealed that makes them wonder if she is telling them the truth or hiding secrets of her own. It is very scary, but also very emotional. I cried a few times when writing it.

Where can our readers discover more of your work or interact with you?
My webpage: http://willow-rose.net/books

or

Amazon: http://www.amazon.com/Willow-Rose/e/B004X2WHBQ

or

Interact at Facebook: https://www.facebook.com/willowredrose
This deal has ended but you can read more about the book here

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-1-2019 12:11 PM
Willow Rose C Inspired By Real Life
Posted by Naomi Bolton
author of the day

cik seri nak layan tak movie tu?kalau nak saya pm link.berani tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 03:51 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 6-1-2019 02:46 PM
cik seri nak layan tak movie tu?kalau nak saya pm link.berani tak?

Pm je tunggu kuota tenet penuh balik baru tengok. Ala skip fwd2 je sambil tengok...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-1-2019 03:51 PM
Pm je  tunggu kuota tenet penuh balik baru tengok. Ala skip fwd2 je sambil tengok...

mana boleh skip cik seri.kalau skip terlepas punya.

saya bagi R-Rated punya link ya.3 jenis buku kat atas kita tak perasan kehadirannya.kena teliti betul2, mata saya tertangkap divine comedy by virgil terus tersenyum saya.hehe
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ikutkan karya Lars ni memang lebih teruk daripada Cannibal Holocaust sebab ada melibatkan pembunuhan anak2 kecil.ditembak seperti memburu elk di hutan.tapi saya masih boleh handle karya2 macam ni melainkan ianya tidak memasukkan unsur2 penderaan seksual seperti dua filem yang saya pernah tonton, salo/120 days of sodomy france/italy dan serbian film 2010.kedua2 filem ni bagi saya tak patut wujud pun di muka bumi ini, babak2 yang sangat ganas, tidak sesuai ditonton oleh manusia!!

dengan liwat anak sendiri, necrophilia, rogol bayi baru lahir, dipaksa makan tahi - terus terang saya katakan saya tak move on lagi walaupun sudah bertahun2 menontonnya.modern art?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
gigih i bc dr atas smpai hbs ewww geli sgt
x sggp tekan play yg video tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 06:53 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 6-1-2019 03:04 PM
mana boleh skip cik seri.kalau skip terlepas punya.

saya bagi R-Rated punya link ya.3 jenis b ...

Terperasan Dante's Inferno...stadi gak le

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.062828s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list