JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
425
View
6
Reply

Istilah 'Al - Masih' : bezanya pada Prophet Isa AS vs Dajjal

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-1-2019 10:44 AM | Show all posts |Read mode
AL-AFKAR #32: BEZA AL-MASIH PADA NABI ISA AS DAN PADA DAJJAL
pautan asal:


http://www.muftiwp.gov.my/ms/art ... -as-dan-pada-dajjal

ButiranDimuatnaik oleh Abdulrahman Diterbitkan: 30 Disember 2018




Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 10:45 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-1-2019 10:49 AM

Soalan



Assalamualaikum wbt SS Dato Seri Mufti. Saya nak tanya, apa beza perkataan al-Masih yang digunakan pada Nabi Isa AS dan al-Masih pada Dajjal? mohon penjelasan. Terima kasih.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 10:45 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-1-2019 10:50 AM

Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.


Maksud al-Masih pada Nabi Isa AS
Allah SWT berfirman:
إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّـهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ
Maksudnya: (Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
(Surah Ali Imran: 45)


Ibn Kathir dalam mentafsirkan firman Allah SWT: اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ (nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam),menjelaskan maksudnya nama tersebut masyhur di dunia dan dikenal oleh orang-orang yang beriman. Dinamakan al-Masih, menurut sebahagian ulama salaf kerana Baginda AS banyak melakukan perjalanan.
Ada juga yang berkata, kerana Baginda mempunyai tapak kaki yang rata tidak berlekuk. Dikatakan juga, kerana jika Baginda mengusap seseorang yang menghidapi penyakit kronik, maka dengan izin Allah orang tersebut akan sembuh. (Lihat Tafsir al-Quran al-Azim, 2/60)


Ibn Manzur dalam kitabnya Lisan al-Arab berkata:


وَقِيلَ: سُمِّيَ بِهِ لأَنه كَانَ سَائِحًا فِي الأَرض لَا يَسْتَقِرُّ،

Dinamakan Nabi Isa AS dengan al-Masih kerana Baginda banyak mengembara di atas muka bumi serta Baginda tidak menetap pada satu tempat. (Lihat Lisan al-Arab, 2/593)


Dalam pendapat lain disebut:
سُمِّيَ بِذَلِكَ لأَنه كَانَ يَمْسَحُ بِيَدِهِ عَلَى الْعَلِيلِ والأَكمه والأَبرص فَيُبْرِئُهُ بإِذن اللَّهِ؛
Nabi Isa AS disebut dengan al-Masih kerana Baginda mengusap dengan tangannya pada orang yang sakit, orang yang buta sejak lahir, orang yang menderita sakit kusta, kemudian mereka sembuh dengan izin Allah SWT. (Lihat Lisan al-Arab, 2/593)

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 10:47 AM | Show all posts
Maksud al-Masih pada Dajjal

Perkataan al-Masih pada Dajjal pula adalah berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang menyebut berkenaan bacaan untuk berlindung daripada empat perkara ketika bertasyahhud akhir. Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bertasyahhud, hendaklah dia meminta perlindungan kepada Allah daripada empat perkara dengan membaca:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksa neraka Jahannam, daripada seksa kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.

Riwayat Muslim (1352)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:


الدَّجَّالُ مَمْسُوحُ الْعَيْنِ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ...


Maksudnya: Dajjal itu sebelah matanya terhapus (seolah-olah tidak bermata), tertulis di antara kedua matanya kafir

Riwayat Muslim (7550)

Ibn al-Athir Rahimahullah berkata:

سمي الدجال مسيحاً، لأن عينه الواحدة ممسوحة، والمسيح: الذي أحد شقي وجهه ممسوح، لا عين له ولا حاجب

Maksudnya: Dajjal disebut Masih, kerana salah satu matanya terhapus. Dan al-Masih: ialah orang yang salah satu sisi wajahnya mamsuh (terhapus), tidak ada matanya dan tidak ada kening. (Lihat Jami al-Usul fi Ahadith al-Rasul, 4/203)

Oleh itu, berdasarkan kenyataan di atas, jelaslah perbezaan perkataan al-Masih pada kedua-duanya tersebut.



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-1-2019 10:48 AM | Show all posts

Kami cuba mengamati betapa kalimah al-Masih digunakan kepada pembawa kebaikan dan kebenaran. Sedangkan yang satu lagi digunakan al-Masih juga untuk membawa kejahatan dan kebatilan serta kesesatan. Ini banyak kali Allah ungkapkan dalam al-Quran dan juga terdapat hadith sebagaimana raja yang adil, hakim bijaksana dan amat berkuasa seperti Nabi Sulaiman. Begitu juga terdapatnya pemerintah yang zalim bahkan mendakwa dirinya tuhan serta menguasai sebahagian besar tanah seperti firaun. Ini semua mengajar kita untuk memilih yang baik dan menjarakkan serta menjauhkan daripada yang tidak baik.

Sesungguhnya dan menariknya, kedua-dua al-Masih akan muncul di akhir zaman. Al-Masih Isa dengan kemuliaannya yang dikurniakan Allah bersifat turun dari langit seperti nas hadis sahih. Sedangkan al-Masih al-Dajjal pula akan muncul dan keluar yang bersifat kebumian dan bukan dari atas yang membawa pelbagai sihir dan kesesatan dan akhirnya al-Masih membunuh al-Masih, yakni al-Masih Isa akan membasmi dan membunuh al-Masih al-Dajjal seperti yang dinaskan. Itulah tanda kebesaran Allah bahawa kebenaran akan mengalahkan kebatilan.

Insya Allah, kami akan keluarkan Bayan Linnas secara khusus berkenaan hakikat Dajjal dalam masa yang terdekat.

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz Auni antara ustaz yang saya suka dengar ceramahnya. Penerangan yang jelas dan mudah difahami. Semoga kita semua terhindar dari fitnah dajjal dan fitnah dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam ni terselit mengapa Allah perintahkan kembali Nabi Isa turun ke bumi untuk membunuh dajjal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047800s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list