JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
1234Next
Return to list New
4338
View
76
Reply

[Tempatan] Hashrudy Afero Idris, 37, & isterinya Asma Ismail, 42, serta 3 anak mereka, Irma Fatehah Batrisya, 12, Don Daniel Don Biyajid, 7, Armel Syarifah Qhasif ,4 & 1 DALAM PERUT, HIDUP GELANDANGAN

[Copy link]

Author: Kentang.Goreng       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-1-2019 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 5-1-2019 09:11 PM

'Tidak suka meminta-minta, tapi...'



BAGAI jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib menimpa sebuah keluarga apabila kehilangan mata pencarian ketika menunggu kelahiran cahaya mata keempat pada bulan hadapan.

Hashrudy Afero Idris, 37, dan isterinya Asma Ismail, 42, kini hanya bergantung hidup dengan pendapatan daripada menjual pakaian terpakai berharga RM1 sehelai di hadapan taman perumahan itu selepas kedai makan tempat mereka bekerja ditutup.

Hidup dalam serba kemiskinan membuatkan pasangan yang memiliki tiga anak iaitu Irma Fatehah Batrisya, 12, Don Daniel Don Biyajid, 7, dan Armel Syarifah Qhasif ,4, tidak dapat menghantar dua anak mereka yang sepatutnya bersekolah ke sekolah.

Malah, mereka pernah hidup bergelandangan di ibu kota sekitar 2014, selain turut tidak mendaftarkan kelahiran dua anak iaitu Don Daniel Don Biyajid dan Armel Syarifah Qhasif sehingga kini.

Kisah keluarga ini tular di media sosial sejak semalam selepas seorang pengguna Facebook menggunakan nama Sayb Legacy menceritakan nasib Asma yang dikenali sebagai Kak Emma yang terpaksa menjual pakaian terpakai atau bundle untuk menampung kos pembedahan untuk bersalin, tidak lama lagi.

Hashrudy berkata, dia yang sebelum ini bekerja sebagai penebar roti canai di kedai makan terpaksa berhenti selepas kedai makan berkenaan ditutup dan kini sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain.

Saya tidak suka meminta-minta, kalau boleh saya nak mencari rezeki sendiri kerana saya sihat tubuh badan dan rasa mampu untuk bekerja bagi menampung keluarga, saya akan berusaha untuk mencari kerja.

Memang saya langsung tidak sangka kisah keluarga kami ini akan jadi viral kerana menjual baju bundle di hadapan taman perumahan ini. Dulu kami berniaga bundle di rumah sahaja selepas isteri berhenti kerja di kedai makan kerana mengandung.

Namun selepas melihat orang tidak tahu yang kami menjual bundle di rumah, isteri mengambil keputusan untuk menjualnya di hadapan taman perumahan ini pada sebelah petang. Semua pakaian ini diperoleh daripada penjual yang memberikannya kepada kami untuk dijual tanpa meminta untung, katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Cempaka, Ipoh, hari ini.

Sementara itu, Asma berkata, dia dijangka melahirkan anak pada 18 Februari ini, namun terpaksa masuk wad pada Selasa ini kerana mempunyai pelbagai komplikasi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.

Lebih menyusahkan hati saya ketika ini adalah terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM500 pada Isnin ini. Memang kami tidak ada duit ketika ini dan berharap ada pihak yang akan membantu keluarga kami, katanya.

Ditanya mengenai kisah hidup keluarganya, Asma berkata, mereka sebelum ini tinggal di Klang sebelum suaminya yang ketika itu bekerja sebagai pengawal keselamatan berhenti dan mereka membawa diri ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.

Katanya, namun nasib keluarganya tidak baik apabila mereka tidak mendapat pekerjaan sekaligus terpaksa menjadi gelandangan di ibu kota selama beberapa tahun sebelum berhijrah ke negeri ini.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7065251877 atas nama Asma Ismail.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 January 2019 @ 7:33 PM

Online seller di Mudah.my

..jpg

Link: https://www.mudah.my/u/asmaismail411-7838726

...jpg

Link: https://www.mudah.my/Huawei+y6-70514706.htm

Link Instagram: https://www.instagram.com/asmaismail411/

Link Facebook: https://www.facebook.com/people/Asma-Ismail/100016322168817

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenap tak daftar anak yea? Bapaknye warga asing ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
amboi nama anak2 dia..boleh tahan.
nama ayah pulak macam foreigner...tgk muka dlm gambar macam mamak2..
gigih diorang berhijrah...from klang to kl..pastu ipoh..
anak pulak consider ramai..n ada lagi dalam perut..

aku x terkata...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah melambak kerja jd cashier, pump attendant, 7e, bla3 yg sebulan gaji rm1000. Gigih nk menjual baju laki bini dh knp
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 08:22 PM | Show all posts
Hashrudy Afero Idris ni agak agak org mana ek?....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 08:36 PM | Show all posts
nama2 macam selebriti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 08:43 PM | Show all posts
awat boh nama anak dia macam nama ostad dan ostadzah? nama penuh lak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi sebijik nama ustaz don.. sh qhasif
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga asing ke? Miskin tapi anak2 bama berangan sungguh

Meluat plak tengok ramai bekap kt fb
Mmgla kesian tapi ntahla
Rasa menyampah pun ada

Pstu bila ada yg komen bangga wpun miskin tp subur berbanding org berduit tp tak subur , buat i lagi menyampah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 5-1-2019 12:18 PM
Alah melambak kerja jd cashier, pump attendant, 7e, bla3 yg sebulan gaji rm1000. Gigih nk menjual ba ...

umur nak.masuk 40 xde org nak ambil bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 5-1-2019 09:12 PM
umur nak.masuk 40 xde org nak ambil bekerja

Betul tu...atas 45
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah stalk ig kakak ni. Ada gamba sorg laki cam mamak tu laki dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Please lah pegi klinik kesihatan ibu dan anak mintak condom.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 09:23 PM | Show all posts
gigahertz replied at 5-1-2019 09:12 PM
umur nak.masuk 40 xde org nak ambil bekerja

ada je org nak ambik keje tp kena sikap dan peribadi seiring lah dgn umur...kalau umur mcm tu gigih lagi nak bermain hphone dan byk alasan mmg takde org nak ambik keje lar..ini aku bukan ckp pasal couple ini ye..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah daftar sijil kelahiran anak..budak tu umpama pendatang dan tak dapat keistimewaan sebagaimana warganegara lain..ke parents pon bukan warganegara??

I doakan semoga si isteri dipermudahkan bersalin dan diberi rezeki yg melimpah serta diberi kekuatan untuk menjaga anak2 kecil yg ramai dalam keadaan daif..buat suami, berhenti membiak..anak memang anugerah tapi beranak ramai2 tapi pelajaran pon tak mampu beri buat apa punya anak ramai??tak dosa pon merancang keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 09:42 PM | Show all posts
KERAjaan tido ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 09:46 PM | Show all posts
tengok mangkaq2 ni dok hingaq...menolong tak nak....bowdow...waakakakakakkakakak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 10:10 PM | Show all posts
awaynepian replied at 5-1-2019 08:14 PM
amboi nama anak2 dia..boleh tahan.
nama ayah pulak macam foreigner...tgk muka dlm gambar macam mama ...

dlm miskin tu paling utama mengesek dan beranak byk byk mcm tikus. pastu meminta minta.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 10:12 PM | Show all posts
clarizsa replied at 5-1-2019 09:04 PM
Warga asing ke? Miskin tapi anak2 bama berangan sungguh

Meluat plak tengok ramai bekap kt fb

subur pun tak guna klu tak blh bg kelengkapan yg sepatutnya pd anak2 tp hidup meminta minta. itu lbh memalukan. tp ummah Melayu mana tau fikir semua tu. Anak rezeki katanya.  beranak byk byk pastu tunggu duit jatuh dr langit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 5-1-2019 09:20 PM
Dah stalk ig kakak ni. Ada gamba sorg laki cam mamak tu laki dia ke?

Wah ada ig siap
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 5-1-2019 01:04 PM
Warga asing ke? Miskin tapi anak2 bama berangan sungguh

Meluat plak tengok ramai bekap kt fb

Bodohnya komen bangga miskin subur dari kaya tak subur

Miskin subur tapi anak2 merempat tak guna juga. Anak tu amanah bukan pertandingan subur ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga orang2 yang kurang berkemampuan tak breeding seperti rabbit. Kesian anak2 lahir dan stuck dalam cycle kemiskinan. Kalau tak hantar sekolah, macam mana nak ubah hidup anak2 tu. Pakailah kondom, pancut luar atau pasang Implanon.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cha-cha replied at 5-1-2019 11:20 PM
Semoga orang2 yang kurang berkemampuan tak breeding seperti rabbit. Kesian anak2 lahir dan stuck dal ...

cycle ganas..kasi mati aje
pembunuhan belas ihsan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh tahan nama anak2
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah sampai x daftar kelahiran anak tu?? bukan sorang tp 2. Ni akan datang nak dpt baby pulak.
Anak tu mmg rezeki tp zaman la ni lg baik 'lebih kualiti dr kuantiti'. Ni sampaikan anak pun x sekolah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052077s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list