JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
559
View
4
Reply

20 Syarikat Penerbangan Paling Selamat di Dunia Bagi Tahun 2019 Diumum

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-1-2019 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PERTH (Australia): AirlineRatings.com (www.AirlineRatings.com) satu-satunya laman web penarafan keselamatan dan produk di dunia telah mengumumkan Qantas sebagai syarikat penerbangan mereka yang paling selamat untuk tahun 2019.

AirlineRatings.com juga telah mengumumkan 20 syarikat penerbangan utamanya yang paling selamat dan 10 syarikat penerbangan tambang murah paling selamat daripada 405 syarikat penerbangan yang dipantau oleh mereka.







20 yang utama itu terdiri daripada syarikat penerbangan terkenal. Mengikut susunan abjad syarikat-syarikat tersebut adalah:

Air New Zealand
Alaska Airlines
All Nippon Airways
American Airlines
Austrian Airlines
British Airways
Cathay Pacific Airways
Emirates
EVA Air
Finnair
Hawaiian Airlines
KLM
Lufthansa
Qantas
Qatar Airways
Scandinavian Airline System
Singapore Airlines
Swiss Airlines
United Airlines
Kumpulan syarikat penerbangan Virgin (Atlantik dan Australia).

"Syarikat-syarikat penerbangan ini berada pada kedudukan terdepan dalam industri dan berada di barisan hadapan dari segi keselamatan, inovasi dan reka bentuk serta pelancaran pesawat baharu," kata Ketua Pengarang AirlineRatings.com Geoffrey Thomas.

"Sebagai contoh, Qantas dari Australia telah diiktiraf oleh Persatuan Piawaian Pengiklanan Britain dalam satu kes ujian pada tahun 2008 sebagai syarikat penerbangan yang paling berpengalaman di dunia.

"Ia adalah sesuatu yang luar biasa bahawa Qantas telah menjadi syarikat penerbangan yang utama di hampir kesemua kemajuan keselamatan operasi dalam tempoh 60 tahun yang lalu dan tidak mempunyai sebarang insiden kematian di dalam era kapal terbang jet.

"Akan tetapi Qantas tidak bersendirian. Syarikat penerbangan yang sudah lama wujud seperti Hawaiian dan Finnair juga mempunyai rekod yang sempurna di dalam era kapal terbang jet," katanya.

Sebagai respons kepada kepentingan awam, editor-editor AirlineRatings.com juga telah mengenalpasti 10 syarikat penerbangan tambang murah mereka yang utama.







Mengikut susunan abjad ia adalah:

Flybe
Frontier
HK Express
Jetblue
Jetstar Australia/Asia
Thomas Cook
Volaris
Vueling
Westjet
Wizz

Dalam membuat pemilihan mereka, AirlineRatings.com telah mengambil kira pelbagai faktor kritikal termasuk; audit dari badan-badan pentadbiran dan persatuan-persatuan peneraju penerbangan; audit kerajaan; rekod kemalangan dan insiden serius syarikat penerbangan, hayat armada dan keuntungan.

AirlineRatings.com juga mengumumkan penarafan mereka yang paling rendah bagi syarikat penerbangan (satu bintang dan dua bintang) iaitu:

Ariana Afghan Airlines
Bluewing Airlines
Kam Air
Tara Air
Trigana Air Service

Maklumat mengenai AirlineRatings.com AirlineRatings.com menilai produk keselamatan dan dalam penerbangan dari 405 buah syarikat penerbangan dibuat dengan menggunakan sistem penarafan tujuh bintang mereka yang unik.

Ia digunakan oleh berjuta-juta penumpang dari 232 buah negara dan telah menjadi standard industri untuk penarafan keselamatan dan produk.

Pasukan jabatan pengarang itu merupakan satu daripada yang paling berpengalaman di dunia dengan memenangi 50 anugerah dan 28 buku industri. -AirlineRatings.com/Bernama


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 10:10 AM | Show all posts
Sepeti yang dijangka premium airlines tetap jadi pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 02:15 PM | Show all posts
nice.. teringin nk repeat naik emirates plak.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 01:26 PM | Show all posts
Emirates mmg sedap naik. Puas hati.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 03:35 PM | Show all posts
Edited by Minami2013 at 9-1-2019 07:47 AM

Etihad tak termasuk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045444s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list