Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
458
View
2
Reply

Juan Pedro Franco Bukan Lagi Pemegang Rekod Lelaki Paling Gemuk Dunia

[Copy link]

Author: taniabecks92       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-1-2019 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Obesiti ialah satu masalah sejagat di mana satu dunia menghadapi masalah ini. Individu yang mempunyai BMI 30  dan ke atas adalah dikategorikan sebagai obes atau penghidap obesiti. Justeru siapa yang harus dipersalahkan?

Bagi Juan Pedro Franco yang berasal dari Mexico, masalah obesitinya bermula sejak kecil lagi. Berat badan Juan mencecah 60kg pada usia seawal 6 tahun. Apabila dirujuk kepada doktor, tiada tindakan awal dilakukan bagi mengesan tanda-tanda awal Juan yang rupanya menghidap penyakit Thyroid.



Kredit foto: getty images



Juan memegang rekod lelaki tergemuk dunia pada 2017, dengan berat badan mencecah 571 kilogram. Dengan berat badan sebegini, Juan hanya mampu terlantar di katil. Nasibnya baik kerana masih mempunyai ibu yang sanggup berhenti kerja demi menjaga anaknya yang tidak mampu bergerak. Ibunyalah yang memandikannya, memakaikan pakaian dan memberinya makan.






Kredit foto: getty images



Namun begitu, setelah kes Juan Pedro diketengahkan oleh stesen televisyen, sekumpulan 30 orang doktor bersepakat untuk membantu Juan. Juan telah menjalani pembedahan bariatrik, iaitu pembedahan mengecilkan saiz perut melalui kaedah pintasan gastrik demi kesihatan Juan. Ia bertujuan mengurangkan jumlah makanan yang boleh masuk ke dalam badan, dan mengecilkan jumlah kalori yang diserap.




Kredit foto: getty images



Selepas pembedahan itu, Juan yang berumur 32 tahun, sudah boleh berjalan walaupun masih banyak lagi berat yang perlu dikurangkan. Pembedahan yang dijalani pada 2017 itu telah mengurangkan 75 peratus daripada saiz kantung perutnya. Sejak itu, Juan terpaksa mengawal pemakanannya dengan ketat.







Kredit foto: getty images



Kini, berat badan Juan bersamaan 300 kilogram, sekaligus membuatkan Juan bukan lagi pemegang rekod dunia lelaki paling gemuk. Berat badannya yang berjaya diturunkan menyamai berat seekor harimau, dan sekarang Juan masih perlu menurunkan berat badan yang menyamai berat seekor beruang panda.


Jom kita tonton video kisah obesiti Juan Pedro.





Semoga Juan berjaya menurunkan berat badannya! -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 12:06 PM | Show all posts
Doakan yang terbaik sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 12:11 PM | Show all posts
Moga beliau berjaya mencapai berat badan ideal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.097255s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list