|
Wang persaraan RM53,000 lesap
7 Disember 2018
SERI ISKANDAR - Seorang wanita kerugian RM53,000 setelah terpedaya dengan satu sindiket penipuan telefon kononnya terlibat dalam kegiatan rasuah di Sabah.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, pesara jururawat berusia 58 tahun menyedari dirinya ditipu selepas menceritakan kejadian itu kepada saudaranya sebelum membuat laporan polis.
Menurutnya, mangsa melakukan 12 transaksi dengan memasukkan wang ke dalam akaun milik seorang lelaki, kelmarin.
Modus operandinya adalah menghubungi mangsa kononnya terlibat dalam jenayah itu dan panggilan disambungkan ke Balai Polis Kota Kinabalu.
Suspek turut mesej mangsa menerusi aplikasi WhatsApp selain meyakinkan mangsa dengan menyambungkan panggilan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, katanya.
Mohamad Zainal berkata, suspek dikenali sebagai inspektor Wong memberi jalan penyelesaian untuk menggugurkan kes berkenaan dengan mengeluarkan semua wang simpanan.
Suspek meminta memasukkan wang tersebut ke dalam akaun diberikan sebelum jam 12 tengahari sebelum tangkapan dilakukan.
Mangsa yang ketakutan mengeluarkan wang simpanannya dan melakukan transaksi terbabit sendirian. Mangsa dihubungi sekali lagi meminta mengeluarkan semua wangnya namun, dia tidak berbuat demikian, katanya.
Katanya, polis menerima laporan itu semalam dan siasatan dijalankan bagi mengesan mereka yang terlibat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
kenapa tak dengar ada kena tangkap & hukum padahal boleh detect ? |
|
|
|
|
|
takde bukti penipuan kot?
bukti bertulis mcm wasap/sms bleh masuk court ke?
sbb tu penipu bleh bg acc no kat mangsa dgn happy.
bank pon tak reveal pemmilik acc sbb takut langgar undang2 perbankan.
|
|
|
|
|
|
ksiannye acik tu...iols pnh kne...asp jacklyn...nasib bek lalu dpn blai polis,singgah trus ty..hamjad punya org |
|
|
|
|
|
kwn kpd kwn aku penah kena.. aku rasa scammer tu tahu kot org mana yg byk duit dlm acct bank.. |
|
|
|
|
|
cerai pun boleh sms
sms itu bertulis
facebook bertulis boleh jadi bukti
|
|
|
|
|
|
orang call kaka , kaka cakap bahasa india yennadey thambi... teh tarik satu.. roti canai banjir cheese satu.. |
|
|
|
|
|
X jugak sbb aku ialah miskin tegar,
Tp ttp jgk call aku, konon2 ade hutang x ayar la, GST x settle la.
Setan sgt
|
|
|
|
|
|
Makin ramail la scammer2 telepon2 ni. Akak tgh lunch pun ada call nombor 014 cakap dari bank. Dia mintak details nak verify akak tanya eh kalau dr bank you should know my details kan.
Skrg ni ramai scammer guna taktik kastam la, rasuah la, debt collection la. Yg pelik tu dapat pulak nombor phone dr bank lepas update details online. Possible tak sistem MEPS ni yg buat data leaked dkt scammers. |
|
|
|
|
|
Semoga abg ipar i tak kne scam ni
Duit pencen dia byk gilo kot
Xpenah guna
Hari2 mkn duit gaji bini je |
|
|
|
|
|
Tak boleh ke bank lift off akta/undang2/etc untuk reveal bank detail si penyangak ni? Dah makin menjadi2. This has to stop...!!  |
|
|
|
|
|
Itu yg aku nak kata. Aku kesiankan kebanyakannya yg kena warga emas. Dia orang ni mesti panik bila dengar pasal mahkamah ataupun polis. Aku kesiankan mungkin itu simpanan hari tua mereka. Satu lagi elok lah buat satu iklan peringatan kat TV tu selalu pasal SCAMMER ni.......
|
|
|
|
|
|
Kebiasaannya yg terjerat dgn scammer ni selalunya orang yg panik bila dengar pasal mahkamah, polis, kastam........ Di situ dia org selalu terkena jerat. Saya dah berbelas kali dia org talipon, bila dia dengar suara saya macam tak panik dan saya tanya itu ini, dia orang cepat-cepat letak talipon.........
|
|
|
|
|
|
Polis boleh juga mintak bantuan semua telco
kalau dapat hantar message pree semua semua tu .. boleh bagi kerjasama sebarkan info tentang Scammer ni
|
|
|
|
|
|
Kt office aku slalu dpt call yg voicemail mahkamah tu. Bodo betul.. tgk caller ID pon dah tau la nombor pon tahpape |
|
|
|
|
|
pelikla napa diorang berleluasa
macamana diorang tahu nombor rakyat
polis xda buat apa2 ke
|
|
|
|
|
|
Aku rase aku da bijak x bg no nombor tac dekat scammer, rupenya scammer tu mmg da masuk akaun aku dan transfer semua duit aku kat fav account yg aku set sampai x de baki. Sian aku bangkrap. X de duit. Dia bayr semua bil aku ribu ribu. Kalau fav account slalu x mintak tac. Mmg masak nk mintak balik dr biller. Biller pulak cam hamsuang. Duit yg ditransfer dan potong dulu. Masa nk pulangkan baki tunggu ye 30 hari bekerja. Aku nk mkn ape 30 hari bekerja. X de hati perut kan. Kalau kes camni buang masa call centre. P kaunter buat muka paling sedih. 3 hari setel. Aku sedih sbb polis bank semua x membantu. |
|
|
|
|
|
Aku nasihatkan kalau dpt je wasap scammer tersalah masuk akaun terus call bank dan shutdown online account korang. Jgn favouritekan akaun korang. Jgn blok scammer tp lengahkan sampai akaun ko diblok. X sampai seminit pas aku blok wasap scammer duit aku kene transfer oi. Stress sampai kurus sbb die bayar mcm2 bil. So aku kene hadap byk birokrasi dr biller berlainan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
Modul pra-persaraan dah kena update pasal benda macam ni supaya acik tak mudah tertipu. |
|
|
|
|
|
Ya ampornnn macam hari2 jah ada kes sebegini. Tolong lah alert semua yah, jgan membawang jah di media sosial. |
|
|
|
|
|
fealefea replied at 8-12-2018 08:58 AM
Aku rase aku da bijak x bg no nombor tac dekat scammer, rupenya scammer tu mmg da masuk akaun aku da ...
Bank mana tuh? Dodol punya even akaun feveret pon mintak no tac jua |
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 8-12-2018 10:56 AM
Bank mana tuh? Dodol punya even akaun feveret pon mintak no tac jua
Cimb la dodol. Maybank mmg set fav account ada tac kan |
|
|
|
|
|
Edited by Nurul8001 at 8-12-2018 03:39 PM
fealefea replied at 8-12-2018 09:04 AM
Aku nasihatkan kalau dpt je wasap scammer tersalah masuk akaun terus call bank dan shutdown online a ...
Terima Kasih share..
Kesian nya awak.
Ya Allah, semoga urusan awak dipermudah kan..
Awak pernah guna free wifi tak kat handphone atau laptop..? |
|
|
|
|
|
koi org TM tepon...kata hanya nak wat survey
terus kata sori..tengah memandu |
|
|
|
|
|
|