JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
294
View
1
Reply

[Dunia] Batuk hingga keluar serpihan peparu

[Copy link]

Author: Remyda    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SAN FRANCISCO: Seorang lelaki batuk terlalu teruk selama beberapa hari sehingga menyebabkan cebisan paru-parunya terkoyak dan terkeluar dari mulut.

Mail Online melaporkan, kes itu diterbitkan di Jurnal Perubatan New England dengan doktor di Pusat Perubatan Universiti California San Francisco memberitahu, lelaki berusia 36 tahun itu pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat kegagalan jantung kronik.

Pada minggu pertama dirawat, pesakit itu sering batuk dan mengeluarkan darah serta lendir sekali gus memberi tekanan kepada paru-parunya.

Pada masa sama doktor juga berusaha meningkat kadar oksigen pada pesakit dengan memberinya oksigen tambahan.

Bagaimanapun, pesakit itu terus batuk dengan kuat dan secara tidak sengaja satu cebisan pokok bronkial terkeluar dari mulutnya.

Pokok bronkial adalah beberapa saluran di dalam paru-paru yang menyalurkan udara ke dalam organ berkenaan.

Paru-paru manusia terlalu besar untuk masuk ke dalam saluran trakea tetapi dalam keadaan batuk yang terlalu teruk organ berkenaan boleh termasuk dalam ruangan antara tulang rusuk dan sebahagian terkeluar melalui mulut.

Doktor segera memasukkan tiub ke dalam mulut pesakit dan melakukan bronkoskopi untuk melihat keadaan paru-parunya.

Namun, doktor mendapati paru-paru lelaki itu mempunyai sedikit pendarahan di pokok basilar, yang menyalurkan darah yang kaya dengan oksigen.

Dua hari kemudian, tiub dalam mulut pesakit itu dikeluarkan dan dia tidak lagi mengalami batuk berdarah atau kahak.

Bagaimanapun, pesakit itu meninggal dunia seminggu kemudian akibat kegagalan jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Disember 2018 @ 12:00 PM
IMG_0539.JPG
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokok bronkial tu serpihan paru2 kita la ek..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044721s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list