JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
502
View
6
Reply

Awie tak nak tengok cermin kerana...

[Copy link]

Author: auntyaya       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 03:18 PM | Show all posts |Read mode


        PENYANYI popular, Datuk Awie mendedahkan dia tidak pernah membotakkan kepalanya sepanjang hidupnya.
        Justeru selepas mengambil keputusan untuk membotakkan kepala buat pertama kali dalam hidupnya ketika menunaikan umrah hujung bulan lepas, dia berasa terkejut dan enggan melihat wajah sendiri hampir dua hari.
        "Ketika proses mencukur kepala, saya pejamkan mata dan berzikir. Saya tak nak tengok, apabila sudah habis, saya angkat plastik dan tutup muka sendiri.
        "Sehari setengah jugalah saya tak tengok cermin. Belakang kepala pun rasa ringan je.
        "Keesokan harinya, semasa hendak mandi bagi menunaikan solat subuh, barulah saya lihat perlahan-lahan," kongsinya kepada portal, Astro Gempak.
        Dalam pada itu, ditanya mengenai penangguhan Konsert Dinner GIG 2018 yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini (esok), Awie, 50 berkata, dia hanya dimaklumkan penangguhan tersebut sebaik tiba di tanah air minggu lalu.
        "Ketika di sana saya tidak diberitahu, balik-balik semangatlah nak pergi show. Apabila nak pergi praktice, barulah dimaklumkan konsert tunda.
        "Saya okey saja, tak mengapa. Mungkin akan diadakan pada pertengahan Januari nanti. Harap-harap tiada masalah," jelasnya.
        Awal minggu ini, penganjur konsert Dinner GIG 2018 memohon maaf ekoran penangguhan acara terbabit ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
        Dinner GIG merupakan acara anjuran FUFC The Fighters Sdn. Bhd. untuk mengumpul dana bagi perbelanjaan Kelab Bola Sepak Felda United.
        Konsert itu turut menampilan Ratu Rock Ella yang akan berkongsi pentas bersama Awie.
        Sementara itu, dalam perkembangan lain Awie bakal muncul dengan filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa bergandingan dengan Ungku Hariz dan pelakon kanak-kanak Rykarl.
        Membawakan watak artis veteran bernama Sani Joned, Berani Jadi Papa akan mula menemui penonton pada 6 Disember 2018.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Botak ke tak i still loveeee you abam awieeeee. Bukan love orgnya tp suka bakat dan suara dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak lagi kemas dan tasty
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu tahun 90 an bukan tok mat potong rambut sheols dan amy ke sbb time tu x boleh rambut panjang. dulu2 menteri penerangan pun kena tempias glam retis.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak lagi kemas bila botak tokwie
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je botak. Tapi kalau tak nak botak pun sikit lagi tumbuh lah balik tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm seswai botak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.061163s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list