JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
225
View
1
Reply

[Jenayah] mat petppbm

[Copy link]

Author: boslava       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 03:16 PM | Show all posts |Read mode


dasyat ganas, pailang habis


Farid Kamil tampar pipi, tendang kemaluan saya - Saksi

PETALING JAYA: "Farid mula bertindak agresif apabila dia secara tiba-tiba menjerit ke arah saya dan polis itu dengan mengatakan 'kau kenal siapa aku?' sebelum menampar saya di pipi kiri sehingga saya pening dan telinga berdesing."

Itu kata saksi pertama kes jenayah membabitkan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari yang memberitahu Mahkamah Majistret, di sini, pada Jumaat, bahawa tertuduh telah menamparnya sekali dan menendangnya sebanyak dua kali, termasuk di kemaluannya.

Mengulas lanjut kejadian itu, bekas eksekutif akaun syarikat swasta Ashraf Ahmad, 35, berkata selain dirinya, Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun polis sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain.

"Anggota polis menyuruh Farid yang ketika itu dalam keadaan bergari supaya duduk di lantai, namun dia sempat menendang saya di bahagian perut sehingga senak dan Farid kemudian berlari ke dalam tandas.

"Selepas Farid bertindak agresif, beberapa anggota dari Balai Polis Mutiara Damansara datang untuk memberi bantuan dan dalam pada itu, Farid sempat menendang saya di bahagian kemaluan saya," kata Ashraf lagi yang dipetik daripada Bernama.
Menceritakan kembali kejadian pada 11 Januari lalu, Ashraf yang sedang memandu kereta Perodua Myvi terlihat pelakon itu di tepi Jalan Tropicana, di sini, sedang berjalan sendirian tanpa memakai baju dan seolah-olah meminta bantuan kerana disamun.

"Ketika itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hujan renyai-renyai dan selepas melihat beberapa kereta tidak membantu, saya membuat pusingan untuk mendekati lelaki berkenaan sebelum menyedari lelaki itu adalah Farid Kamil.

"Farid meminta saya menghantarnya ke balai polis kerana mendakwa dirinya kemalangan dan kemudian saya membawanya ke Balai Polis Trafik Kota Damansara," katanya.

Menurutnya, dia hanya mula menyedari Farid berkelakuan pelik dalam perjalanan ke balai polis, apabila tertuduh bertindak menarik stereng kereta berkali-kali sehingga dia terpaksa menegur perbuatan pelakon itu selain meminta baju-T yang sedang dipakainya.

"Apabila sampai di balai polis, kami terus ke bahagian kaunter dan Farid terus menunjukkan kepada salah seorang anggota di situ mengenai satu artikel '300 artis hutang ah long' di dalam telefon bimbitnya sebelum dimaklumkan untuk ke Balai Polis Sunway Giza bagi kes jenayah.

Ashraf berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran pada hari pertama perbicaraan kes empat pertuduhan jenayah pelakon itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di sini.

Ketika disoal oleh Alia Sumayyah jika dia ada mendapatkan rawatan ekoran perbuatan pelakon itu, dia memaklumkan ada pergi ke Hospital Sungai Buloh pada malam hari kejadian untuk membuat pemeriksaan dan doktor telah mengesahkan tiada kecederaan serius berlaku.

Farid diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom.

Pada 16 Januari lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham akan bersambung pada 12 Disember ini.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 08:07 AM | Show all posts
makin ting tong mamat ni....  

Pelakon dan Pengarah popular, Datuk Farid Kamil mendakwa cuba dirasuah wang tunai sebanyak RM 5 juta bagi memaafkan Dato' Sri Najib Razak dan isterinya. Video dakwaan yang dibuat oleh Farid Kamil itu menjadi tular di media sosial itu dipercayai diambil ketika menyertai satu program bual bicara di salah sebuah stesen telvisyen sebagai tetamu.

Semalam, Polis Selangor memaklumkan cuba menghubungi Farid Kamil tetapi beliau gagal ditemui susulan dakwaan pelakon itu mengatakan dirinya cuba diberi rasuah sebanyak RM5 juta untuk memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Kita telah cuba untuk menghubungi Farid Kamil tetapi gagal. Oleh demikian, kita telah menghubungi adiknya bagi memaklumkan perkara tersebut,"  





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045212s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list