JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
253
View
1
Reply

[Tempatan] Warga Singapura maut tercampak

[Copy link]

Author: auntyaya       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 03:15 PM | Show all posts |Read mode


        NILAI C Seorang warga negara Singapura maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan bas persiaran dua tingkat di Kilometer 269 Lebuhraya Plus Arah Utara di sini tadi.
        Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa, Serina Idris,27, tercampak keluar daripada tingkat atas bas persiaran itu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
        Katanya, akibat daripada kemalangan itu, pemandu bas  berusia 44 tahun tersepit, tiga penumpang termasuk seorang lelaki warga negara Singapura mengalami cedera di bahagian kaki, manakala 15 penumpang yang lain selamat.
        Kita dimaklumkan bas persiaran ini daripada Singapura menuju ke Genting Highlands  untuk menghantar penumpang ke sana.


        Bagaimanapun setiba di lokasi, bas tersebut berlanggar dengan lori, sehingga menyebabkan pemandu bas tersepit, manakala kelindan lori cedera di bahagian kepala dan pemandu lori terselamat,katanya.
        Mayat kemudiannya di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk tindakan susulan.
        Tambahnya, pihaknya menerima laporan kemalangan pada jam 11.53 pagi dan sampai ke lokasi pada jam 12.12 tengahari, membabitkan dua jentera dan satu EMRS.
        Katanya, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan pemandu bas yang tersepit itu, dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
hujan2 gini akak gerun lah nak ke genting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042461s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list