JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
236
View
3
Reply

[Tempatan] Abang Jem gesa MCA sertai perhimpunan esok....korang rasa jinjang hadap?

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 03:02 PM | Show all posts |Read mode



SABAK BERNAM - MCA yang selama ini berkuasa dalam kerajaan BN perlu berterima kasih kepada semua pengundi Melayu dengan menghadiri perhimpunan membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), esok.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, sebelum meninggalkan BN, MCA perlu berterima kasih kepada kaum Melayu yang mengundi parti itu mewakili BN.

"MCA perlu hadir untuk mengucapkan terima kasih kepada orang Melayu yang selama ini sangat bermurah hati dan bertolak ansur untuk mengundi calon MCA.

"Esok datanglah beramai-ramai... apa salahnya kita ini rakyat Malaysia, perhimpunan ini bukanlah perhimpunan Melayu sahaja, sebaliknya perhimpunan rakyat Malaysia yang dianjurkan  orang Melayu beragama Islam

"Saya meminta rakan-rakan daripada MCA untuk mereka hadir dan datang dengan memakai baju berwarna putih," katanya.

Jamal berkata, dasar yang dibuat kerajaan BN dahulu tidak pernah menindas mana-mana kaum termasuk membina kekayaan.

"Ramai kaum Cina menjadi kaya-raya kerana dasar yang dibuat oleh kerajaan BN sebelum ini," katanya.

Sebelum ini, Perhimpunan Agung MCA ke-65 sebulat suara meluluskan resolusi untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pusat memulakan proses pembubaran BN dan membentuk perikatan baharu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 03:04 PM | Show all posts
ada lagi dia ni??
ingatkan selamat dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 03:10 PM | Show all posts
mati2 aku ingatkan abang jem salleh yaacob..terkejut aii ropenye laki teksha juling..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 03:13 PM | Show all posts
mca tu wujud lg ke bang.

kalu jemput bomoh kelapa, ayahnda rani kulop, sultan melaka tu bleh la
dorang dtg bawak konco2.
uolz kan sama level
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.116385s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list