JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
252
View
1
Reply

[Tempatan] Konco muda along makan 'bersepah'

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 02:58 PM | Show all posts |Read mode



Kuala Lumpur: Usia belum pun mencecah 20 tahun namun mereka direkrut sindiket ceti haram untuk menjadi konco pemungut hutang, penampal poster dan iklan serta kakitangan pejabat dengan tawaran gaji lumayan hingga mencecah RM10,000 sebulan.

Bukan itu saja, mereka juga hidup mewah berbanding rakan seusia lain susulan memeras ugut peminjam dan mengenakan kadar faedah tidak masuk akal.

Sejak tiga tahun lalu, 2,000 konco muda along dikesan aktif beroperasi di Lembah Klang termasuk bekerja sepenuh masa dengan syarikat pemberi pinjaman wang sebaik menamatkan zaman persekolahan.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Azman Kang berkata, menerusi rekod sedia ada, pihaknya mendapati semua remaja berkenaan menceburi kerjaya sebagai konco along dengan pelbagai gred jawatan bermula daripada penampal poster atau iklan sehingga menjadi tauke memungut hasil berjumlah ratusan ribu ringgit setiap bulan.

Peringkat permulaan, mereka dibayar RM1,600 untuk menjadi balaci, maksudnya sebagai pekerja am iaitu menampal poster, iklan dan mengedarkan risalah dari rumah ke rumah serta kenderaan yang diparkir di pasar raya atau tempat awam.

Dalam tempoh setahun, mereka dinaikkan pangkat menjadi operator menerima dan menjawab panggilan daripada peminjam serta dilatih bagaimana untuk berunding sehingga persetujuan dicapai, katanya.

Azman berkata, mereka dijanjikan pendapatan lumayan serta ganjaran berdasarkan jumlah pinjaman dan kadar keuntungan selain bonus jika dapat menetapkan faedah tinggi kepada peminjam.

Menurutnya, mereka tertarik dengan gaya hidup mewah hasil pendapatan sebagai konco along dan ia menjadikan jumlah konco muda along itu semakin bertambah setiap tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Disember 2018 @ 11:19 AM
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
10,000 sebulan ? Ye lah tu. Kena belasah dengan orang ramai, kena humban masuk lokap....jangan nangis sudah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043197s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list