JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
171
View
1
Reply

[Tempatan] EDISI SERAMBI MAJU: Sukar bagi kami

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 02:54 PM | Show all posts |Read mode








Kota Bharu: Akibat kemiskinan, sepasang suami isteri terpaksa menyerahkan anak bongsu daripada enam beradik kepada keluarga ipar pada 2015.

Tindakan pasangan suami isteri berkenaan bukan disebabkan tidak sayangkan anak mereka, namun bebanan hidup menyebabkan mereka mengambil keputusan demikian.

Wan Rohani Wan Mamat, 41, berkata, perasaannya sebagai seorang ibu tidak keruan apabila berpantang tanpa anak di sisinya, namun dia terpaksa menguatkan semangat demi memastikan kebajikan anak bongsunya, Nur Nabila Syakira Ismail.

Saya menyerahkan Nur Nabila Syakira ketika berusia seminggu kepada keluarga sebelah suami yang tidak mempunyai anak dan kini mereka menetap di Gua Musang.

Keputusan untuk menyerahkan anak yang lahir daripada rahim sendiri kepada orang lain untuk dijaga adalah keputusan yang sukar pernah dibuat, tetapi apakan daya memandangkan kos sara hidup yang tinggi, katanya.

Terdahulu keluarga berkenaan menerima kunjungan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pengkalan Chepa, Nasruddin Abdullah yang turut menghulurkan sumbangan kelengkapan persekolahan.

Wan Rohani berkata, suaminya, Ismail Razak, 42, hanya bekerja sebagai tukang kayu dengan pendapatan yang tidak menentu bagi menanggung keluarga termasuk lima anak berusia lapan hingga 17 tahun.

MOHD  Faris Amirul menggunakan baldi dan besen untuk menadah air hujan kerana bumbung rumahnya bocor di Kampung Tanjong Baru, Badang.

Bagi meringankan beban suami, saya mengambil upah mencanting batik dengan pendapatan RM300 sebulan selain bekerja sebagai pembantu kedai makan di Pantai Cahaya Bulan (PCB) dengan kadar upah RM40 sehari, katanya.

Katanya, dua anaknya iaitu Mohd Shahrul Akma, 17, dan Mohd Faris Amirul, 16, terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja kampung dengan pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari.

Sementara itu, Nasruddin berkata, dia mengetahui kesusahan keluarga itu melalui maklumat yang diberikan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang dan terpanggil untuk melihat sendiri kedaifan mereka.

Dalam kes ini, saya akan membantu dua anak keluarga ini yang tidak bersekolah untuk membantu mereka dalam bidang kemahiran bagi meringankan beban keluarga.

Pada masa sama, kami juga akan cuba membaik pulih rumah keluarga ini dan turut mengalu-alukan sebarang kerjasama untuk membantu meringankan beban keluarga ini, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 05:00 PM | Show all posts
eh bukan dah tukar jd serambi moscow ke??kekekke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041965s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list