JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
285
View
0
Reply

[Tempatan] when will this be the end!! --> Ruginya...

[Copy link]

Author: auntyaya       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Org Mesia memang kaya sebenaq nye!!


SEORANG peniaga di Maran sanggup memindahkan wang sebanyak empat kali daripada akaun simpanannya menjadikan jumlah keseluruhan RM9,810 bagi mendapatkan pinjaman RM20,000.
Namun, wanita berusia 44 tahun itu berputih mata apabila sebenarnya berurusan dengan individu daripada sindiket menawarkan pinjaman tidak wujud di laman sosial Facebook (FB).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada Selasa lalu mangsa yang tinggal di FELDA Kota Gelanggi, Maran melihat iklan tawaran pinjaman kewangan di FB.
Mangsa kemudian berminat membuat pinjaman RM20,000 sebelum dihubungi seorang suspek yang meminta dia memberikan beberapa salinan dokumen peribadi.
Mangsa kemudian diminta membuat pelbagai bayaran sebelum membuat empat kali transaksi ke dalam satu akaun diberikan suspek, katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, selepas membuat semua transaksi itu, mangsa mengesyaki dirinya ditipu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, semalam.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohd Wazir berkata, seorang anggota RELA berusia 22 tahun di Kuantan menanggung kerugian RM3,005 selepas diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud di laman web.
Katanya, dalam kejadian pertengahan bulan lalu, mangsa melihat satu iklan pinjaman wang ditawarkan sebuah syarikat di laman web sebelum meninggalkan nama dan nombor telefonnya.
Mangsa kemudian dihubungi seorang lelaki bernama Chow sebelum menyerahkan gambar dokumen peribadi seperti kad pengenalan, penyata bank dan bil api.
Mangsa diberitahu pinjaman berkenaan lulus sebelum diminta membuat beberapa bayaran untuk wang jaminan dan insurans sebelum wang pinjaman itu dimasukkan ke dalam akaunnya, katanya.
Katanya, mangsa membuat tiga kali pindahan wang ke dalam satu akaun diberikan sebelum dia berasa ditipu dan membuat laporan polis di IPD Kuantan, semalam.
Modus operandi kedua-dua kes ini adalah dengan menawarkan pinjaman tidak wujud dan mendorong pengadu memasukkan wang ke dalam akaun bank diberikan.
Kedua-dua kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan, katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042236s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list