JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
12Next
Return to list New
3975
View
36
Reply

'Farid tampar pipi, tendang perut, kemaluan saya'

[Copy link]

Author: auntyaya       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 01:13 PM | Show all posts |Read mode
macam2 la dia nie


SEORANG saksi memberitahu Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari menamparnya sekali dan menendangnya sebanyak dua kali, termasuk di kemaluannya di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Bekas eksekutif akaun syarikat swasta Ashraf Ahmad, 35, berkata, dalam kejadian pada 11 Januari lalu itu, dia yang sedang memandu kereta Perodua Myvi di tepi Jalan Tropicana, Petaling Jaya terlihat pelakon terbabit berjalan sendirian dengan tidak memakai baju dan seperti meminta bantuan kerana disamun.
Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hujan renyai-renyai dan selepas melihat beberapa kereta tidak membantu, saya membuat pusingan untuk mendekati lelaki berkenaan sebelum baru menyedari lelaki itu adalah Farid Kamil.
Farid meminta saya menghantarnya ke balai polis kerana mendakwa dirinya terbabit dalam kemalangan dan kemudian saya membawanya ke Balai Polis Trafik Kota Damansara, katanya.
Ashraf yang juga saksi pertama pendakwaan berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran pada hari pertama perbicaraan kes empat pertuduhan jenayah dihadapi pelakon itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.
Menurut Ashraf, dia hanya mula menyedari Farid berkelakuan pelik apabila ketika perjalanan ke balai polis, tertuduh bertindak menarik stereng kereta berkali-kali sehingga dia terpaksa menegur perbuatan pelakon itu selain meminta baju-T yang sedang dipakainya.
Apabila sampai di balai polis, kami terus ke bahagian kaunter dan Farid menunjukkan kepada salah seorang anggota di situ mengenai satu artikel 300 artis hutang Ah Long di dalam telefon bimbitnya sebelum dimaklumkan beliau perlu ke Balai Polis Sunway Giza bagi kes jenayah.
Selepas itu, Farid mula bertindak agresif apabila dia secara tiba-tiba menjerit ke arah saya dan polis itu dengan mengatakan kau kenal siapa aku? sebelum menampar saya di pipi kiri sehingga saya pening dan telinga berdesing, katanya.
Mengulas lanjut kejadian itu, Ashraf berkata, selain dirinya, Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun dengan berkata polis bodoh..polis jahat sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain dan dibawa ke belakang balai polis serta digari.
Anggota polis menyuruh Farid yang ketika itu dalam keadaan bergari supaya duduk di lantai, namun dia kemudian menendang saya di bahagian perut sehingga senak dan Farid kemudian berlari ke dalam tandas.
Selepas Farid bertindak agresif, beberapa anggota dari Balai Polis Mutiara Damansara datang untuk memberi bantuan dan dalam pada itu, Farid sempat menendang di bahagian kemaluan saya, katanya.
Ketika disoal oleh Alia jika dia ada mendapatkan rawatan ekoran perbuatan pelakon itu, dia memaklumkan ada pergi ke Hospital Sungai Buloh pada malam hari kejadian untuk membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan tiada kecederaan serius berlaku.
Dalam prosiding itu, isteri Farid, pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle hadir bagi memberikan sokongan, namun tidak boleh berada di dalam mahkamah sepanjang prosiding kerana Diana berpotensi menjadi saksi bagi kes berkenaan.
Farid diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom.
Pada 16 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.
Sembilan hari kemudian, Farid Kamil turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu 11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4.30 petang, tarikh sama.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada baca kat ig
Tendangan di kemaluan bersamaan dgn wanita bersalin 160org anak...
Iols xtau la yang buat perumpamaan ni laki ke pompuan..
Tp kesian kat laki ni kalau btol sakitnya umpama iols taip di atas
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Berharap sangat sangat semua pertuduhan didapati salah dan hukuman penjara tapi jgn concurrentlah. Biar dia merengkok dalam tu. And pleaselah cabut his datukship
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:21 PM | Show all posts
shernazz replied at 7-12-2018 01:49 PM
Iols ada baca kat ig
Tendangan di kemaluan bersamaan dgn wanita bersalin 160org anak...
Iols xtau  ...

1 kali salin anak = 1/2 nyawa160 kali salin anak = 80 nyawa


dy/dx = a - 2bac square root beer = syntax error
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:28 PM | Show all posts
Jangan lupa sebelum kejadian tersebut, FK juga ada melempang King yang sedang baru nak pakai stokin.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:29 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-12-2018 02:21 PM
1 kali salin anak = 1/2 nyawa160 kali salin anak = 80 nyawa

dah mcm nak amik peksa add maths lak hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:59 PM | Show all posts
sakit giler tu woiii....adoiiii!!

farid nampak gemok je dalam gambar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
niat baik nk tlg, sendiri pulak kena penampar
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 03:44 PM | Show all posts
melnanzz replied at 7-12-2018 06:28 AM
Jangan lupa sebelum kejadian tersebut, FK juga ada melempang King yang sedang baru nak pakai stokin.

hahahah! ketawa aku masa bace berita tu.. kesian king...

giler nya parid...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok yid lek2 je mcm xde apa2
Mohon pandai la tutup mulut, jaga perangai lps ni
Sayang la skit kat ank bini tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 04:16 PM | Show all posts
ayjay replied at 7-12-2018 02:14 PM
Berharap sangat sangat semua pertuduhan didapati salah dan hukuman penjara tapi jgn concurrentlah. B ...

Bukan memang dh tarik ke datuk dia tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 04:57 PM | Show all posts
dah knp farid nih?? kabo kata men brg, ke kne suntik brg dek org.. mana satu betui?? sian dena deniel
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 05:06 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-12-2018 02:21 PM
1 kali salin anak = 1/2 nyawa160 kali salin anak = 80 nyawa

hahahah dah kenapa smpai cmtu sekali formulanyeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau kenal aku sapa ???kueng kueng kueng
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 06:28 PM | Show all posts
masuk court jugak kes ni eh.... lama betul proses mahkamah....
yg kes uqasha tu tak kena dakwa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 06:47 PM | Show all posts
mengaku ajalah dari dulu, simple entah-entah by now dah keluar penjara dan Diana Danielle dah single balik. Teruklah ambik dadehhh ni Farid oi
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 7-12-2018 02:28 PM
Jangan lupa sebelum kejadian tersebut, FK juga ada melempang King yang sedang baru nak pakai stokin.

Hahaha doi sian king hahaha..sorrybrasa lawak plak kejadian itu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga malaun ni dipenjarakan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 7-12-2018 02:28 PM
Jangan lupa sebelum kejadian tersebut, FK juga ada melempang King yang sedang baru nak pakai stokin.

ms kejadian lempangan ke arah king tu parid ckp apa plak? adakah parid berdialog 'apesal ko pakai stokin aku??' pang! tak psl2 je kan hahahaha hadoiii sian anak2 dpt apak gini
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaamsar replied at 7-12-2018 04:16 PM
Bukan memang dh tarik ke datuk dia tu?

Tp masih guna kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-12-2018 02:21 PM
1 kali salin anak = 1/2 nyawa160 kali salin anak = 80 nyawa



Cilakak last2 syntac error
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi amboi si biniknya bercaption perli kat IG. Minah sentap semenjak dua menjak jadi datin lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 08:21 PM | Show all posts
mamat tu tak lawan ke masa kena tampar and tendang??
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps tu buat laporanpalsu kononnya sofi jikan bagi dadah. Kes adapihak nak kasi dia 5 juta. Bawakla gi tanjung atau scan otak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 7-12-2018 02:28 PM
Jangan lupa sebelum kejadian tersebut, FK juga ada melempang King yang sedang baru nak pakai stokin.


Adeh...tergelak iols..sian king..,tak bersalah betul dia tgh nak pakai stokin pun kena lempang..nasib dia cool
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050176s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list