JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
12Next
Return to list New
2138
View
45
Reply

[Jenayah] Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman Penjara 560 Tahun

[Copy link]

Author: Malaysia.Doom    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bekas pengurus kedai berdepan hukuman 560 tahun

06 Disember 2018
IPOH - Seorang bekas pengurus kedai serbaneka 24 jam bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 560 tahun selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 40 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM68,463.35 pada pertengahan tahun lalu.

Tertuduh, Wan Fatihah Nadzrin, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan menggunakan kod pin dari mesin MOLPay bagi pembelian barangan peribadi di atas talian tanpa pengetahuan majikan.

Tertuduh yang merupakan Pengurus Cawangan Kedai 7-Eleven Kuala Kangsar ketika itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Kedai 7-Eleven, No. 6, GF Persiaran Kuala Kangsar dekat sini pada 26 Mei, 14, 19 dan 21 Julai 2017.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun dan denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md. Yusof manakala tertuduh diwakili peguam bela, Zaim Zhafri Azhar.

Muhammad Fauzi mencadangkan wang jaminan RM56,000 bagi kesemua pertuduhan itu dengan alasan kesalahan dilakukan tertuduh itu serius selain membabitkan kerugian besar terhadap syarikat kedai serbaneka berkenaan.

Dalam rayuan terhadap anak guamnya, Zaim Zhafri memohon wang jaminan tersebut dikurangkan kerana tertuduh menanggung seorang ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi manakala suaminya dalam proses mencari pekerjaan selepas berhenti kerja sebagai pemandu lori.

Indra Nehru kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM28,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan. Sehingga tengah hari ini, tertuduh belum membayar wang jaminan berkenaan.

Mahkamah menetapkan 18 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - K! ONLINE
FB_IMG_1544158705327.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:15 PM | Show all posts
makaihhh...lama nyaaa
yg juta2 xde lak sampai mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
lama gila
sikit lagi nak sampai umur nabi noh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
haryatie replied at 7-12-2018 01:15 PM
makaihhh...lama nyaaa
yg juta2 xde lak sampai mcm ni

Sebab ni kot

kesalahan dilakukan tertuduh itu serius selain membabitkan kerugian besar terhadap syarikat kedai serbaneka berkenaan.


Yg curi jota2 tu maybe perniagaan dia masih boleh jalan mcm biasa. Kita tgok pulak Isa Samad nnt cm ne jeng3
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:33 PM | Show all posts
Tengok  nama dah fikir mesti bertotop liput!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:39 PM | Show all posts
itu namanya hukuman terpilih (kalau jatuhhukun la) -- kes pun masihdi pkt awal -- entah2 kena 10 hari je---
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:43 PM | Show all posts
umur 25 dah pandai mencuri sampai hampir 70k
apa je dia beli tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:45 PM | Show all posts
Seiras mok cun...bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape ko jadi oersonal shopper barang 7e ke sampai 70k ko santak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:17 PM | Show all posts
laaa... muda lagi umurnya. tengok gambar cam bukan 25 tahun je
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:20 PM | Show all posts
baik ko join geng macau scam je dik..tipu org beratus ribu smpi skrg belum ada yg kena tangkap mahupun penjara
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:23 PM | Show all posts
560 tahun lama tu dah boleh  turun salji kt malaysia

umur tun pun dah 90 kira tun kuasa 7 baru dapat umur begitu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:33 PM | Show all posts
apa yg dia shopping sampai nak dekat rm70k tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la kantoi, puluh ribu songlap.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:42 PM | Show all posts
lamanya sampai beratus tahun
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 03:20 PM | Show all posts
560 tahun...kalau yang curi bilion2 berapa juta tahun kena agaknya..
btw, aku tgk cam acik2 je budak ni...biar betul umur 25
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sampai 560 tahun hukuman..lama benor wpon jumlah bukan berjuta2
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
haha saat dia dibebaskan pun taguna, dunia dah post apokslips dah habis dimamah zombie
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 03:51 PM | Show all posts
Edited by Matpon at 7-12-2018 03:54 PM

hukuman sampai 560 tahun mungkin disebabkan 40 tuduhan.. satu tuduhan mak. 14 tahun..jadi 40x14 =560 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai muda lagi.. Nape la time buat tu tak fikir pasal mak sakit n family semua
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Die shopping online ke ape. Xsmpt nk shopping 12.12 ni da kantoi pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ukur bju di bdn sdri dik. Mgapa ikutkn nafsu yg buas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sygnyaaaa lahaiiii ko ni dikk
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
560tahun??bapak ahh..mati hidup mati hidup semula pun x sampai 560tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah penjara seumur hidup
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053835s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list