JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
408
View
4
Reply

[Jenayah] Sepasang kekasih anggota Geng Kojak kena cekup (from Taiping with Love)

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Sepasang kekasih anggota Geng Kojak kena cekup
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
shaka@nstp.com.my




TAIPING: Sepasang kekasih dan seorang rakannya yang dikenali sebagai Geng Kojak dan aktif dalam kegiatan pecah rumah sejak tujuh bulan lalu, akhirnya ditumpaskan menerusi Ops Pintu dilancarkan pihak polis.

Ketiga-tiga mereka berusia 30-an dipercayai sudah melakukan sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah dan dua kes mencuri motosikal sejak Mei lalu, dengan semua barang yang dicuri itu dijual atau dijadikan tukaran dengan pengedar dadah, untuk mendapatkan bekalan dadah bagi kegunaan ketiga-tiga suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid, berkata pasangan kekasih Melayu yang tinggal bersama itu ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah di Kampung Sungai Relong, di sini, kira-kira jam 7.45 malam pada Isnin lalu.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua telefon bimbit dan tiga pemutar skru yang dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan.

Siasatan mendapati lelaki berkenaan mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod berkaitan dadah manakala pasangannya tiada rekod jenayah, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Razlam berkata, hasil maklumat lanjut pihaknya menyerbu sebuah bengkel besi di kawasan perumahan awam Jalan Stesyen pada kelmarin dan menahan seorang lelaki.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas seutas rantai dan gelang berwarna kuning, dua telefon bimbit serta masing-masing sebuah kamera, tab Samsung, kasut jenama Grampian, buku lima dan pedang.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah.
Katanya, modus operandi kumpulan itu ialah mengenal pasti terlebih dulu mana-mana rumah di kawasan taman perumahan yang ditinggalkan tidak berpenghuni kerana penghuninya keluar bekerja, bercuti atau pulang ke kampung, sebelum melakukan aktiviti pecah rumah.

Razlam berkata, kumpulan itu juga dipercayai sering berpindah randah menyewa rumah disyaki bagi memudahkan mereka melakukan kegiatan pecah rumah di kawasan berhampiran, selain mengelak aktiviti mereka dikesan.

Ketiga-tiga mereka direman sehingga esok dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun jika sabit kesalahan, katanya.

Beliau berkata, berikutan tangkapan ketiga-tiga suspek itu, polis percaya kes pecah rumah di sekitar daerah dan bandar ini akan menurun sekali gus menghilangkan kebimbangan penduduk terhadap kejadian itu.

Katanya, polis masih terus menyiasat terhadap Geng Kojak itu kemungkinan masih ada ahli kumpulan berkenaan yang masih bebas.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-12-2018 12:52 PM | Show all posts
sekarang masyuk laa neh

ramai orang takde umah. g berjalan bercuti bagai
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 12:55 PM | Show all posts
dulu2 geng mamak
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Theols ada anak tak dekkkk? Akak syak salah sorang mandul, dekkkkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 07:29 PM | Show all posts
mcm Bonnie & Clyde..urbannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044062s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list